KHIR TOYO AKUI EXCO LULUS LAWATAN PAC KE MESIR
Bangkai gajah memang sukar mahu disembunyi, dahlah besar kalau mula membusuk niscaya tak dapat disorok lagi. Demikianlah halnya dengan lawatan Jawatankuasa Kira-kira Kewangan Selangor ke Mesir yang akhirnya dibatalkan.
HAJI KHIR TOYO
Lawatan yang menelan kos lebih RM8000 seorang itu kononnya lawatan sambil belajar. Akan tetapi apabila salah seorang anggotanya yang juga ADUN DAP Sekinchan mendedahkan aturcara keseluruhan lawatan tersebut barulah masing-masing mula gelabah dan tak sedap duduk.
Sebagaimana didedahkan dalam BLOG ini aturcara lawatan lebih merupakan aturcara melancong dengan kunjungan ke pusat-pusat pelancongan termasuklah menyaksikan tarian gelek di atas kapal ketika menyusuri Sungai Nil.
Hari ini MB Selangor yang baru balik dari menunaikan Haji cepat-cepat mengais tanah mahu menimbus dan melupuskan terus bangkai yang semakin memualkan itu. Kata Khir semua anggota PAC yang berkenaan bertanggungjawab dan perlu menanggung kos pembatalan lawatan yang membazir itu.
Khir kononnya terperanjat dengan aturcara sensasi PAC itu walaupun beliau mengakui yang EXCO telah meluluskan lawatan tersebut dari segi dasarnya. Cuma kata Khir kononnya beliau tidak tahu menhau darihal aturcara tarian gelek dan pelayaran menyusuri Nil itu.
Macam mana MB negeri yang didakwa termaju di Malaysia itu boleh tidak tahu menahu darihal perkara ini? Negeri maju sepatutnya canggih serba-serbi, petik sahaja butang MB akan maklum darihal apa yang berlaku dalam negerinya. Agaknya dalam hal ini petik butang tak nampak apa sebab bekalan letrik tak cukup!
Tak kan baru sekarang mahu mengarahkan agar kewangan negeri digunakan secara berhemah, apa sebelum ini tidak berhemahkah? Haji Khir kena amanah, cakap mesti jujur tambahan baru balik dari Tanah Suci. Jangan asyik nak melepaskan diri sahaja, nanti orang tuduh tak cekap. Bila tak cekap jaga-jaga Mat Taib sedang memerhati silap langkah takhta MB akan tergugat lagi.
No comments:
Post a Comment