Sunday, September 26, 2004

Debat perdana siri 3

DEBAT PERDANA SIRI 3
CARILAH WAKIL AKADEMIK YANG BENAR-BENAR BEBAS

Baru sahaja berakhir Debat Perdana siri ke 3 di RTM atas tajuk Pergaulan Kaum Meningkatkan Perpaduan. Ahli panel kali ini adalah ahli Parlimen Grik (UMNO) Dr Wan Hashim, ahli Parlimen Bukit Mertajam (DAP) Chong Eng, ahli Parlimen Kubang Kerian (PAS) Sallehuddin Ayub dan wakil akademik (naib canselor UITM) Prof. Dr. Ibrahim Shah.


Salahuddin dan Chong Eng

Sekali lagi seperti dijangkakan moderator Datuk Johan Jaafar bukan hanya berperanan sebagai pengerusi tetapi juga sebagai penyokong kerajaan. Yang menonjol kali ini adalah wakil akademik yang bertindak lebih Umno dari wakil Umno. Pandangan yang beliau keluarkan sungguh berbau perkauman Melayu sehingga satu peringkat apabila YB Chong Eng menyentuh darihal Sekolah Jenis Kebangsaan Cina beliau menyatakan ini bukan negeri Cina!

Bermakna sekali lagi debat malam ini menyaksikan 3 wakil kerajaan menyerang 2 wakil pembangkang. Yang lebih menjadi mangsa malam ini adalah wakil DAP yang dirasakan walaupun kadangkala terperangkap namun berjaya mengawal keadaan dan kadangkala terbit dengan idea yang meng"kelukan" lidah yang lain. Antara lain kata beliau kalau benar mahu integrasi kaum Umno parti perkauman perlu menerima kaum lain.

Soalan dari floor dirasakan lebih "matured" dan benar-benar tertumpu pada isu yang dibangkitkan. Seorang pelajar Tionghua dengan sinis bertanya apakah kita akan membincangkan perkara yang sama 50 tahun akan datang.

Secara peribadi saya merasakan wakil PAS malam ini agak hambar. Salehuddin setakat mengulang-ulang perpaduan ummah yang serupa namun tidak berjaya mengemukakan hujah dan bukti yang konkrit dan meyakinkan. Saya mencadangkan agar satu badan khas ditubuhkan PAS bagi melengkapkan wakilnya sebagaimana Ustaz Nasharuddin dan Husam pada sessi yang lalu.

Rata-rata siri kali ini lebih tak terkawal dan yang ketara betapa wakil akademik berhujah macam samseng fanatik Melayu yang lebih memalukan dalam negara berbilang kaum kita ini.

No comments: