Sunday, October 26, 2008

Terus bernaung di bawah panji-panji Islam

Sebagai sebuah gerakan Islam, PAS tidak sekali-kali akan menggugurkan prinsip dan dasar perjuangannya walau apa yang melanda dan menimpanya sekalipun. Kerana teguh dan konsisten berpegang pada Islamlah maka PAS mampu bertahan dalam perjuangan menjangkau lebih 50 tahun. Itulah jihad yang dijunjung oleh PAS sejak penubuhannya sehingga kini dan insyallah sampai bila-bila.

Kerana itu semasa menggulung ucapan dasarnya Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang mengingatkan seluruh ahli-ahli PAS akan surah as Saff ayat ke 2-3:

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Menurut Tuan Guru ayat ini diturunkan ketika para sahabat berada dalam kedudukan semangat yang tinggi dan berkobar-kobar sehingga seolah sanggup melakukan apa sahaja untuk Islam. Akan tetapi apabila Allah swt menurunkan ayat-ayat jihad, tiba-tiba mereka menjadi takut dan malas.

Semoga kita tidak akan dihinggapi penyakit yang seurpa sehingga takut dan malas kita untuk berjihad lantaran suasana yang selesa. Kita terutama orang-orang PAS perlu sentiasa ingat bahawa kita berada dalam kedudukan kita pada hari ini hasil dari pengorbanan dan jihad mereka yang terdahulu, mereka yang tidak luntur semangat jihadnya walau berhadapan dengan pelbagai ancaman dan tekanan, ada yang syahid, ada yang merana dizalimi, doa, darah dan airmata merekalah yang membuahkan hasil yang kita petik dan nikamti pada hari ini.

Oleh itu janganlah buahnya kita makan tetapi jasnya kita lupakan. Rasulullah s.aw telah bersabda:

Tidaklah sesuatu kaum yang meninggalkan jihad melainkan Allah menimpakan azab (kehinaan) ke atas mereka seluruhnya (at Tabarani).

Saya yakin saya bukan keseorangan berasa tidak selesa dan terganggu apabila membaca interbiu YB Sdr Zulkifli Nordin dalam Mingguna Malaysia hari ini di

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1026&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Saya yakin orang PAS akan terus bercakap berkenaan Islam walau apa yang berada di hadapan mereka, tidak ada mana kuasa sekalipun yang mampu membisu atau membatukan kita dari terus memegang dan melangsungkan amanah jihad ini. Kita berjuang untuk memartbatkan Islam, lantas siapa sahaja yang bercakap atas perkara yang sama akan kita raikan, kerana itu apabila DAP bercakap berkenaan Islam kita raikan mereka, apabila Umno mahu kepada Islam kita raikan mereka, bukan bermakna kita sudah menjadi mereka tetapi kerana Islam itu dasar dan prinsip perjuangan kita. Jangan sampai kita kononnya berjuang Islam tetapi orang lain yang lebih ke hadapan dan jauh mendahalui kita.

Kerana itu juga siapa sahaja yang tentang Islam, kalau Umno, maka kita akan tentang mereka, kalau DAP maka begitulah juga. Kita tidak pernah berpura-pura atau menyembunyikan Islam kita, melainkan kita sudah tidak yakin pada perjuangan ini, moga dijauhkan Allah swt.

11 comments:

Korakora said...

Sdr,
Rakyat dari kalangan orang Islam dan Pas sendiri melihat sejauh mana kejayaan YB Pas di Selangor dapat memberikan nasihat kpd rakan sejawat mereka, khususnya daripada DAP dlm berdepan dan mengendalikan isu yang membabitkan umat Islam.

Kerana itu, dlm keadaan masyarakat Islam melihat YB Zulkifli mengambil sikap menegur, YB Khalid pula ternampak cuba mempertahankan. Selain itu, kita pun tertanya-tanya juga apakah peranan YB Datuk Dr Hassan Ali dalam kabinet negeri dlm hal menegur rakan sejawatnya agar tidak mudah melatah dlm isu yg sensitif.

Saya harga keyakinan sdr, tetapi keyakinan itu tidak ada gunanya sekiranya ia tidak diperlihatkan melalui tindakan YB yg sudah memegang jawatan.

Anonymous said...

