Friday, October 03, 2008

Hindraf jangan ulangi episod ini

Menurut Star Online Koordinator Kebangsaan Hindraf RS Thanenthiran dilaporkan kesal kerana beberapa ahli politik dan media memutarbelitkan fakta kunjungan kumpulan mereka ke rumah terbuka Perdana Menteri Dollah Badawi di PWTC semasa Hari Raya pertama baru-baru ini.

Kata Thanenthiran mereka telah terlebih dahulu mengutus surat kepada Pembantu Khas PM menyatakan hasrat untuk bertemu PM dan menyampaikan ucapan salam hari raya selain memohon agar pimpinan mereka yang ditahan ISA dibebaskan. Permohonan mereka itu diluluskan dan kerana itulah mereka berada di PWTC pada hari berkenaan.

Menurut Star Online lagi:

Thanenthiran said Hindraf members went to the open house to “mohon maaf, zahir dan batin” (seek forgiveness) from the Abdullah, and not to be disrespectful by creating a ruckus, as alleged by certain quarters.

He said it was not true that Hindraf sympathisers had jumped queue, noting that they patiently waited for about two hours to meet Abdullah.
Bagi saya penahanan pimpinan Hindraf dan ramai yang lain selain Hindraf di bawah ISA adalah suatu tindakan yang zalim. Pihak kerajaan sewajarnya membebaskan kesemua mereka atau mendakwa mereka itu di mahkamah terbuka. Namun demikian saya tidak dapat menerima tindakan Hindraf mengambil kesempatan dari sambutan rumah terbuka Perdana Menteri itu untuk meluahkan perasaan mereka. Kehadiran para penyokong dengan pakaian seragam sehingga mencetuskan ketegangan dirasakan sangat tidak sesuai.
Walaupun banyak yang kita tidak setuju dan berlaga angin dengan Dollah namun sebagai PM beliau perlu dihormati sebagaimana kita akan rasa terkilan dan marah jika mana-mana pihak mengambil kesempatan dalam majlis seumpama itu yang melibatkan MB Kelantan, Perak, Kedah, Selangor atau Ketua Menteri Pulau Pinang.

Majlisnya adalah majlis rumah terbuka sempena Hari Raya, sepatutnya kita yang mengunjunginya hadir bersalaman dalam semangat perpaduan dan muhibbah. Pimpinan pembangkang yang lain saya perhatikan tiap tahun menghadiri rumah terbuka PM tetapi tidaklah sehingga mencetuskan kekecohan sebagaimana yang Hindraf lakukan pada hari itu.
Malah Penasihat DAP Lim Kit Siang dan beberapa ahli parlimen DAP hadir pada hari itu sekadar menghormati hari perayaan dan bersalam-salaman secara sivil.

Hindraf perlulah belajar dari episod ini dan jangan mengulanginya, kelak perjuangan sebenar mereka akan dipandang serong oleh masyarakat, malah kini pun sudah ada pihak yang melahirkan tidak-puas hati berhubung insiden itu. Tuntutlah pembebasan pemimpin mereka dan sesiapa sahaja pun, tetapi adab dan norma serta budaya bangsa dan negara perlu sentiasa dihormati.

15 comments:

Anonymous said...

setuju dengan pandangan saudara.
walaupun saya tidak berlaga angin dengan hindraf, saya rasa hindraf kena belajar sesuatu....

Anonymous said...

Tak paham....penggunaan akta yang bertamadun oleh satu golongan yang tak bertamadun dituntut diubah dan dengan cara bertamadun...?
Tak ke pelik, rumah terbuka ke tertutup ke...apa yang nak dipedulikan. Raya ke, Deepavali ke atau Kong Xi Fa Chai ke...kalau suatu golongan ada identiti dominasi mereka harus ditebang, dicantas.
HINDRAF telah berjuang dengan cara yang sangat bertamadun sebelum perhimpunan. Mereka menang, buat saudara Roslan, perubahan politik yang kita kecapi, katakanlah reformasi, katakanlan Tsunami politik atau kebangkitan semangat nationalisme berbalutkan agama.
Ianya tidak berlaku tanpa 'Makkal Sakthi' sebagai pemangkin.
Mungkin subjek politik seperti PAS, UMNO, KeAdilan dan sebagainya mungkin berubah ....tetapi tidak buat Pemangkin.
Makkal bererti Rakyat
Sakthi bererti Kuasa.
Maka Ia tidak berhenti hanya sesuatu bangsa, agama, etnik dan golongan tertentu beraya dengan anak bini mereka.
Ia adalah proses perterusan.

Sekian dan Maaf Zahir Batin,
Ov

roslan sms said...

Sdr Ov

Terima kasih atas pandangan anda.

Maaf tetapi memang kita kena ubah dengan cara yang bertamaddun kerana itu kita menyertai pilihan raya dan seumpamanya.

Rule of law atau Kedaulatan Undang-undang adalah merupakan intipati penting kekalnya negara kita sebagai negara yang merdeka dan berdaulat. Memang di sana ada satu dua undang-undang yang kita tidak bersetuju malah kita sepakati sebagai zalim, tetapi itu tidak bermakna kita mengenepikan samasekali adab dan norma budaya kita.

Kita semua menyertai himpunan BERSIH umpamanya, itu bukan menganggu majlis resmi sesiapa. Itu telah kita sepakati, tetapkan tarikhnya dan sama-sama menyertainya. Mesej kita ubah sistem berpilihan raya.

Tetapi dalam hal ini, majlis yang disertai adalah majlis resmi, perayaan Hari Raya, sebagaimana Deepavali, Tahun Baru Cina dan Krismas yang melibatkan PM.

