ISLAM DISERANG LANTARAN KEJAHILAN KITA
Pernahkah kita terfikir betapa kadangkala tindakan, perlakuan ataupun kenyataan kita samada disedari ataupun tidak sebenarnya membuka ruang bagi musuh-musuh kita untuk menyerang kita kembali?
Sebagai seorang Islam contohnya kita sewajarnya sensitif dalam memastikan yang musuh Islam tidak akan mengunakan apa saja ruang untuk menyerang agama kita yang dicintai apalagi lantaran tindakan kita sendiri. Siapa sahaja kita, apa sahaja fahaman kita, PAS ataupun Umno, konservatif maupun liberal, janganlah sampai tergamak membuka pintu pagar bagi memudahkan musuh masuk untuk menyerang dan mempersendakan kita.
Islam di alaf baru ini dilihat dengan penuh curiga dan serong oleh kebanyakan yang tidak mengenalinya. Lalu apabila kita sendiri menokok-tambah lagi ruang kecurigaan tadi sudah pastilah apa sahaja yang dibuat atas nama Islam menjadi semakin dipersoalkan. Label Islam Taliban, Islam ekstrim, Islam radikal, semuanya menjadi popular lantaran penganut Islam sendiri mengunakannya untuk melabel sesama Islam lantaran kebencian atapun buruk sangka sesama mereka.
Baru-baru ini di KL tindakan para pegawai JAWI menahan beberapa pengunjung kelab malam yang beragama Islam kerana melanggar undag-undang dan peraturan enakmen syariah telah disensasikan ke seluruh pelusuk dunia. Kenyataan mereka yang ditahan kononnya telah diaib dan dilayani secara biadap oleh para pegawai JAWI telah diberi liputan meluas tanpa ada ruang bagi JAWI memberikan kenyataan rasmi malah para pemimpin masyarakat dari kalangan menteri dan ketua-ketua politik turut menyebelahi pihak yang ditahan tanpa usul-periksa secara teliti.
Kalaulah benar para pegawai JAWI itu bertindak kasar dan biadap dalam menjalankan tugas maka sewajarnyalah mereka itu diambil tindakan. Namun jangan kerana sikap mereka itu maka kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka yang ditahan dilepaskan begitu sahaja!
Yang menyedihkan apabila kita mensensasikan isu ini atau dalam erti kata lain membuka ruang, mereka yang tidak terlibat termasuklah yang bukan Islam turut berebut mahu mengulas dan mengeluarkan kenyataan.
Kita barangkali tidak sedar tetapi ruang yang kita buka ini telah mereka gunakan untuk menyerang dan memperlekehkan Islam itu sendiri, agama yang kita anuti dan cintai!
Cuba kita tatapi satu komen yang diberikan oleh sebuah laman web anti Islam dari Barat http://clarityandresolve.com/
One wonders if the treatment of women in Islam will ever make it out of the middle ages. They denied one woman’s request to go to the toilet, forcing her to relieve herself in her pants, it said.
Those rounded up in the nightclub raid were charged with indecent behaviour and could be fined of up to 1,000 ($26) ringgit in a sharia court, The Star said.
This is despicable. What the heck does Allah have against women anyway?
Saya tidak tergamak menterjemahkan baris akhir komen biadap dan kurang ajar ini tapi demikianlah yang kita terima apabila kita membuka ruang lantaran kelemahan kita sendiri!
Seorang penulis yang mahu dikenali sebagai Holocaust Rememberer menulis di dalam malaysiakini
I see those 100 Muslims detained in the raid as moderate Muslims and it is they who form a shield of sorts between extremist Muslims and non-Muslims. In Malaysia, once the moderate Muslims are gone, the non-Muslims will be in peril.
Therefore, the KL club raid is definitely a cause of concern for non-Muslims contrary to what some have articulated. In fact, non-Muslims should come out and support these moderate Muslims and voice their common concern because they are the shield
Seorang lagi penulis menulis:
Religious authority arrogance once again. The Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) raided a nightspot in Kuala Lumpur and, like the Gestapo hunting the Jews, asked non-Muslim patrons to move to another room while their Muslim friends were subjected to ill-treatment, abuse and such.
Hentikanlah segera polemik ini terutama bagi mereka yang memulakannya. Buatlah kenyataan yang memelihara maruah dan nama baik Islam. Janganlah menjadi suara mempertahankan mereka yang mungkar dan maksiat.
Islam hanya akan terpelihara maruahnya apabila pemimpinnya memegang teguh kebenaran dan berlepas diri dari kejahatan. Saya tidak menyalahkan yang bukan Islam kerana mereka rata-rata tidak mengerti, yang salahnya adalah umat Islam sendiri apabila ghairah memelihara kepentingan dan kedudukan masing-masing walaupun ketika berhadapan dengan kebatilan.
No comments:
Post a Comment