PERHIMPUNAN UMNO PERBAHASAN TINGGAL PERBAHASAN
Ketika menulis artikel ini para perwakilan Umno sedang berbahas berkenaan ucapan dasar presidennya di dalam Perhimpunan Agungnya yang ke 56.
Umno adalah parti politik terbesar dalam negara dan merupakan tunggak kerajaan diperingkat pusat dan kebanyakkan negeri-negeri. Tambahan pula ianya parti politik Melayu yang sebahagian besar ahlinya adalah orang-orang Islam. Oleh sebarang perkembangan di dalam Umno akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada nasib dan masa depan orang Melayu dan umat Islam dalam negara.
Dari pengalaman para perwakilan Umno sering membawa isu yang hangat dan hebat-hebat ketika berbahas. Ada ketikanya juga para pembahas sekadar menjadi tukang lawak, badut yang gembira dan senang hati apabila dia berjaya menggeletek dan menggelikan hati mereka yang hadir semata-mata.
Namun rata-rata banyak yang dibangkitkan akan berkahir sekadar dalam dewan itu sahaja dan tidak lebih dari itu. Ada yang berhujah berapi-api sehingga mendapat tepukan gemuruh namun apa yang diutarakan tidak pun mampu keluar dari berpuluh pintu di dewan merdeka. Bermakna sekadar sedap mulut bercakap tetapi tiada tindakan dan perlaksanaan yang diambil.
Sebagai contoh saya ulang semula tulisan saya yang terbit dalam BLOG ini pada bulan September 2004 ketika perhimpunan Umno yang lalu:
Pirdaus bersemangat membangkitkan isu program FEAR FACTOR dan rancangan drama khusunya yang dialih bahasa dari bahasa asal Sepanyol umpama ROSALINDA. Kata Pirdaus sebagaimana dipetik oleh SUNDAY STAR:
Participants in Fear Factor were challenged to eat najis or to jump off tall buildings. Fear Factor is dangerous. It shows act of bravery and Islam Hadhari does not propagate that sort of bravery.
Bagi drama TV pula Pirdaus berkata sebagaimana dipetik MINGGUAN MALAYSIA:
Unsur-unsur dan nilai yang dipaparkan dalam drama itu langsung tidak cocok dengan budaya Islam Hadhari. Ini rancangan dari dunia ketiga. Dunia yang tak Hadhari buat apa kita bawa ke Negara yang hadhari. Pakai tak senonoh bukan budaya kita.
Wakil Negeri Sembilan Mohd Nor Kassim pula menyentuh program Akademi Fantasia dan Konsert Sureheboh TV3 katanya sebagaimana dipetik SUNDAY STAR:
The contestants hug each other on stage. Boys and girls mix freely with each other. It shows that there is no limit to glamour and sosialising. Mohd Nor also criticized TV3s Sure Heboh carnival and concert saying it promoted maksiat.
Manakala Dr Amran Kasimin dari Selangor pula dipetik MINGGUAN berkata:
Program-program di televisyen hari ini semakin teruk dikala kerajaan giat memperkenalkan konsep Islam Hadhari. Katanya TV kini menyiarkan banyak program hiburan dan aksi manusia bukan separuh telanjang tetapi 95 peratus telanjang pada waktu perdana.
Kini setahun telah berlalu. Rancangan di TV masih begitu malah kini menjadi semakin panas dan sensasi lagi, apa sahaja saluran cubalah. Bukan kita mahu membangkitkan hal Islam Hadhari tetapi para pembahas tahun lalu seperti Pirdaus dan Dr Amran sendiri yang mengatakan sepatutnya unsur-unsur maksiat dan aksi sensasi septutnya ditiadakan. Walaubagaimanapun semuanya masih subur dan segar-bugar, jadi bagaimana?
Beginilah nasib orang Melayu dan umat Islam nampaknya di bawah terjau Umno. Kita masing-masing tahu tapi kita tidak mampu melakukan apa-apa. Perhimpunan tahun ini bagaimana?
No comments:
Post a Comment