Sebelum ini kita dengar bahawa gerombolan kecewa dalam PAS
mahu menubuhkan parti baru yang kononnya mahu perjuangkan Islam juga. Mereka
dikatakan akan mengambil-alih sebuah parti yang sedia ada dan akan
mengerakkannya sebagai parti baru yang “DAP friendly” yang akan bersaing secara
terbuka dengan PAS.
Kearah itu mereka sedang mengerah dan menggerakkan
penyokong-penyokong mereka meletakkan jawatan dalam PAS secara beramai-ramai.
Satu demi satu kawasan dan cawangan-cawangan PAS akan lumpuh dakwa mereka dan
apabila itu berlaku, dan sejurus usaha mereka menghidupkan sebuah parti
berjaya, kesemua mereka akan berbondong menyertai parti baru itu.
Ghairah sungguh mereka menjelajah seluruh negara bagi mencapai
matlamat ini walaupun banyak pihak sangsi dengan keupayaan mereka. Ramai
mengatakan parti yang diasaskan oleh orang-orang yang kecewa ini keseudahannya
nanti akan kecewa juga dan terbengkalai begitu sahaja.
Tiba-tiba hari ini The Staronline melaporkan rungutan
Setiausaha Agung Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) iaitu Azmi Othman yang
mendakwa kumpulan kecewa ini yang menamakan diri mereka Gerakan Harapan Baru
sedang berusaha mengambil-alih parti mereka tanpa pengetahuan beliau dan
Presiden partinya.
Dan bukan itu sahaja Azmi mendakwa terdapat penipuan yang
dilakukan oleh pihak tertentu yang dikatakan telah menyerahkan minit mesyuarat palsu
parti beliau ke pihak Pendaftar Pertubuhan ROS.
Azmi mendakwa beliau telah pun membuat laporan polis
berkenaan kejadian di atas.
Apa dah jadi ni?
Pihak yang mendakawa diri mereka profesional dan kononnya
amanah kini terlibat pula dengan kerja-kerja merampas sebuah parti yang sah dengan
cara yang amat buruk dan memalukan. Kalau benar dakwaan Azmi ini sebagaimana
laporan polis yang beliau buat, ini satu petanda buruk buat pemuka-pemuka GHB.
Sudahlah kerusi DUN dan Parlimen yang dimenangi atas tiket
PAS mereka rampas dan bawa lari tanpa peduli, kini parti pun mereka mahu “hijack”!
Kata Dr Dzul, yang mendakwa dirinya setiausaha GHB, parti
baru akan diumumkan Isnin ini.
Kalau pihak polis dah dilibatkan melalui laporan polis Azmi
itu masih adakah harapan pada harapan baru atau bagaimana?
1 comment:
mereka merancang Allah juga merancang.. pastu perancangan Allah mengatasi perancangan mereka... takutilah kifarah dan laknat atas perbuatan khianat
Post a Comment