Wednesday, October 22, 2008

Keprihatinan Tuanku mengundang penghormatan rakyat

Tidak dapat dinafikan bahawa antara Tuanku Sultan yang paling prihatin, mesra rakyat dan popular dikalangan rakyat jelata adalah Tuanku Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Ada sahaja trajedi, kemalangan, musibah yang melibatkan rakyat jelata khasnya di Pahang, Tuanku akan turut ambil berat dan turun ke padang. Ini sudah pasti mengeratkan lagi hubungan antara Baginda dan rakyat yang sudah memang intim itu.

Semalam semasa menghadiri taklimat persediaan menghadapi banjir di IPK Pahang, Kuantan, Tuanku menyuarakan kesedihannya di atas peruntukkan RM8 sehari yang dibelanjakan oleh pihak kerajaan terhadap mangsa-mansga banjir yang dipindahkan. Titah Tuanku jumlah berkenaan lebih rendah dari yang dibelanjakan pada OKT di lokap-lokap tahanan.






Tuanku mencadangkan agar peruntukkan ini dinaikkan sekurang-kurangnya pada kadar RM12 sehari. Selain itu Tuanku turut mencadangkan agar tempat-tempat pemindahan kekal lengkap dengan kemudahan asas disediakan untuk menempatkan mangsa-mangsa banjir ini jika kerajaan berkemampuan.

Saya tidak pasti kadar RM8 sehari ini diguna pakai sejak bila, tetapi memang bersetuju dengan pandangan Tuanku bahawa ianya perlu sangat disemak semula. Yang dipindahkan ini rata-rata adalah warganegara kita yang dipindahkan bukannya ats dasar suka-suka tetapi kerana ditimpa musibah yang tidak dapat dielakkan. Trauma yang mereka hadapi adalah besar, sekurang-kurangnya makanan yang baik dan seimbang dengan belanja yang berpatutan dapat menyumbang ke arah mententeramkan mereka dan keluarga.

Begitu juga dengan tempat-tempat pemindahan sementara yang diguna-pakai kini. Biasanya ia adalah terdiri dari dewan-dewan masyarakat atau bilik-bilik darjah sekolah-sekolah kerajaan. Sudah pastilah kemudahan ditempat ini serba kekurangan kerana memang ianya bukan dibina bagi tujuan tempat tinggal. Oleh itu cadangan Tuanku itu memang sangat relevan dan perlu dipertimbangkan secara serius. Ianya wajar dipertimbangkan terutama bagi kawasan-kawasan yang setiap tahun ditimpa banjir dan melibatkan perpindahan.

Kita mendoakan agar Raja-raja Melayu terus kekal dan memayungi rakyat dengan kasih-mesra, keadilan dan keprihatinan. Mengikut sejarah pernah ada Raja Melayu yang terlibat dalam membebaskan tahanan-tahana politik semasa zaman penjajah dahulu. Insyallah saya akan berikan faktanya dalam posting yang lain.

2 comments:

Anonymous said...

salam bro

saya selalu mengikuti kerja2 bantuan dibawah NGO ketika banjir..

bukan saja mangsa perlu diberi perhatian, malah petugas2 terutama dr agensi kerajaan juga perlu dijaga kebajikan mereka. bagaimana mereka dapat memberi bantuan menyelamat jika penyelamat sendiri hanya makan biskut kosong atau mee segera atau tidur di kaki2 lima pejabat ditemani hujan? ini berdasarkan pengalaman semasa banjir di johor & pahang yg lalu.

sebagai petugas dibawah NGO kami lebih beruntung dan selesa jika dibandingkan anggota agensi kerajaan seperti JPAM (JPA3) dan tentera.

Mungkin kerajaan selangor boleh memulakan sesuatu dgn NGO2 yg aktif dlm menghadapi bencana kerana pengalaman mereka sangat berharga.

Unknown said...

apa nak herankan, masa banjir kat johor dulu, pm siap naik heli lagi, mana ada kesusahannya, nak tolong lihat dan tengok, memang senang. bantuan segera memang hampeh punya.......