Here I freely share my thoughts. Likewise please feel free to comment or criticize.
Thursday, September 09, 2004
Bersangka baik terhadap Anwar
Berasangka baik terhadap Anwar Ramai yang bersyukur ketika mendapat tahu darihal berita pembebasan Dato Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. Reaksi spontan rakyat jelata menunjukkan walaupun telah 6 tahun lebih terpisah dengan DSAI namun simpati mereka terhadap DSAI tetap terbuku dihati. Lalu apabila mendengar berita pembebasan ramailah yang berasa gembira.
Namun dalam pada itu kini lahir pula trend baru yang mula meletakkan syak wasangka terhadap langkah DSAI seterusnya. Ada yang berpendapat lantaran luar biasa sungguh pembebasan beliau barangkali semacam ada pakatan tertentu yang melibatkan pimpinan kerajaan. Mungkinkah Anwar akan kembali kepangkuan UMNO setelah pulang dari Munich nanti? Hatta pengundian online yang dibuat oleh HARAKAHDAILY menunjukkan dari 2607 respondan cuma 59.49 peratus sahaja percaya DSAI akan tetap bersama BA manakala 17.22 peratus percaya DSAI akan kembali ke UMNO.
Apa pun bagi saya setelah melalui pelbagai penderitaan, mehnah, fitnah dan kezaliman yang membabitkan diri dan keluarganya serta rakan-rakan mustahil DSAI akan kembali ke UMNO. Manusia biasa yang bermaruah dan ada harga diri tidak akan kembali ke lubuk yang telah menghina dan menjahanamkan hidupnya. Namun jika ditakdirkan beliau mahu juga berlutut kembali ke UMNO, jelaslah beliau bukan lagi seorang manusia.
Kesimpulannya biarlah kita berpandangan positif dalam hal ini, bersangka baik terhadap beliau yang telah dizalimi dan menderita sekian lama. Kita berdoa semoga beliau akan istiqomah dalam perjuangan ini. Dalam hal ini saya bersama-sama 59.49 peratus di atas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment