Kita yang sekian lama bernaung di bawah sistem demokrasi
berparlimen sudah pastilah tidak mahu dan tidak bersedia untuk berada dalam
suasana dimana kerajaan yang memerintah tiba-tiba dijatuhkan melalui kaedah
yang bertentangan dengan amalan kita.
Apabila Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam
Negeri mendedahkan bahawa terdapat komplot dari kalangan ahli parlimen
pembangkang dan BN untuk menumbangkan kerajaan PM Najib Tun Razak melalui
“pintu belakang” sudah tentulah pengumuman itu mencetuskan suasana yang tegang.
Akan tetapi sekiranya ia sekadar usul undi tidak percaya di
Parlimen, ianya bukanlah satu ancaman malah merupakan suatu kaedah yang dibenar
oleh sistem demokrasi berparlimen itu sendiri.
Rampas kuasa melalui “pintu belakang” ini mengingatkan kita
pada peristiwa yang sama yang telah berlaku di Negeri Perak pada 2009. Kerajaan
PR pimpinan Nizar Jamaluddin tiba-tiba hilang majoriti dan digantikan melalui
“pintu belakang” apabila 3 ADUN Pakatan iaitu dua dari PKR dan seorang DAP
khianat dan menyeberang ke belah BN.
Zahid walaubagaimanapun tidak menjelaskan siapakah dalang di
sebalik tindakan ini , hanya sekadar menyebut ia diketuai oleh seorang yang tua
dari BN.
Apabila saya menjenguk ke laman Malaysia Today, saya dapati
Raja Petra Kamaruddin mendedahkan secara “detail” apa yang dimaksudkan mungkin
dari fahaman beliau sendiri, mungkin dari maklumat dalaman, mungkin juga
sekadar tokok-tambah.
Tetapi apabila membacanya, kita bolehlah mendapat sedikit
faham dan gambaran akan apa yang didedahkan Zahid itu.
Di Dewan Rakyat hari ini BN menguasai 134 dari 222 kerusi.
Selebihnya 87 DAP, PKR dan PAS manakala 1 diwakili Bebas iaitu Tan Sri Khalid
Ibrahim.
Akan tetapi apa yang didedahkan Zahid ini dari pemahaman
ramai bukannya satu usaha mengemukakan usul “undi tidak percaya”di Dewan
Rakyat. Ianya lebih dari itu. Ianya melibatkan usaha menandatangani perakuan
bersumpah selain menggunakan pengarah pihak Istana bagi meyakinkan YDPO Agong agar
berkenan menggantikan PM yang ada dengan yang lain.
RPK mendedahkan terdapat seroang peguam yang telah
menderakan memorandum dan perakuan bersumpah ini, beliau turut mendedahkan
pihak Istana dari sebuah negeri di Selatan Semenanjung telah digunakan malah
telah pun mengadap YDP Agong maka memaklumkan darihal usaha ini.
Menurut RPK YDP Agong telah tolah mentah-mentah cadangan
itu.
Ini bermakna telah ada usaha sebagaimana yang berlaku di
Perak pada 2009, lalu, iaitu untuk menggantikan Najib sebagai PM dengan calon
dari kumpulan pengkhianat BN dan blok pembangkang.
Jika Zahid memaklumkan terdapat seorang tua dari BN yang
mengepalai usaha ini dari pihak Umno dan BN, siapa pula dari pihak pembangkang.
Dari pendedahgan ahli Parlimen PAS Pokok Sena dan Ketua Pemuda PAS, PAS tidak
tahu menahu darihal komplot ini. Mungkinkah orang PAS yang belot tahu?
Siapa pula dari DAP dan siapa dari PKR?
Kalau usaha ini mahu berjaya walaupun dari pintu belakang,
mereka memerlukan sekurang-kurangnya 112 sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat.
Kalaulah semua wakil pembangkang termasuk yang Bebas setuju, baru ada 88. Perlu
ada sekurang-kurang 24 dari BN yang turut bersetuju. Kalau orang tua yang
dimaksudkan itu sudah setuju bermakna mereka perlukan 23 lagi dari BN.
Menarik dan berpusing-pusing juga komplot ini.
Apa pun pada pandangan Menteri Dalam Negeri ianya sesuatu
yang mengancam kestabilan negara. Khabarnya laporan polis telah dibuat dan
Ketua Polis Negara sendiri telah menyatakan bahawa siasatan akan dimulakan di
bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan iaitu tindak-tanduk yang mengancam demokrasi
berparlimen.
Apakah kesudahan komplot ini, tidaklah diketahui. Yang pasti
rakyat Malaysia semuanya mahu tahu apa sebenarnya yang telah dan sedang
berlaku.
No comments:
Post a Comment