Wednesday, October 15, 2008

Segera bangkit apabila Islam dicabar

Islam adalah agama yang aman. Ia menghormati hak penganut yang lain dan bersedia berunding dan bekerjasama dengan mana-mana pihak atas isu kepentingan bersama khasnya yang melibatkan maslahah umum. Akan tetapi Islam juga sensitif dan tidak akan berdiam diri apabila kepentingan dan kepercayaannya mahu diganggu gugat dan diperlekehkan oleh mana-mana pihak sekalipun.

Apabila mereka bangkit, bukannya kerana mereka ganas atau mahu memporak-perandakan suasana tetapi kerana kecintaan mereka terhadap aqidah dan agama mereka serta mahu memastikan yang maruah Islam tidak dicemari oleh mana-mana pihak.


Ustaz Hafiz Nordin diapit oleh dua rakan yang
turut dihukum (gambar NST).
Pada 14 Mei 2006 lalu NGO Aliran dan 13 badan lain yang bergabung atas nama “Artikel 11” menganjurkan satu forum bertajuk “Perlembagaan Persekutuan: Melindungi semua pihak” di Georgetown, Pulau Pinang. Artikel 11 ini ketika itu sedang giat menjuarai isu hak umat Islam untuk keluar dari agama mereka atau murtad ekoran kes Allahyarham Sarjan Moorthy dan Nyonya Tahir. Mereka giat mencabar agar dipinda atau dihapuskan Artikel 121 (1) (A) Perlembagaan Persekutuan, iaitu peruntukkan yang memberikan bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah dalam hal-hal sivil yang membabitkan hal-hal atau kepentingan umat Islam.
Lantaran itu apabila badan ini berkeras mengadakan “roadshow” mereka (sebagaimana forum Bar Council baru-baru ini) dan tiba di Pulau Pinang bagi tujuan, maka beberapa NGO Islam yang prihatin telah berhimpun bagi memprotes penganjuran majlis yang sangat sensitif itu. Maka keluarlah semua pihak yang mewakili umat Islam di Pulau Pinang ketika itu, dan sudah pastilah PAS sebagai sebuah gerakan Islam tidak ketinggalan walaupun tiada arahan resmi tetapi individu pimpinan dan penyokong parti telah keluar atas keprihatinan masing-masing.

Semalam Mahkamah Majistret Georgetown mendapati tiga individu bersalah kerana menyertai apa yang dikatakan himpunan haram itu dan dijatuhkan hukuman denda RM2,000 tiap-tiap seorang ataupun penjara 14 hari. Mereka adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohamed Hafiz Nordin, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Bendera Rahim Ismail dan seorang pendakwah bebas, Ustaz Shahul Hamid.

Alhamdulillah saya diberitahu sahabat-sahabat yang hadir di mahkamah semalam telah spontan membuat pungutan dan berjaya menghimpunkan RM6,000 bagi membayar denda tersebut demi menebus juara mereka yang sanggup melontarkan diri ke hadapan demi Islam.

Yang jelas saya melihat seolah ada pendakwaan berpilih-pilih (selective prosecution) dalam kes-kes seumpama ini. Jika tidak silap himpunan haram melibatkan penganut agama lain yang dileraikan oleh pihak polis dengan keganasan di KL, berkahir dengan semua tertuduh dibebaskan. Sedangkan dalam kes ini menurut faktanya ketiga-tiga mangsa telah mematuhi arahan polis untuk bersurai apabila disuruh berbuat demikian.

Bagi saya keputusan ini menafikan hak rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman dan ianya tidak memberikan gambaran yang baik terhadap kerajaan Malaysia. Apa pun syabas kepada mereka yang terlibat samada ketiga-tiga juara kita itu dan sahabat-sahabat dari Pulau Pinang yang dengan rela dan ikhlas telah mengumpulkan wang bagi membebaskan pimpinan mereka itu. Saya masih menunggu ulasan pihak-pihak lain terutama rakan-rakan Ustaz Hafiz dalam Dewan Pemuda PAS Pusat.

8 comments:

Unknown said...

Kemanisan iman telah dapat dikecapi oleh tiga sahabat kita ini. InsyaAllah.

Anonymous said...

Hindraf boleh lepas walau kutuk habis! Inilah kerajaan yang berteraskan umno, sememangnya anti Islam, sanggup tolak Hudud dan promo Hadhari yang kepala yang tak tentu arah....

Anonymous said...

Salam,
Saya rasa terpanggil untuk menyatakan pendirian menyokong pejuang-pejuang agama Allah.

Untuk makluman rakan-rakan pembaca, saya amat mengenali Ustaz Shahul Hamid dan sering mengikuti kuliah-kuliah agamanya. Daripada apa yang disampaikan kepada semua anak murid, saya dapat rasakan kekentalan Ustaz Shahul dalam memperjuangkan Islam.

Antara lain usaha Ustaz Shahul ini ialah beliau membuka sebuah sekolah agama yang dikenali Darul Tahzib. Semua murid di sekolah ini belajar tahfiz dan mereka terdiri daripada anak-anak yatim dari Pulau Pinang dan kawasan-kawasan yang berhampiran.

Tidak pernah terbayang kepada saya, bagaimana seorang guru yang mengajar anak-anak yatim menjadi hafiz didapati bersalah. Bolehkah kita bayangkan bagaimana nasib anak-anak yatim yang dipelihara oleh Ustaz Shahul ini sekiranya beliau dipenjara?

Sekalung penghargaan kepada semua penderma-penderma yang sudi menyelamatkan pejuang-pejuang agama Allah. Rasa kesal di hati kerana tidak dapat bersama-sama pada hari tersebut kerana terpaksa bertugas di luar.

Anonymous said...

Semoga Allah memberkati perjuangan mereka.

Gadis Reformasi said...

masih ada mereka negarwan yang bergelar mujahid
=]
Allahakbar!

Anonymous said...

Tok cukup rasa tidak ada keadilan...mengapa bila kita tunjukan cinrta dan tanggung jawab kita terhadap islam kita selalunya dianggap bersalah....kaum lain selalu lepas ...inilah sebenarnya yg menunjukan depa sebenarnya tidak adil teradap kita org islam , melayu yg duduk dinegeri kita sendiri....

dari dulu tok peratikan masaalah ini... kaum cina,india sebenarnya mendapat kelebihan... bila kita cuba menengakkan ugama kita ..kita dianggap kesalahan....

rasanya kalau ini tidak dilihat oleh org melayu islam...satu hari kita akan tergadai...dan tersisih di negeri kita sendiri...

Bangkilah wahai org Islam.... tunjukanlah kepandaian kita..jgn tunjuk kelemahan kita

Anonymous said...

tokwan ada gambar pak lah berserban, mari tengok di blog tok http://tokwan.wordpress.com..

isu di atas...jika benar ikhlas pasti datang pertolongan Allah.

itu tok dengar tok tok guru ajar kecik dulu.

tapi susah cari orang macam tu..

lagi susah taraf Mukhlasin - yang lagi hebat.

syaitan pun tak dapat ganggu.

Anonymous said...

Sdr tulis "Jika tidak silap himpunan haram melibatkan penganut agama lain yang dileraikan oleh pihak polis dengan keganasan di KL, berkahir dengan semua tertuduh dibebaskan".

Ya..saudara silap. Mereka tidak dibebaskan begitu sahaja. Mereka telah mengaku bersalah dan telah didenda oleh mahkamah.