Saya pasti siapa pun yang menjadi host tidak kiralah Samy Vellu, Tuan Guru Hj Abd Hadi, Ustaz Azizan atau Lim Guan Eng, Dollah Badawi termasuklah Hindraf sendiri akan marah dan berasa tindak selesa jika majlis perayaan hari kebesaran seumpama itu dilanggar begitu sahaja.

Walaupun kita berbeza pandangan atau fahaman politik tetapi sudah menjadi lumrah di Malaysia apabila tiba hari perayaan seperti itu, kita kunjung mengunjung dalam suasana hormat menghormati. Itu budaya kita.

Abah said...

Hindraf satu kumpulan Hindu pelampau dan perkauman yang sempit. Dari reaksi orang2 kg semasa balik hari raya lepas ianya amat tidak disenangi. Setakat ini mereka sekadar lihat dulu.

Anonymous said...

Begitu lemahnya pentadbiran Paklah hingga tidak dapat menangani kumpulan minoriti HINDRAF hingga mereka boleh berlakuan biadap hingga tidak langsong tidak bersopan? Adkah mereka ini fanatik Hindu yang sentiasa bermusuh dengan Islam?

Anonymous said...

takkan saudara roslan dan berkhilaf dgn presiden sendiri?

presiden kata hindraf x biadap

blog66 said...

bagaimana sihindraf ni nak bersalam-salaman dan meraikan majlis tersebut sedangkan di hati masih terbuku rasa tak puashati.adakah bermaafan ini sekadar lakonan saja.sebagai pemimpin pak lah kena terimalah kemungkinan yang sebegini.lagipun dia yang timbulkan masalah ini.Pemimpin boleh menyambut hariraya tetapi masalah rakyat tetap tak boleh dilupa.bila ada peluang saja rakyat akan menerpa.nak salah siapa ?

roslan sms said...

Pak Dollah:

Ya dalam hal ini nampaknya posting saya sebagaimana kata sdr berkhilaf dgn presiden sendiri......

Insyallah saya akan maklumkan kepada beliau mengapa saya berbeza pandangan, sudah tentu dengan cara yang hormat dan tertib. Ada orang berkhilaf tetapi memaki hamun dan melempar kata nista dan serapah, itu bukan adab berjemaah.

Terima kasih.

Anonymous said...

saya sokong saudara.itulah adab berjemaah.lain kepala lain pandangan.tp adab perlu diutamakan...

dalam banyak hal,saya sokong pendirian saudara roslan.

Anak Muda Johor said...

saudara roslan,

saya berpendapat komen tuan guru hadi awang sedikit sebanyak menyentap perasaan orang melayu. sewajarnya beliau menasihatkan hindraf agar bertindak dengan lebih sopan apatah lagi pada waktu sensitif seperti pagi hari raya aidilfitri...

U-HAH said...

entahlah jika sekadar mahu berjumpa pun tak boleh...saya rasa, zaman nabi dahulu ada segelintir manusia yang memang biadap namun nabi tangani mereka dengan baik...pak lah kata cari as-syafie dan al-ghazali...tak kan tak jumpe seerah nabi ni kot?

Anonymous said...

menyokong xbererti setuju semuanya..tahniah saudara keluar dgn pemikiran saudara sndiri..ramai org hanya mngata 'ya' atas sume pendapat pimpinan walhal mereka itu juga manusia biasa,punya sgala kelemahan..tetapi ade caranya utk berbeza pendapat..go roslan go!

to be different is not about to kill each other.

blog66 said...

Roslan, saya rasa dalam hal ni tak perlulah sampai berjumpa Tok Guru Presiden. Rasanya tok guru pun faham tentang perbezaan ini, kalau tidak macamana beliau nak pimpim umat ini.
Lagipun perkara ni kecil saja.Kita memberi komen disini ialah untuk melihat dan menilai pandangan yang berbagai bukan untuk mengadili siapa betul siapa salah. Lainlah kalau dalam masalah dasar dan prinsip asas

Anonymous said...

OKlah, Wak respect dgn TGHH, walaupun ada org Melayu yg agak x setuju. TGNA pun dah awal2 kata, kita Cina, India, Melayu (singkatannya CIMB) adalah adik beradik.

PM kita pun mmg deserve utk terima kunjungan tu. Mungkin inilah peluang terbaik utk depa meluahkan hasrat.

Dari segi adab atau tak beradab ... so far paper Utusan yg ckp. Kebenarannya x pasti. Lagipun, kalu nak diikut udah beradab sgt ke kita selama ini??

Wak pun setuju tak yahla pening2kan TG Presiden psl perbezaan pendapat ttg isu ni. Lebih baik d fokus pd isu sebenar.

Semua peringkat khususnya pimpinan perlu buat realignment balik, lesson learn, brainstorm apa sebenarnya root cause kpd permasalahan yg berlaku dan ape2 lagilah kalu nak dinamakan utk menjernihkan ape2 yg keruh, clarify ape2 yg patut dsb.

Kasihanilah kami d peringkat bawah2 ni, jgnlah pulak sampai hilang keyakinan kami, baru nak terngadah .. jadi, buatlah sesuatu wahai pimpinan2ku yg dikasihi. Kalu hrp nak baca dlm internet ni, bule pening dibuatnya

Anonymous said...

Tuan Guru Presiden telah menyatakan tindakan HINDRAF itu tidak salah. Saya rasa selaku Setiausaha Akhbar kepada TGHH, En Roslan perlu mengeluarkan blog entry ini. Jika tidak akan menjatuhkan imej Tuan Guru Presiden kita.