Friday, February 04, 2005

RICE MULA SERANG IRAN

Condoleezza Rice Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang baru dilantik mula menunjukkan taringnya dan serangan beliau yang pertama adalah terhadap Republik Islam Iran. Serangan ini menunjukkan betapa agenda AS kini adalah untuk menguasai politik Negara-negara Islam agar mengikuti jejak dan telunjuknya.


SETIAUSAHA NEGARA AS

Semasa berkunjung di London Rice berkata bahawa Ulamak yang memimpin Iran (merujuk kepada Majlis Ulamak yang diketuai Ayatollah Ali Khamenei) yang tidak dipilih rakyat merupakan suatu corak keppimpinan yang tidfak baik dan tidak diperlukan oleh rantau di sana.

Beliau berkata:

I dont think anybody thinks that the unelected mullahs who run that regime are a good thing for the Iranian people and for the region, Rice said en route to London, her first stop.

AS seolah-olah mahu menentukan sendiri corak Negara dan kepimpinan bagi Negara-negara dunia secara paksaan tanpa mengambil kira keperluan dan kemahuan tempatan. Dan AS seolah-olah menganggap diri mereka sebagai jurubicara dunia apabila Rice turut dipetik sebagai berkata:

We are engaged in a process with many others that is aimed at making clear to the Iranians that their behavior internally and externally is out of step with the direction and desire of the international community.

Inilah bentuk dunia pada hari ini lantaran kealpaan dan tiadanya kesatuan dikalangan negera-negara Islam. Islam menjadi hina dan hilang kemuliaannya apabila kita tidak berpegang teguh padanya.

Tepat sekali sebagaimana disebut oleh Ayatollah Khamenei:

America is like one of the big heads of a seven-headed dragon, Ayatollah Ali Khamenei said in Irans capital. The brains directing it are Zionist and non-Zionist capitalists who brought Bush to power to meet their own interests.

Amerika adalah seumpama sebuah dari kepala besar seekor naga berkepala tujuh. Otak yang mengawalnya adalah kapitalis zionis dan bukan zionis yang telah memberi kuasa kepada Bush bagi kepentingan peribadi mereka.

No comments: