ISU AP: RAFIDAH BUAT DAKWAAN PALSU KATA DR M
Ramai yang menyangkakan dengan selesainya Perhimpunan Agung Umno ke 56 baru-baru ini maka selesailah juga kontroversi yang melibatkan isu AP.
Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini menyaksikan betapa menteri berkenaan yang juga Ketua Wanita Umno menangis semasa satu sidang akhbar dan kemudiannya menerima ejekkan dan boo semasa menggulung perbahasan berkenaan kementerian beliau dan isu ini.
Akhirnya dikesudahan perhimpunan itu Pak Lah selaku Presiden Umno dan PM dikatakan telah berpuas hati. Akhabr THE SUNDAY STAR Ahad lalu melaporkan:
On whether he was satisfied with the reply given by Wanita Umno chief and MITI Rafidah Aziz on the AP issue, Abdullah said her explanation was similar to that given to him earlier. He described it as COMPLETE AND DETAILED adding he did not know why the delegates were unhappy and the floor became rowdy.
Ditanya samada beliau berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Ketua Wanita Umno terhadap isu AP, Abdullah berkata penerangan yang diberikan oleh Rafidah sama sebagaimana yang telah diberikan kepada beliau terdahulu. Beliau menganggapnya sebagai LENGAKAP DAN TERPERINCI malah menambah beliau tidak faham mengapa para perwakilan tidak berpuas hati dan membuat bising.
Rafidah yang dipertikaikan, pemberian AP yang menjadi isu, tiba-tiba pagi ini kesemua akhbar saluran perdana memaparkan di muka hadapan masing-masing, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Tengku Mahaleel pula rupanya yang menjadi mangsa. Menurut UTUSAN :
Kemelut dalaman Proton Holdings Bhd. (Proton) berterusan dengan kontrak Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tidak dilanjutkan apabila ia tamat pada 30 September ini.
Adakah penyelesaian seumpama ini yang rakyat mahukan? Mahaleel antara yang terawal mendedahkan darihal permasalahan kereta-kereta impot ini yang banyak menurut beliau menjejaskan pasaran dan prestasi kereta nasional.
Mahaleel, Pak Lah dan Dr M
Dan rungutan Mahaleel ini telah disambut dan ditambah lagi oleh Penasihatnya iaitu bekas PM Dr Mahathir. Cerita selanjutnya semua dah tahu, anehnya lain yang disangka akan diambil tindakan dan digugurkan, lain pula yang tergolek!
Ekoran perkembangan yang haru-biru ini Dr M siang tadi telah memanggil satu sidang akhbar khas dan telah menjawab serta mengulas isu berkenaan AP ini, tindakan terhadap Mahaleel dan jawapan Rafidah berkenaan isu ini.
Antara lain kata beliau:
At a time when many car companies have gone bankrupt and closed shop, such as Austin, Morris, MG-Rover and other huge companies like General Motors and Chrysler, Proton is still alive and healthy. It has more than RM2bil in cash and does not depend on the Government or banks for the more than the RM2bil it paid for its new Tanjung Malim plant. Surely this success has at least a little to do with efficient management, especially considering the impact of so many foreign cars being imported at such low prices.
Ketika banyak syarikat-syarikat kenderaan jatuh muflis dan gulung tikar umapam Austin, Morris, MG Rover dan lain-lain syarikat gergasi seperti General Motors dan Chrysler, Proton masih hidup dengan sihat. Ia memiliki lebih RM2 billion dalam bentuk tunai, ia tidak mengharapkan bantuan kerajaan ataupun bank untuk membiayai kilangnya di Tanjung Malim yang menelan belanja lebih RM2 billion. Sudah pasti kejayaan ini dikaitkan dengan pengurusan syarikat yang cekap, walaupun di sana terdapat kesan dari pengimpotan kereta-kereta jenama asing pada harga yang rendah.
Tambah beliau lagi:
It is clear that the giving of APs had only benefited a handful of bumiputras, cause losses to Proton agents, especially the bumiputras, and reduced the opportunity of other bumiputras to become Proton car dealers. It is not true that giving out so many APs had increased the number of bumiputras in the car business, especially when only two or three people who have no showrooms have received thousands of APs.
Jelas pemberian AP hanya mengguntungkan sebilangan kecil bumiputera, namun yang menanggung rugi adalah wakil-wakil Proton, terutama yang bu,iputera dan telah mengurangkan peluang bumiputera yang lain untuk menjadi wakil kereta Proton. Adalah tidak benar mengatakan bahawa memberi begitu banyak AP telah menambahkan peluang bagi bumiputera untuk terlibat dalam industri kereta, sedangkan yang untung hanya dua ataupun tiga orang yang menerima ribuan AP sedangkan showroom pun tidak ada.
Dan kenyataan Dr M yang paling pedas sekali adalah apabila beliau mengatakan:
In the Umno General Assembly, the Minister made several FALSE CLAIMS. She also, during a television interview, alleged that I had forgotten this and that. Although I am already 80 years old, I am still not yet senile.
Dalam Perhimpunan Agung Umno, menteri berkenaan telah membuat beberapa DAKWAAN PALSU. Beliau juga semasa satu wawancara di TV menuduh yang saya telah terlupa ini dan itu. Walaupun saya berusia 80 tahun namun saya tidaklah nyanyuk.
Nampaknya isu ini menjadi semakin hangat. Pak Lah seolah-olah menganggap ianya selesai, namun sesungguhnya ia tidak selesai malah menjadi semakin runcing. Dr M berjanji mendedahkan surat jawapan Rafidah kepada beliua dan memang nampaknya banyak isu dalam hal ini yang perlukan jawapan yang jujur, ikhlas dan benar demi kepentingan rakyat dan negara.
Pak Lah tak seharusnya bermain politik selamatkan diri. Beliau perlu lebih bertanggungjawab dan memberikan penjelasan yang sebaik-baiknya kepada rakyat. Kini tuduhan-tuduhan baru berbangkit dan ianya bukan dating dari orang kebanyakkan tetapi dari bekas PM yang telah mengasaskan industri kereta nasional!
Apa yang menarik ekoran perkembangan terbaru ini adalah kenyataan Naib Presiden PAS Mohd Sabu:
Ada kemungkinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berada di pentas pembangkang pada masa depan ekoran terlalu kecewa dengan sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini.
Dalam politik tiada yang mustahil!!!
No comments:
Post a Comment