Monday, October 20, 2008

Ayah Chik kini 61 tahun







Hari ini dengan izin Allah swt genaplah 61 tahun usia Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang. Tuan Guru dilahirkan pada bulan Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober, 1947 di Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Tuan Guru merupakan anak ke-5 daripada 9 orang beradik tetapi 4 daripadanya telah meninggal dunia. Ayahandanya, Hj. Awang Mohamad bin Abd Rahman manakala bonda beliau Hajjah Aminah Yusuf, kedua-duanya telah pun kembali ke rahmatullah.

Saya perhatikan blogger “Fikir hidup atau Thinking of life” Nik Hassan Azmi http://nikhassanazmi.blogspot.com/ antara yang terawal membuat posting mengucapkan selamat di atas ulangtahun kelahiran Tuan Guru itu.

Beliau kini merupakan antara satu-satunya ulamak yang memimpin gerakan Islam diperingkat dunia pada hari ini. Cekal, konsisten dan berprinsip dalam memikul amanah yang diberikan oleh jemaah.

Saya percaya semua kita yang cinta dan menghargai perjuangan Islam ini berkongsi harap bersama Nik Hassan apabila beliau menukilkan dalam posting nya:

"Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam. Semoga Tuan Guru dikurniakan nikmat panjang umur dan bagi meneruskan perjuangan ini. Semoga perjuangan Tuan Guru terus berterusan dengans emangat yang membara dengan obor perjuangan Islam yang berpandukan al Quran dan as Sunnah."

5 comments:

Anonymous said...

Selamat ulang tahun ke 61 TGHAHA. Semoga panjang umur dan diberi kekuatan untuk terus memimpin gerakan islam. Amin.

Anonymous said...

Syukran lak, Ya Rabb....kerna mengenali seorang tokoh Islam semasa, moga moga PAS terus mantap dan Tuan Guru di panjangkan umur dan di berkati sebagai Presiden PAS.

Unknown said...

Tuan Guru adalah sebutir dari beribu bintang di langit yg membawa dan memberi harapan kepada seluruh umat Islam masa kini dan masa depan. Saya rasa sangat bertuah dan terharu kerana diberi kesempatan oleh Allah mengecap nikmat pimpinan dua ulamak pewaris nabi (insyaAllah) ii TGHH dan TGNA. Semoga mereka berdua (juga ulamak lain) dipanjang umur dan perjuangan diberkati.

Anonymous said...

salam...smoga TG trus di bri kekuatan memimpin ummah dlm mnghdpi kebatilan yg wujud d dpn kte smua..

Ceri said...

Salam Syawal,

Rasanya masih belum terlambat utk mngucapkan 'selamat ulangtahun pd Tuan Guru.. semoga dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yg baik.'

Semoga segala usaha dlm perjuangan diberkati Allah..

InsyaAllah..