Monday, October 20, 2008

Parti menerajui kerajaan

PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Pusat telah menganjurkan satu seminar bertajuk: “Penglibatan PAS dalam urustadbir negeri-negeri Pakatan Rakyat berasaskan siaysaha syariah” di Shah Alam hari Sabtu lepas.

Seminar ini telah diresmikan oleh Tuan Guru Presiden PAS yang turut menyampaikan ucaputama dengan tajuk “Prinsip-prinsip syariah dan amalan di Malaysia dan pengalaman PAS”. Lain-lain kertas yang dibincang adalah “Pengalaman PAS dalam BN (1973-78) analisa pencapaian PAS” oleh Dato’ Mustapha Ali, “Pengalaman PAS dalam pentadbiran negeri Kelantan (1990-2004)” oleh Ustaz Dato’ Abd Halim Abd Rahman dan “Siyasah syariah dalam kerajaan Pakatan Rakyat: Kedah, Perak dan Selangor” oleh Ustaz Dato’ Harun Taib.

Seminar telah ditutup oleh Dato’ Dr Harun Din, Timbalan Mursyiudl Am PAS.

Apa yang menarik perhatian saya adalah resolusi yang telah diluluskan diakhir seminar tersebut. Menurut Ustaz Nasruddin at Tantawi di dalam blognya http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/ semua sekali terdapat 13 resolusi dan 4 cadangan.

Resolusinya yang pertama berbunyi:

Parti mesti menerajui kerajaan dan bukan sebaliknya. Perangkaan dasar, program, penubuhan jabatan dan institusi baru mestilah diputuskan oleh parti terlebih dahulu.

Resolusi ini menarik dan saya kira bertepatan dengan apa yang cuba mahu dilontarkan oleh EXCO PAS di Selangor iaitu YB Sdr Iskandar Samad. Di dalam blognya http://iskandar56100.blogspot.com/ Iskandar menyebut :

Apabila sebuah parti politik atau gabungan parti-parti politik memenangi pilihanraya, ia akan membentuk kerajaan. Polisi kerajaan atau perjalanan kerajaan yang dibentuk mestilah menurut polisi parti atau parti-parti itu.Oleh yang demikian, mereka yang dilantik untuk menganggotai kerajaan seperti Menteri dan Exco malah perlantikan politik yang lain seperti ahli Majlis Perbandaran atau Ketua Kampung mestilah bertindak selari dengan polisi dan hasrat parti.

Saya percaya resolusi ini tidak sekali-kali cuba mencetuskan perbalahan dan sengketa dalam Pakatan Rakyat tetapi ia lebih bagaikan penegasan dasar, bahawa PAS sebagai sebuah parti Islam sudah pastilah akan menempatkan Islam sebagai agenda utamanya pada setiap detik dan ketika. PAS akan terlibat dan memberikan sokongan serta kerjasama dalam perkara-perkara yang jelas tidak bertentangan dengan Islam.

Walaubagaimanapun jika ianya melibatkan perkara dasar dan prinsip, PAS sekali-kali tidak akan bertolak-ansur.

Saya mengharapkan agar kesemua kertas-kerja yang dibentangkan serta resolusi dan cadangan seminar yang sangat penting ini akan segera disebarkan dikalangan pimpinan dan kekuatan akar-umbi parti. Masanya kini tiba untuk bertindak dan memastikan mesej Islam yang kita perjuangkan sejak lebih 50 tahun dahulu akan segera dapat diperkenal dan dilaksanakan.

2 comments:

Anonymous said...

salam...adalh kemestian utk parti menguasai krajaan bkn sebaliknye...tp prsoalannye adkah smua pmpinan & ahli mnerimanye???? sbb mutakhir ni ada jg yg suka mnyanggah hanya smata2 krana PR dan 16 Sept.....

Anonymous said...

sdr,
saya amat berterimakasih atas entri ini.saya harap sdr boleh beri ulasan /huraian yang lebih kerana inilah realiti plotik semasa.program seperti ini amat patut dibawa turun ke setiap negeri/kawasan DSB.semua ahli amat perlu memahami konsep siasah syariyyah dan pelaksanaanya dalam masyarakat majmuk spt negara kita.saya amat yakin bahawa pemimpin pas dan PR layak dan mampun menterjemahkan siasah syariyyah dengan sebaik2nya kalau tidak Allah tidak menganugerahkan nikmat kemenangan kalau mereka tidak bersedia.Allah telah berjanji akan memberi kemenangan kepada sesiapa sahaja asalkan cukup syaratnya.inilah masa untuk membuktikan kebenaran tersebut.
sekian.