Banyak telah diperkatakan berkenaan DAP dan sumbangannya
dalam mencetuskan krisis dalam PAS sehingga mendorong mereka yag kecewa dalam
pemilihan PAS baru-baru ini untuk angkat kaki dan menubuhkan parti baru.
DAP bukan hanya telah memutuskan hubungan dengan PAS malah
tidak cukup dengan itu, setelah membidankan kelahiran GHB, yang dipenuhi oleh
gerombolan kecewa tadi dan pengikut-pengikut mereka, DAP mahu memastikan agar
GHB itu nanti berperanan memusnahkan PAS sama-sekali.
Politik Islam yang dibawa PAS, yang selama ini diterima
dengan senang oleh sebahagian besar masyarakat Melayu Islam Malaysia, dilihat
DAP sebagai satu ancaman. DAP mahu membentuk politik Islam yang sesuai dengan
seleranya, kerana itu DAP berjaya mendapatkan khidmat gerombolan kecewa dalam
PAS agar membantunya membentuk satu parti Islam “ala” DAP.
Kalau selama ini kita sahaja yang membicarakan darihal
penglibatan DAP dan agendanya itu, hari ini saya sempat membaca satu ulasan
berkenaan DAP oleh seorang yang pernah tidur sebantal dengan mereka.
Dalam Malaysia Today hari ini http://www.malaysia-today.net/oppositions-30-year-engagement-with-pas-undone/
bekas pemimpin DAP dan bekas ahli Parlimennya yang pernah bergiat 5 tahun dalam
DAP iaitu Dr Kua Kia Soong mengulas isu PAS dan DAP ini dan pengalamnnya duduk
sebumbung dengan parti yang beliau tinggalkan itu.
Dr Kua sekarang merupakan Penasihat kepada sebuah NGO bernama
SUARAM.
Kata Dr Kua setelah memutuskan hubungan dengan PAS, DAP hari
ini lebih senang bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir:
….the man who has been responsible for privatising
practically all of Malaysian industry and destroying whatever semblance of
democracy we had in his 22 years in office…all because of the stated need to
“save Malaysia”.
Orang (Mahathir) yang bertanggungjawab menswastakan hampir
keseluruhan industri dalam negara dan yang telah bertanggungjawab memusnahkan
apa sahaja demokrasi yang kita punya selama 22 tahun beliau sebagai PM…semuanya
kerana (kononnya) kita perlu “selamatkan Malaysia”
Menurut Dr Kua lagi:
This is a significant political turnaround for the DAP. We
used to have to be saved from Mahathir. Now we are told we need to ally with
Mahathir to save Malaysia?
Perkembangan ini jelas menampakkan sikap “patah-balik” DAP.
Dahulunya (DAP) mahu kita semua diselamatkan dari Mahathir. Hari ini kita
diberitahu kita perlu bersekongkol pula dengan Mahathir untuk menyelamatkan
Malaysia?
Keterangan Dr Kua ini jelas mencerminkan sikap berubah-ubah
DAP yang sangat mengelirukan.
Seterusnya Dr Kua dengan panjang lebar menyentuh berkenaan
sejarah perkembangan politik PAS dan keterlibatan NGO dan persatuan-persatuan
Cina dalam mendekati PAS dan membawa PAS untuk berkerjasama dengan DAP.
Dr Kua merupakan salah seorang tokoh yang turut terlibat.
Apa yang ketara DAP akan menyanjung PAS apabila kerjasamanya
dengan PAS memberikan keuntungan politik buatnya. Akan tetapi jika kerjasama itu
merugikan, DAP akan bangkit menyerang PAS.
Menurut Dr Kua hasil dari kerjasama antara PAS dengan DAP,
masyarakat Melayu telah mula senang dan berubah sikap terhadap DAP. Ini
merupakan satu pengakuan bahawa kerjasama PAS dan DAP sesungguhnya banyak
membantu DAP dalam menembusi tembok masyarakat Melayu yang sebelum ini
merupakan batu penghalang buat mereka.
Tetapi menurut Dr Kua lagi sikap DAP terhadap PAS sentiasa
berubah-ubah dalam ertikata lain DAP bukanlah ikhlas mana pun khasnya berkaitan
hubungannya dengan PAS.
Pernah kata Dr Kua sebelum DAP memutuskan hubungan
dengan PAS dalam tahun 1995 dahulu semasa era Gagasan Rakyat, seorang pemimpin
kanan DAP dalam satu majlis persidangan tertutup menyatakan deengan lantang:
PAS is our main political enemy
(PAS adalah musuh politik kita yang utama)
Namun selepas tercetusnya kebangkitan rakyat melalui
Reformasi 1998 dan kemudiannya terbentuk Barisan Alternatif, DAP berbaik semula
dengan PAS.
Itulah DAP, oleh itu tidak mustahil, apabila melihat PAS
sudah tidak lagi ada guna buatnya, sekali lagi hari ini DAP mencampak keluar
PAS.
Dalam krisis terbaru PAS-DAP ini Dr Kua lebih menyalahkan
pimpinan DAP. Kata beliau bermula dari “Langkah Kajang” DAP lah puncanya
apabila PAS tidak diberitahu atau dibawa berbincang tentang projek ini terlebih
dahulu. Kemudiannya DAP melancarkan serangan demi serangan terhadap PAS
terutama ke atas Presiden PAS sendiri yang bagi Dr Kua perbuatan itu sangat
tidak beradab.
Begitulah DAP pada pandangan bekas orang kuatnya
sendiri.Kalau seorang intelek dan bekas aktivisnya, Dr Kua sendiri boleh menyatakan
demikian terhadap DAP, tiada apalah yang mahu kita hairankan.
Hari in DAP telah berkerat rotan berpatah arang dengan PAS dan
sebaliknya memeluk erat Dr Mahathir dan kumpulan kecewa dalam PAS. Esok lusa
dengan sikap berubah-ubah DAP itu tidak mustahil Mahathir dan GHB pula
ditendangnya.
No comments:
Post a Comment