ISLAM HADHARI ASHAARI ARQAM
DAN ISLAM HADHARI KERAJAAN BERBEZA
Islam Hadhari Rufaqa sedang mengisi
Saya dan Rufaqa bekerjasama dengan kerajaan tentang gejala social dan Islam Hadhari
Islam Hadhair ada album sendiri, kalau hendak silalah beli mana boleh free
Saya ada artikel hasil kuliah serta menjawab Lim Kit Siang mengenai Islam Hadhari
Ia sedang beredar seluruh Malaysia termasuklah Pak Lah dan para menteri
Tidak lama lagi buku ku akan keluar untuk tatapan tentang Islam Hadhari
(muka 59: Cakap Biarlah Berhati-hati)
Kami sudah bekerjasama dengan kerajaan membangunkan Islam Hadhari
Sedikit masa lagi kamu akan terkejut kamu akan terbeliak biji mata perkara yang engkau tidak terfikir akan terjadi
(muka 68: Bab 5 Pahrol Mohd Juoi)
Kesemua di atas adalah nukilan Hj Ashaari Mohamad, bekas Mudir Al Arqam (yang telah diharamkan) yang pernah dikenali oleh pengikutnya sebagai Abuyya. Ianya terkandung dalam buku beliau:
Nasihat buatmu: Bekas kawan-kawan lamaku dalam Arqam
Buku beliau mengenai Islam Hadhari pun telah terbit dan kini berada di pasaran. Saya memuatkan petikan di atas kerana baru minggu lepas Menteri di JPM Dr Abdullah Md Zin dipetik dalam akhbar sebagai berkata:
Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika sidang akhbar di lobi Parlimen berkata kerajaan mengesan sekurang-kurangnya empat penyelewengan terkandung dalam buku bertajuk ISLAM HADHARI setebal 175 muka surat, terbitan Rufaqa Corporation Sdn Bhd (Rufaqa), yang ditulis Ashaari.Katanya, empat penyelewengan itu ialah mendakwa konsep takwa 90 peratus ada dalam diri dan selebihnya di luar, sistem pendidikan negara sekular, Ashaari menganggap dirinya daripada keturunan Bani Tamin (wakil untuk menemui Imam Mahadi) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dianggap kejam dan zalim.
Pelik sungguh, Ashaari mendakwa dia bekerjasama dengan kerajaan membangunkan Islam Hadhari manakala kerajaan pula kata konsep Islam Hadhari Ashaari itu menyeleweng. Mana satu yang betul, atau dua-dua sekali salah dan menyeleweng!
No comments:
Post a Comment