Thursday, February 03, 2005

ISU SERBUAN PIHAK JAWI
KERAJAAN UMNO JADI KELAM-KABUT

Sepanjang minggu pelbagai komen dilontarkan terhadap kes serbuan anggota penguatkuasa JAWI di sebuah kelab malam eksklusif di Jalan Ampang Kuala Lumpur pada 20 Januari baru-baru ini. Hampir 100 orang penganut Islam termasuk hampir 50 peratus wanita telah ditahan kerana dikatakan berpakaian tidak senonoh dan meminum arak.

Isu ini menjadi sensasi kerana kebanyakkan yang ditahan melalui kenalan dan keluarga masing-masing yang rata-rata merupakan golongan elit dan berpendapatan tinggi di KL telah membuat bantahan dengan memberikan pelbagai reaksi buruk melalui saluran media terhadap para pegawai JAWI yang telah menjalankan tugas.

Maka akhbar media perdana termasuklah beberapa laman web khususnya yang berbahasa Inggeris telah memberikan liputan menyeluruh terhadap kejadian ini termasuklah memuatkan komen dari tokoh-tokoh politik yang membela dan mempertahankan mereka yang ditahan, kebanyakkannya tokoh-tokoh Umno belaka. Yang memberikan komen termasuklah Shahrizat Jalil, Noraini Ahmad Ketua Puteri Umno Malaysia, Rais Yatim, Shahril Samad dan lain-lain.

Siang tadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam Dr Abdullah Mohd Zain akhirnya bersuara. Dan dari kenyataan beliau maka ketahuilah kita bahawa kejadian tersebut berlaku di ZOUK CLUB. Untuk makluman di Zouk Club inilah satu ketika dahulu beberapa penari wanita Melayu pernah ditahan kerana menari separuh bogel dalam program anjuran kelab maksiat tersebut.


FOTO ANAK MELAYU DI ZOUK

ARAK DI ZOUK


ZOUK DARI LUAR

Kata Abdullah pihak JAWI bertindak kerana mendapat aduan orang-ramai lantaran PESTA ARAK yang dianjurkan pada malam tersebut di kelab itu.Dan tambah Abdullah lagi para pegawai JAWI telah bertindak berdasarkan pemahaman mereka terhadap enakmen ataupun undang-undang yang sedia ada!

Soal samada benar ataupun tidak para pegawai JAWI bertindak kasar ataupun diluar batasan undang-undang bagi saya adalah soal kedua. Yang utama yang perlu diperhatian adalah PESTA ARAK itu sendiri yang dianjurkan oleh kelab yang memang memiliki rekod melanggar peraturan yang ada. Tambahan PESTA ARAK itu dihadiri pula oleh penganut Islam yang menurut Abdullah sendiri adalah salah.

Mengapa pemimpin Umno seumpama Shahrizat, Noraini, Rais dan Shahril membela umat Islam yang bermasalah ini? Tahukah mereka bahawa yang tertuduh menghadiri PESTA ARAK yang sah bertentangan dengan Islam, agama anutan orang-orang Umno juga? Mengapa JAWI yang diserang? Sehinggakan ada pihak NGO yang terkenal keliru iaitu Sisters in Islam mengeluarkan kenyataan bahawa perlakuan individu Islam adalah masalah mereka sendiri bukannya satu jenayah sebagaimana yang dipaparkan oleh akhbar THE STAR 2 Febuari lalu di bawah tajuk:

PERSONAL SIN NOT CRIMINAL: SISTERS IN ISLAM

Jika tidak silap saya Dewan Bandaraya KL pernah satu ketika dahulu menggantung lesen kelab bedebah ini, tapi kini ia masih beroperasi dan lebih mewah dan berani lagi.

Kini isu ini menjadi semakin kusut dan bercelaru. Akhbar THE STAR hari ini cuba mengalihkan hakikat dengan membuat laporan di bawah tajuk:

UMNO AND PAS SPLIT OVER DISCO RAID

Memang PAS melalui Dewan Pemudanya telah mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan JAWI khususnya dalam hal pembenterasan maksiat ini. Namun yang sebenarnya bercelaru dan berselisih pendapat adalah sesama Umno sendiri. Menteri Agama kata tindakan JAWI berasas, Menteri Wanita pula kata JAWI keterlaluan. Rais Yatim pula kata nahi mungkar adalah kerja anggota keluarga masing-masing.

Pada waktu yang sama Pak Lah pengasas Islam Hadhari pula berucap di Langkawi meminta supaya umat Islam memberikan tumpuan mempertahankan imej masing-masing di mata dunia. Mana satu yang betul ni?

Dalam keadaan maksiat berlaku di depan mata pun kita masih berdolak-dalik mempersendakan hukum Allah. Kita membela maksiat mencela pencegah maksiat. Inikah yang dikatakan ULIL AMRI MINKUM, wallahualam.

No comments: