Monday, February 07, 2005

PENGERUSI MAJLIS FATWA KEBANGSAAN
TERABA-RABA DALAM TERANG

Ramai yang bertanya saya berkenaan artikel dalam akhbar THE SUN keluaran 5-6 Febuari 2005 lalu yang telah saya sentuh dalam BLOG saya. Betulkah Pengerusi Majlis Fatwa berkata:

WE DO NOT BOTHER WHETHER THE WOMEN PUT ON THEIR TUDUNG OR NOT.

Kita tidak peduli samada wanita (Islam) bertudung ataupun tidak.

Ada yang minta saya terbitkan keseluruhan wawancara tersebut di dalam BLOG ini. Wawancara atas tajuk ISLAM AND MODERATION itu sepanjang 3 mukasurat dan saya mohon maaf tidak dapat menterjemahkan seluruh kadnungannya bolehlah cuba-cuba dapatkan sendiri.

Sebenarnya orang umpama Ismail Ibrahim inilah digunakan oleh pihak tertentu untuk menyuntik modernisasi ke dalam Islam yang sebenarnya relevant untuk sepanjang zaman. Islam adalah Islam, sepatutnya perkembangan semasa menurut acuan Islam bukan Islam yang menurut acuannya. Ismail akan digunakan untuk memomok masyarakat apabila ada usaha jujur untuk memimpin masyarakat menuju kebenaran.

Apa yang saya katakan ini dapat dilihat dalam wawancara THE SUN ini. Ismail berbelit-belit cuba menerangkan darihal pandangan Islam terhadap kelab malam, namun cuba mengelakkan diri apabila diasak samada Islam melarang ataupun tidak penganutnya mengunjungi kelab-kelab seumpama ini. Malah kata Ismail:

PEOPLE HAVE THE RIGHT TO GO TO DISCOS, PUBS AND BARS PROVIDED THEY DONT DRINK. WE ARE ONLY CONCERNED IF THEY DRINK.

Orang ramai mempunyai hak untuk mengunjungi disko, pub dan bar dengan syarat mereka tidak meminum (arak). Kita cuma bimbang apabila mereka meminum (arak).

Dahlah berdolak-dalik ke tahap mengizinkan pula orang Islam mengunjungi tempat-tempat maksiat ini, bila diminta formula penyelesaian beliau memperlekehkan pula usaha kerajaan Kelantan yang mengharamkan sama-sekali kelab maksiat seumpama ini. Kata beliau:

WE HAVE TO FIND A LONG TERM SOLUTION TO THIS. WE SURELY DONT WANT TO FOLLOW KELANTAN - JUST DISALLOW PLACES LIKE NIGHTCLUBS AND PUBS FROM OPERATING ALTOGETHER.

Kita perlu mencari penyelesaian jangkapanjang untuk isu ini. Namun kita tidaklah mahu menuruti jejak Kelantan sehingga mengharamkan sama-sekali tempat seperti kelab malam dan pub.

Dalam hal ini dengan penuh hormat saya merasakan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ini sungguh mengelirukan dahlah begitu tidak pula mengiktiraf langkah baik pihak lain. Salahkah Kelantan bertindak demikian sedangkan jumlah penduduknya lebih 95 peratus beragama Islam? Sampai bila penyelesaian jangkapanjang yang beliau katakan itu dapat ditemui, kalau asyik teraba-raba dalam terang.

Kerana itulah tidak hairan apabila Mufti Perak satu ketika dahulu memberi pandangan melarang umat Islam mengunjungi konsert SUREHEBOH, beliaulah antara yang pertama yang menyerang Mufti tersebut. Dato Mufti menegur berpandukan nas tiba-tiba dia membidas mengatakan mufti tidak berhak mengeluarkan fatwa dan bahawa penganjur dalam hal ini tidak boleh dipersalahkan!

Orang seumpama ini sekarang mengatakan tidak penting samada bertudung ataupun tidak dan bahawa umat Islam boleh sahaja mengunjungi kelab malam dan tempat hiburan lain dengan syarat tidak minum arak. Inilah kedudukan Islam di Malaysia pada hari ini. Atas kononnya menganuti sikap moderat kita sesungguhnya samada sedar ataupun tidak sedang mencipta Islam versi baru yang pasti sesat dan menyesatkan.



No comments: