JUDI BERTENTANGAN DENGAN AGAMA DAN RUKUN NEGARA
Akhbar tempatan hari ini melaporkan kegagalan sebuah kasino di UK menuntut hutang sebanyak RM7.1 juta yang ditanggung oleh bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Osu Sukam, kerana berjudi di kasino tersebut.
Kegagalan ini ekoran keenganan mahkamah tinggi Kota Kinabalu mengizinkan kasino berkenaan menguatkuasakan perintah mahkamah di England. Bermakna setelah berjudi dan kalah sebanyak RM7.1 juta, bekas Ketua Menteri Sabah itu tidak perlu membayar sesen pun kepada kasino berkenaan!
Apa yang menarik di dalam perkembangan ini adalah keputusan penghakiman sebanyak 8 mukasurat oleh Hakim Datuk Ian H.C Chin. Di dalam penghakiman itu Hakim Ian antara lain menyebut:
Dua dari prinsip falsafah negara iaitu Rukun Negara menyebut Kepercayaan Kepada Tuhan serta Kesopanan dan Kesusilaan, bermakna judi mengancam kebajikan awam dan bertentangan dengan Rukun Negara.
Beliau menambah lagi:
Di dalam negara Malaysia yang berbilang bangsa dan berbilang agama, umat Islam dilarang sama-sekali mengunjungi kasino ataupun mana-mana pusat perjuaidan kerana Al Quran melarang melalui ayat:
Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya. (Al Baqarah:219)
Hakim yang bukan Islam sendiri mampu menghurai dan berhujah berkenaan kemungkaran judi dan dosa perbuatan tersebut. Malangnya seorang pemimpin kanan Umno, bekas Ketua Menteri yang beragama Islam yang sepatutnya lebih tahu, dengan senang hati melesapkan RM7.1 juta dalam sekelip mata.
Mana maruah dan harga diri kita? Entah berapa lagi Osu yang ada dikalangan pimpinan negara, tak tahulah.
No comments:
Post a Comment