Parti serpihan PAS yang didalangi oleh kumpulan kecewa yang
tewas dalam pemilihan Muktamar PAS yang lalu dijangka muncul bulan Ogos ini
sekurang-kurangnya itulah yang diheboh-hebohkan.
Baru-baru ini “Pemimpin Agung DAP” Lim Kit Siang dalam
membentangkan agenda politik barunya telah menyebut pakatan politik baru yang
dikepalai DAP nanti akan turut disertai paling tidak 10 ahli Parlimen PAS atas
nama Gerakan Harapan Baru (GHB).
Ini bermakna diperingkat ini parti baru pro DAP itu
diperingkat sarat mahu dilahirkan.
Yang mahu dimalukan, yang mahu diserang, yang mahu ditentang
setakat ini yang jelas nampaknya adalah PAS. Presiden PAS, ulamak PAS, orang-orang
PAS yang mahu Hudud dan laksana Islam tanpa fikirkan DAP, mereka ini semuanya
mesti dilupuskan.
Anak yang bakal lahir Ogos ini yang dibadankan oleh DAP itu
dikatakan akan menggantikan peranan PAS dalam politik baru impian Kit Siang.
DAP, PKR, anak baru lahir ini, beberapa NGO katanya malah
termasuk kalangan Umno yang kecewa akan menganggotai pakatan baru, politik baru
idaman Kit Siang itu. Malah jika cukup bilangannya dengan penyertaan kononnya
pimpinan kecewa Umno dan beberapa wakil BN khasnya dari Sabah dan Sarawak, atas
usaha dan kelicikkan politik Kit Siang, satu kerajaan perpaduan baru akan dapat
dibentuk, siapa-siapa pemimpin kecewa Umno tadi boleh jadi PM sementara
sehinggalah PRU yang akan datang.
Duduklah DAP, PKR dan anak baru lahir tadi dalam kabinet politik
baru. Presiden parti yang menggantikan PAS itu kerana tak punya kerusi bolehlah
dilantik sebagai Senator dan diberikan kerusi kabinet Menteri Dalam Negeri yang
sakan diidam-idamkannya sejak puluhan tahun lalu. Pasti beliau gembira dan
terhutang budi dengan Kit Siang.
Begitulah cantiknya nampak atas kertas perancangan Kit
Siang, kepala bergeliga yang sebenar yang disebalik semua ini.
PAS berjaya dipecahkan, satu pihak yang pro ulamak yang mahu
Islam yang sebenar berjaya dimatikan usia politknya manakala serpihan PAS yang
bangga dengan Islam progresifnya berjaya dibentuk yang tidak menaruh sebarang cita-cita
sebagaimana PAS lama yang sangat ditakuti dan dibenci Kit Siang dan DAP itu.
Raja Petra Kamaruddin atau RPK dalam Malaysia Today di http://www.malaysia-today.net/dap-is-a-threat-to-racial-harmony/
menulis:
Their plan is after splitting PAS into two it is now time to
split Umno into two as well. Then Malay political power will weaken. And if we
do not support this DAP plan then we are traitors. Only if we support the DAP
plan will we be patriots.
That is how Malaysia’s politik baru is to be played. It must
be DAP’s way or no way. And if we disagree then we must be whacked. And since I
do not agree with what they are doing that means I am a traitor. Traitor to
what? Traitor to the country or traitor to DAP?
(Perancangan mereka (Kit Siang/DAP) selepas memecahkan PAS
kepada dua kini giliran memecahkan Umno kepada dua pula. Ini bermakna kuasa
politk Melayu akan berjaya dilemahkan. Dan jika kita tidak menyokong pelan DAP
itu bermakna kita adalah pengkhianat. Jika kita sokong pelan DAP bermakna kita
adalah patriot.
Inilah caranya bagaimana “politik baru” Malaysia mahu
direncanakan. Ianya mesti mengikut cara DAP jangan tidak. Jika kita menentang maka kita akan diserang.
Dan memandangkan saya tidak bersetuju dengan apa yang mereka lakukan maka saya
juga turut menjadi pengkhianat. Pengkhianat kepada siapa? Pengkhianat kepada
negara atau pada DAP?)
Memang sekali lalu jika hujah RPK digunakan kita seakan
memain politik perkauman, benarkah cita-cita DAP ini sebenarnya mahu memecahkan
kuasa politik Melayu, dua kuasa politik yang berbeza ideologi dapat dipecah dan
dilaga, benarkah begitu?
Menolak politik perkauman ketepi dan membaca ikut selera dan
kepala “liberal” dan logik, begitulah nampaknya. Umno barangkali bukan DAP yang
pecahkan secara langsung tetapi terpecah dengan sendiri akibat kerakusan rasuah
dan politik wang mereka kerja tangan
mereka sendiri. Dan goyang DAP tumpeng gegarkan lagi.
Manakala PAS yang tegak berdiri konsisten atas nama perjuangan
Islam sejak 60 tahun lalu, yang selama ini tidak dapat diganggu gugat khasnya
oleh seteru politiknya Umno, rupanya dipecahkan memang melalui susupan dan
perancangan DAP nampaknya.
Lahir anak baru dibidankan DAP, belanja sebelum dan semasa bersalin
dan membesarkan pun dibiaya DAP, masuk akal juga leteran RPK itu.
Apa pun dengan lahirnya parti baru serpihan PAS ini, maka akan
mara lah setapak lagi pelan DAP itu buat gagasan “politik baru” Malaysia nya.
Politik “Malaysian Malaysia”, rakyat yang setaraf dan sama rata, meritokrasi
dan kebebasan agama yang mutlak dengan tiada mana agama boleh mengatasi yang
lain iaitu negara sekular yang meletakkan Islam sebagai semata-mata agama
upacara dan bukannya cara atau sistem hidup bermasyarakat.
Lahirnya parti baru serpihan PAS ini pastinya akan diarahkan
oleh “pemimpin Agung nya” untuk menakluk dan melumpuhkan kekuatan politik PAS,
maka lahirnya mereka bermakna lahirlah musuh politik baru buat PAS kerana
mustahil mereka mahu fokus pada kerusi-kerusi
PKR atau DAP, sewajarnya
tumpuna PAS lah jua tumpuan mereka.
PAS saya yakin akan terus istiqamah atas dasar dan prinsip
perjuangannya. Jika itulah kemahuan Kit Siang dan anak barunya, maka PAS tidak
akan teragak-agak menghadapi mereka dan siapa sahaja yang berdiri menghalang
matlamat perjuangannya.
1 comment:
Mungkin matlamat mereka adalah dua serampang. Luar dan dalam. Luar ambil alih parti kita utk yg x berbaiah. Dalam kekal ghb utk terus buat onar dan burukkan pas. Tiba masa utk terminate ghb dari pas.
Post a Comment