Wednesday, February 09, 2005

KEDAH MAJU 2010:
RAKYAT MASIH MINUM AIR SUNGAI DAN PERIGI

Semasa Dr. Mahathir memperkenalkan Wawasan 2020 nya semasa beliau PM dulu maka berebut-rebutla masing-masing MB mahu menurut jejak impiannya. Selangor bawah Khir Toyo telah terpa kedepan dan mendabik dada berjanji tahun 2005 Selangor akan jadi negeri maju(Dah 2 bulan 2005 tapi nampak macam tak banyak beza pun). Turut tak mahu ketinggalan adalah negeri Che Det sendiri iaitu Kedah Darul Aman. Maka MB nya pun berkokoklah bahawa Kedah akan menjadi negeri maju pada tahun 2010 iaitu kira-kira 5 tahu lagi dengan slogan TRANSFORMASI KESEJAHTERAAN RAKYAT.

Hari ini dalam akhbar THE STAR disiarkan berita rungutan Setiausaha Kesatuan Pekerja-pekerja Ladang Kebangsaan Kedah (NUPW) bahawa terdapat 13 estet dalam negeri Kedah yang tidak mempunyai bekalan air. Ianya melibatkan hampir 1,000 orang pekerja. Mereka ini sejak tahun-bertahun mengharapkan air dari sungai dan telaga untuk kegunaan harian.

Menurut NUPW perkara ini telah diajukan kepada kerajaan negeri beberapa kali tetapi sehingga kini masih tiada tindakan diambil untuk memperbaiki taraf hidup rakyat berkenaan. Yang melucukan EXCO berkenaan V. Saravanan dari MIC meminta agar NUPW menyerahkan maklumat kepada beliau.

Mereka lupa agaknya semasa pilihanraya dahulu rakyat di estet inilah yang disogok untuk mengundi mereka. Tetapi selepas pilihanraya nasib dan kebajikan mereka yang susah ini tidak pernah dipedulikan.

Kedah dikatakan akan jadi negeri maju 5 tahun lagi. Tak kan negeri saja maju tapi rakyatnya hidup meminum air sungai. Kalau kita kunjungi portal KEDAH MAJU 2010 yang didirikan oleh kerajaan negeri Kedah di bab prasarana tertulis:

Kedah mempunyai keupayaan menyimpan 49 juta gelen air sehari bagi memberikan kemudahan kepada penduduk di bandar mahupun di luar bandar. Loji rawatan air pula berupaya mengepam 82.6 juta gelen air sehari. Jumlah ini cukup untuk menampung keperluan penggunaan air daripada sektor industri, komersil dan domestik.

MB Kedah dalam kata-kata aluannya menyebut:



Siapa sangka Negeri yang dahulunya ibarat padang menghijau kini sudah pesat pembangunannya. Di merata daerah, dari Bukit Kayu Hitam di Utara sehingalah ke Baling, asas pembangunan, keceriaan suasana dan kepesatan program pembangunan menjalar. Inilah penekanan utama kerajaan, menekankan konsep pembangunan untuk semua dan pembangunan menyeluruh bagi membolehkan akhirnya konsep pembangunan insan dan usaha memelihara kemaslahatan ummah dapat dijayakan.

Tolong jengoklah sikit hamba rakyat yang melarat ini. Jangan asyik nak syok sendiri sahaja. Kalau nak maju pun janganlah sampai menipu. Jangan sibuk-sibuk nak isytihar negeri maju, pastikan hamba rakyat khususnya yang susah dan melarat itu terbela terlebih dahulu. Orang nak maju dia pun nak maju tapi rakyat lain hidup selesa rakyat dia minum dan mandi air telaga.


No comments: