Thursday, October 02, 2008

Bumi Moro terus bergolak

Perkembangan pertempuran antara Front Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Tentera Filipina, memasuki babak baru dalam bulan Syawal ini apabila agensi-agensi berita melaporkan terbitnya video terbaru menunjukkan salah seorang komander MILF yang diburu Tentera Filipina iaitu Ustaz Ameril Umbra Kato masih hidup.

Video 8minit 45 saat (tiap-tiap satu itu) yang dipaparkan di youtube itu di

http://www.youtube.com/watch?v=dU-Se7g1k7U

memaparkan temuramah seorang yang tidak dikenali dengan Ustaz Ameril di tengah belantara Mindanao dengan pasukan bersenjatanya. Ternyata walaupun diburu sepanjang Ramadhan lalu Ustaz Ameril dan anak-anak buahnya masih hidup dan meneruskan jihad mereka. Temuramah itu dilakukan sepenuhnya dalam bahasa tempatan dengan beberapa segmen dalam bahasa Inggeris.

Menurut sebuah agensi berita Filipina Ustaz Ameril dalam temuramah itu menyatakan:

Baka naubusan na sila ng tactic na pagsagupa sa amin. Kasi alam mo lahat ng paraan ng pagsagupa nagamit nila – air attack, mga artillery, ground force with heavy weapons and armory vehicles

Mereka mungkin telah kehilangan arah memburu kami. Mereka menggunakan pelbagai kaedah untuk menumpaskan kami, serangan udara, artileri, pasukan darat dengan senjata berta dan kenderaan perisai.

Lahat-lahat na yan ginamit nila sa amin pero nandito pa rin kami

Mereka menggunakan semua itu namun kami masih di sini teguh berdiri.

Ustaz Ameril turut menyatakan dalam video ini:

Tindakan Tentera Filipina memburu dan menyerang mereka adalah suatu tindakan keganasan (part of a terrorist act) Sesiapa yang memburu sesuatu pihak keluar dari penempatan mereka itulah sebenarnya tindakan keganasan.

Juga saksikan lagi di

http://www.youtube.com/watch?v=Thuf7fukr1k

http://www.youtube.com/watch?v=zzg1yPyt5h4

dimana Ustaz Ameril menyebut secara terang-terangan berkenaan mati syahid dan syurga.

Semoga Allah swt memeberikan kekuatan kepada mereka samada menang atau syahid bertemu Allah swt dalam jihad mereka itu. Allahu Akbar.

4 comments:

Anonymous said...

Semoga Allah swt. memberi kemenangan kepada saudara Islam kita samada di Moro, di Malaysia dan seluruh dunia, untuk dunia dan akhirat.

Sejak berkurun kurun lepas lagi umat Islam telah berperang serta berusaha untuk membebaskan diri dari penindasan. Malangnya, kita semakin hari semakin lemah. Yang jelasnya, kemungkaran, kekufuran dan maksiatlah yang jelasnya semakin berleluasa. Umat Islam pula semakin hilang penghormatannya, malahan kita dilabel sebagai pengganas, pembunuh "suicide" yang kejam, tidak berperi kemanusiaan, pemalas, bodoh dan lemah. Kita bukannya dianggap cerdik oleh golongan kafir, tengok sajalah movie movie yang mempaparkan kisah pengganas Islam berbanding movie-movie yang mempaparkan spy-spy era komunis Rusia, era Hitler, era Vietkong dll.

Di tahun baru ini, elok juga kita mengkaji semula strategi strategi umat Islam di dunia ini. Apakah strategi saudara-saudara Moro kita itu adalah strategi yang terbaik untuk membebaskan diri mereka? Walaupun mereka mempunyai semangat juang untuk Islam yang kuat, adakah mereka juga lengkap dari segi takwa, iman dan ILMU (dunia dan akhirat). Kekurangan kekurangan ini jugalah yang melemahkan umat-umat Islam diserata dunia.

Yang jelasnya, buat masa ini umat Islam bukan sahaja lemah dari segi kekutatan fizikal, tetapi, yang ketara, mereka juga semakin kurang mantap penghayatan Islamnya. Perjuangan Islam semakin hari semakin lebih kepada perjuangan emosi dan ego, bukannya kerana Allah swt.

Saya yakin Allah swt. sudah tentunya akan memberi pertolongan kepada mereka pada akhirnya sekiranya mereka tidak lari dari cara yang disarankan oleh Islam, sebagaimana telah larinya beberapa tentera Islam di Uhud; sekiranya mereka telah melengkapi diri mereka dengan iman, takwa dan ilmu yang sewajarnya serta; mereka dipimpin oleh seorang pemimpin yang mencukupi syarat pemimpin seperti fatanah dan amanah.

2kali5 said...

Salam aidilfitri dan salam perjuangan buat semua khasnya saudara-saudara kita di Filipina. Kita di Malaysia sepatutnya bersyukur kerana perjuangan kita belum sampai ke peringkat ini walaupun sememangnya mudah untuk mencapai syahid di dalam keadaan begitu.

Perjuangan di bumi Malaysia sebenarnya cukup sukar kerana kita harus menggunakan akal dan fikiran dalam berjuang. Bukan sekadar mengatur strategi tetapi juga menapis yang benar dan yang salah. Mengenal siapa kawan dan siapa lawan kerana kadangakala demi untuk mendapatkan kuasa dan takhta manusia boleh menjadi musang berbulu ayam.

Fikirkan dan renung-renungkan...

Anonymous said...

Doa senjata mukmin. Doa khas di khutbah Jumaat untuk saudara2 kita di Moroland, Patani DarrusSalam, Plestin, Afghanistan, Iraq, Lubnan, Ickeria, Dagestan dll di semua negeri negeri bawah PR.....

Anonymous said...

assalamua'alaikum

saya merupakan warganegara malaysia yang berdarah MORO...

semoga perjuangan mereka di filipna mendapat bantuan darpd ALLAH...sama2 lah kita berdoa

semporna,sabah