Salam Saudara Roslan.Boleh saudara jelaskan pandangan saudara berhubung tindakan YB Khalid Samad mempertikaikan ucapan YB Zul di dalam parlimen tempoh hari yang menyentuh isu Islam dan penyatuan umat atas kepentingan Islam?Terima Kasih.Tk

Anonymous said...

Bukan ke penulis dah jelaskan dlm cara terhormat pendirian beliau dlm hal ni.....ko bacalah betul2 bro.

Lu pikirlah sendiri........

JAWA MERU

Anonymous said...

Bukan ke penulis dah jelaskan dlm cara terhormat pendirian beliau dlm hal ni.....ko bacalah betul2 bro.

Lu pikirlah sendiri........

JAWA MERU

abuMuhammad said...

Barakallahu feek kepada Sdr Nordin, mcm ni kita mahu dari seorg YB.

harap yg lain2 tu jgn lembik sangat....

Anonymous said...

Khlaid Samad tu bagus tukar parti dgn YB Zul. Khalid masuk PKR Zul masuk PAS, baru betul..............tak malu ker ahli parlimen PAS mcm tu???

Subandi:Tuaran, SABAH

Anonymous said...

salam,

saya pula tidak pernah menentang tindakan yb zul, yb salahuddin dlm isu bar council.

cuma yb zul agak kurang bila dia merempuh majlis org sesuatu yg tidak dibuat seperti adab yang ditunjukan oleh yb salahuddin.

bayangkan kalau semua demo berlaku semamcam cara yb zul. over over over. menyusahkan org dan kemudian mengatakan melakukannya untuk islam.

Org lain membantah jugak tapi tak lah sampai kena jadi hero mcm yb zul..merempuh majlis orang. Yup dapat liputan tv3 dgn sebaiknya

Anonymous said...

Tapi roslan, bukankah anda antara org yg cukup memuji dan terpesona dgn tindakan zul nordin sebelum ini.

Anonymous said...

YB Zul....walaupun saya tidak boleh menerima PKR, saya cukup kagum dengan ketegasan saudara....

Ahli Parlimen PAS kenalah bersuara di Parlimen especially yg bergelar ustaz dan ulamak tu, jangan masuk parlimen buat syarat sahaja.

rakyat bukan tak tau....kalau BN tak boleh tipu rakyat, pakatan Rakyat pun tak boleh nak tipu rakyat juga.

saya akan lebih berbangga jika YB PAS bertaraf ustaz dan Ulamak berpencak silat di parlimen...bukannya hanya bersandarkan kepada YB YB aliran modern.

kurang skill berdebat? usah gentar...gunakan hujah agama.patahkan hujah lawan.

bukankah agama ajar, katakanlah kebenaran walaupun pahit. jangan jadi tong kosong. ketuk berbunyi tp isinya tiada.

saya faham, ustaz2, ulamak2 dalam Pas ini sudah terjun dalam dunia politik.

tapi jangan jadikan politik sebagai penghalang. kepentingan politik berapa sen sahaja nilainya dibandingkan dengan perjuangan menegakkan panji panji islam.

mengenai YB khalid samad, dia 2x5 dengan abang dia shahrir samad. ahaks

Unknown said...

saya rasa tak ada yg tak kena pada jawapan wawancara YB zul tersebut. Beliau memang begitu, cukup berani dan tegas. Cuma perselisihan pendapat dgn YB Khalid disebabkan berbeza pendapat saja, bukannya pertentangan pendapat. UMNO (melalui utusan melayu) memang suka melaga-lagakan orang lain. Itu yg mungkin sebabnya YB Khalid kata isu ini dimainkan oleh UMNO utk memberikan imej buruk kepada pemimpin pas @ pkr. selesailah tu!!

Anonymous said...

Toklong cadangkan tak payah le kita beria2 beno ashik bergaduh sesama sendiri .... kalau nak bincang sampai mati pun tak habis ...sebab itu dipalastin 2 parti tu bergaduh sampai sekarang israel yg menang... cuba kita duduk semeja bincang , bertolak ansur dan cari jalan supaya dapat menumbangkan BN, tapi majeroti islam tetap lebih, kuasa pun masih kepada kita tapi boleh menegakkan islam.... Tok takut kita ashik bertengkar dan lupa sebenarnya bukan setakat BN aje yg lagakan kita tapi DAP, Hindraf atur strategi supaya mereka dapat lebih dari kita... Tok harap kita jgan menang sorak islam tergadai.....