Saturday, July 16, 2005

UTUSAN LANCAR PERANG TERHADAP RAFIDAH

Muka surat satu akhbar UTUSAN MALAYSIA hari ini memaparkan kebimbangan Pak Lah dengan gejala kebocoran tender Bumiputera, satu berita basi yang kononnya baru bawa keperhatian beliau.

Muka satu turut memaparkan kerugian PSC Naval Dockyard yang dibongkar oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) yang dipengerusikan oleh ahli parlimen Johor Bharu, Shahrir Samad. PSC yang diberikan kontrak bernilai RM5.4 billion dizaman Dr Mahathir untuk membina 6 buah OPV ataupun Offshore Petrol Vessel, iaitu kapal peronda untuk TLDM, telah gagal mematuhi syarat perjanjiannya dan telah gagal meyempurnakan kerja-kerja yang diberikan.

Muka-muka berikutnya pula melaporkan darihal persiapan untuk Perhimpunan Agung Umno ke 56 yang dijangka berlangsung dari 19 ke 23 Julai nanti di PWTC.

Yang menjadi tanda-tanya dalam akhbar pro Umno itu adalah laporan di mukasurat enam. Di bawah tajuk Fokus Isu menjelang Perhimpunan Umno, akhbar tersebut membuat liputan setengah muka berkenaan Isu permit import (AP) kereta. Diselitkan keratin tajuk akhbarnya yang terdahulu:

Negara rugi RM1 billion setahun ekoran penyelewengan sebilang pemegang AP kereta.

Akhbar tersebut turut bersusah payah menyenaraikan susur galur, kronolgi, polemik AP kereta ini dari tarikh 26 Mei apabila Dr Mahathir selaku Penasihat Proton mula mendedahkan kes ini sehinggalah 9 Julai iaitu tarikh yang dikatakan Rafidah sudah mula bercuti.

Liputan setengah muka ini tiada ulasan ataupun komentar langsung. Sekadar tergantung begitu sahaja. Apakah maksud sebenar UTUSAN disebalik runagan ini?

Mungkinkah ini tanda-tanda awal kejatuhan Rafidah? Utusan sekadar menyediakan umpan, mungkinkah akan termakan oleh para pewakilan Umno kelak? Apa pun kekurangan Rafidah ini adalah satu isu besar. Bukan sekadar boleh diselesaikan dengan berhujah berapi-api di dalam perhimpunan Umno, ia perlu disusuli dengan tindakan undang-undang. Kalau semua pakat berhujah dan kemudian satu apa pun tak jadi, tak guna juga.

No comments: