Thursday, July 21, 2005

NAJIBKAH PENCIPTA ISITLAH GLOKAL?

Menjana Melayu Glokal demikianlah tema ucapan Najib Tun Razak ketika merasmikan serentak Persidangan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita Umno di PWTC Selasa lalu.



Menurut BERNAMA:

Explaining the terminology GLOCAL which he coined by joining the words GLOBAL and LOCAL, Najib said the GLOCAL MALAYS that he aspired were Malays who were nationally and internationally minded.

Ketika menerangkan istilah GLOKAL yang beliau cipta dengan mencantumkan perkataan GLOBAL dan LOKAL, Najib berkata MELAYU GLOKAL yang beliau hasratkan adalah Melayu tempatan yang memiliki minda antarabangsa.

Adakah benar istilah GLOKAL itu ciptaan Najib?

Soalan ini dibangkitkan kerana hampir semua akhbar tempatan termasuklah laporan BERNAMA di atas melaporkan bahawa istilah tersebut seolah di ilhamkan dan dicipta oleh Timbalan Presiden Umno itu sendiri.

Kebetulan seorang sahabat bekas pegawai kanan di sebuah syarikat multinasional di sini memaklumkan bahawa istilah ini bukanlah suatu yang baru lalu memberi saya sebuah buku bertajuk STRAIGHT FROM THE CEO yang diterbitkan oleh Price Waterhouse.

Buku setebal 315 mukasurat itu memuatkan idea, falsafah dan pandangan pemimpin-pemimpin korporat peringkat dunia dalam memimpin syarikat masing-masing sehingga berjaya. Menariknya istilah GLOKAL digunakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat multinasional yang diberi ruang di bab yang pertama buku tersebut.

Dan lebih menggemparkan CEO itu Flemming Lindelov yang menulis:

The best international brands are GLOCAL

adalah CEO sebuah syarikat pengilang dan pembekal arak gergasi yang juga memiliki kilang di Malaysia iaitu CARSLBERG!

Mungkin tidak kebetulan, mungkin idea Najib tak ada kena mengena dengan yang dimaksudkan Raja Arak itu, tetapi Lindelov menulis:

In recent years a number of management thinkers have urged multinationals to structure their operations with characteristics that are both GLOBAL and LOCAL, sometimes compressed into the buzzword GLOCAL.

Sejak tahun-tahun kebelakangan kebanyakan pemikir-pemikir jurusan pengurusan telah menggesa syarikat-syarikat multinasional untuk menyusun operasi syarikat masing-masing agar memiliki cirri-ciri GLOBAL dan LOKAL, yang apabila disatukan disebut sebagai GLOKAL.

Memang tidaklah salah kalau kita mahu meminjam pakai apa pun istilah untuk memperkuatkan hujah kita, tapi takkanlah sampai keperingkat mencuri, memplagiat ataupun menciplak istilah orang lain dan kemudiannya mendakwa ianya bikinan kita.

Najib bukanlah orang kebanyakakkan, beliau adalah Timbalan Perdana Menteri kita, Timbalan Presiden parti terbesar dalam negara, aib sungguh nampaknya apabila diketahui dan ditertawakan nanti oleh masyarakat GLOBAL!

No comments: