LIM KENG YAIK
Dalam masyarakat sibuk membincangkan darihal cadangan mengajar bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah-sekolah kebangsaan, rupa-rupanya terdapat satu isu besar yang telah diputuskan di belakang tabir tanpa pengetahuan masyarakat ramai.
Kononnya cadangan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah-sekolah kebangsaan kelak akan mempertingkatkan lagi kemasukan anak-anak bukan Melayu ke dalam sekolah kebangsaan. Kerana apabila dibuka peluang kepada anak-anak bukan Melayu untuk turut mempelajari dan memperkasakan pengetahuan bahasa ibunda mereka maka ibu-bapa bukan Melayu nanti akan terdorong untuk mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.
Sejauh manakah tepat dan rasionalnya tanggapan ini, tidaklah diketahui. Cuma soalnya adakah ini sahaja puncanya maka ada dikalangan ibu-bapa yang bukan Melayu tidak mendaftarkan anak mereka ke sekolah kebangsaan?
KELUARKAN AGAMA DARI SEKOLAH
Presiden Gerakan, salah satu parti komponan BN, berpendapat demikian malah beliau menambah lagi satu factor berhubung isu ini. Menurut Lim Keng Yaik, satu lagi factor yang menghalang masyarakat bukan Melayu dari mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan adalah kerana masalah berkaitan agama banyak didedahkan dan diperkatakan di sekolah-sekolah jenis ini.
NST hari ini memetik kenyataan Keng Yaik dan meletakkan tajuk berita:
KENG YAIK: KEEP RELIGION OUT OF SCHOOLS
KENG YAIK: KELUARKAN AGAMA DARI SEKOLAH-SEKOLAH
Tajuk NST ini menggunakan istilah RELIGION bermakna Keng Yaik tidak merujuk kepada banyak agama tetapi sebenarnya spesifik pada satu agama. Dan pada hari ini tenaga pengajar yang dominanan di sekolah-sekolah kebangsaan tentunya adalah yang beragama Islam, dari Guru Besar ke Penolong Kanan sehinggglah guru-guru biasa. Bermakna agama yang dimaksudkan oleh Keng Yaik di sini adalah Islam!
Kata Keng Yaik lagi:
If you want to deal with religious issues, do it at home, in religious classes or at places of worship.
Jika ada pihak yang mahu mengenengahkan isu-isu agama. Lakukannya di rumah, atau di kelas-kelas agama atau di tempat-tempat ibadah.
Saya tidak pasti permasalahan agama yang bagaimana yang kononnya dibimbangi oleh masyarakat bukan Islam menurut Keng Yaik itu? Bagi saya unsur-unsur Islam kalau pun ada pada sekolah-sekolah kebangsaan hari ini adalah:
1. Guru-guru perempuan yang mengenakan pakaian menutup aurat (walaupun ada juga yang tidak), dan dalam mengamalkan cara hidup Islam pastinya Keng Yaik tidak mengharapkan guru-guru ini untuk bebas bersalam tangan dengan sesiapa sahaja walaupun seorang Menteri seperti beliau. Demikian juga guru-guru lelaki Muslim yang baik yang sudah pasti mengelakkan diri dari bersalam tangan dengan yang bukan mahramnya.
2. Guru-guru yang memberikan salam kepada sesama Muslim termasuk sesama guru, murid dan ibu-bapa serta majlis doa ketika perhimpunan dan merayakan majlis-majlis agama di sekolah seperti Maulidur Rasul dan Maal Hijrah.
3. Guru-guru dan murid yang mendirikan solat di surau-surau sekolah samada secara berjemaah ataupun berseorangan. Ada juga guru dengan kerjasama PIBG yang menganjurkan solat hajat berjemaah ketika sebelum sesuatu peperiksaan besar.
4. Guru-guru yang menggalakkan anak-anak muridnya mengamalkan penghidupan sebagai seorang Muslim yang baik samada bersolat atau berpuasa ketika Ramadhan.
Adakah perkara-perkara dan amalan seperti ini yang Keng Yaik bimbangkan? Adakah perkara-perkara dan amalan seumpama ini yang mahu dihalang di sekolah-sekolah kebangsaan? Kalau inilah yang dimaksudkan maka saya mengira Menteri BN ini walaupun Negara telah lebih 46 tahun merdeka masih tidak faham dan menghormati agama Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan!
Saya kira kenyataannya (tambahan pula sebagai seorang Menteri cabinet) sungguh kurang ajar dan sangat biadap terhadap bukan hanya masyarakat Melayu malah seluruh umat Islam dalam Negara! Hairan Keng Yaik antara pemimpin komponan BN yang terawal menyokong Malaysia sebagai sebuah Negara Islam ketika Dr Mahathir mengisytiharkannya dahulu.
Adakah Umno selaku tunggak BN akan membenarkan amalan-amalan Islam ini dkikis terus dari sekolah-sekolah kebangsaan semata-mata kerana rakan kongsinya umpama Keng Yaik ini menuntut demikian? Malah Keng Yaik sebagaimana dilaporkan oleh NST dan THE STAR dengan bongkak mengatakan bahawa isu ini telah diketengah dan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet!
Saya rasa dalam hal ini tibalah masanya umat Islam tidak kira apa fahaman politik bangun dan menyelamatkan keadaan. Jangan kerana mahu dianggap bersikap toleran maka amalan dan kepercayaan agama digadaikan. Sekolah-sekolah MISSIONARY mengekalkan amalan dan budaya agama mereka tanpa masyarakat Islam bangun pun memprotes sejak dahulu sehingga kini, umpama meletakkan salib di bilik-bilik darjah (masih ada di sekolah-sekolah di Sabah) dan PRAYERS ketika perhimpunan. Tiba-tiba sekolah yang didirikan oleh kerajaan yang mendokong Islam sebagai agama resmi Negara dengan mudah mahu mengnyahkan amalan agamanya sendiri.
Keng Yaik kurang ajar dan jika Umno selaku rakan kongsi tidak mampu mengajarnya maka sudah tibalah masanya umat Islam bangun mengajar mereka-mereka ini.
No comments:
Post a Comment