Sunday, September 05, 2004

Pandanglah ke depan



Pandanglah ke depan dengan kebijaksanaan demikianlah tajuk surat Syukran Abdullah yang terkandung dalam ruangan Surat Pembaca akhbar KOSMO. Syukran mengulas isu pembebasan Dato Seri Anwar Ibrahim dan membaca suratnya maka akan fahamlah kita bahawa yang diminta pandang ke depan adalah rakyat Malaysia.

Beliau mengaitkan hubungan Anwar dan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS. Malah beliau menyoal siapa yang lebih memerlukan siapa sekarang? Anwar lebih perlu pada Haji Hadi atau sebaliknya? Dan membuat kesimpulan dengan persolana, tapi adakah mereka mash diperlukan?

Syukran dan beberapa kalangan yang sefahaman dengannya sudah pasti gelisah dengan pembebasan Anwar ini. Maklumlah setelah hamper 6 tahun lebih pihak pemerintah mendera dan menganyiaya beliau tiba-tiba beliau kini keluar sebagai orang bebas. Lanjutan penahanan Anwar jangan kita lupa lunas demokrasi yang diamalkan di Negara kita telah menjadi semakin luntur dan dikekang. Selepas sahaja ditangkap arahan dikeluar melarang segala bentuk ceramah umum. Sehingga ramai yang diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pihak polis kerana kononnya melanggar larangan ini.

Barisan pimpinan PAS kalau kita masih ingat ditembak dengan water canon dihadapan kedutaan AS termasuklah Almarhum Ustaz Fadzil Nor. Bukan Anwar sahaja yang menjadi mangsa sesungguhnya kebebasan, demokrasi dan keadilan turut diperkosa pada waktu yang sama oleh pihak yang memegang kuasa.

Tiba-tiba Syukran boleh menulis saya hanya berharap kita rakyat Malaysia melupai segala peristiwa sebelum era Pak Lah. Kita sudah membuka buku baru. Marilah kita memandang ke depan dengan kewarasan dan kebijaksanaan.

Kesimpulannya memang kita perlu pandang ke depan namun segala kepincangan, penyelewengan, salah guna kuasa, dan pelbagai larangan yang mengekang kebebsan perlulah diperbetulkan, barulah boleh dikatakan bijaksana.

No comments: