Monday, September 27, 2004

Komen debat perdana siri 3

KOMEN ISU DEBAT PERDANA SIRI 3

Sampai hari ini kesudahan Debat Perdana siri 3 yang disiarkan oleh RTM semalam masih hangat diperkatakan. Ada yang memuji ketahanan wakil DAP YB Chong Eng yang mampu menangkis serangan bertubi-tubi dari wakil Umno, wakil akademik dan moderator sendiri. Tidak kurang juga yang memuji YB Salahuddin kerana berjaya mengemukakan penyelesaian Islam yang jelas merentasi batas perkauman sebagaimana yang dianuti Umno dan parti-parti komponan BN.

Contohnya dalam Harakahdaily YW Yeoh menulis:

KUALA LUMPUR, Sept 27 - In RTM's 3rd debate in the series, Opposition Islamic Party, PAS Youth leader and MP for Kubang Krian, Salahuddin Ayub kept up the party's sterling performance in the debate series by once again, articulating clearly, a non-communal approach to the question of national integration. He declared at the outset that PAS was all for national unity founded upon religious beliefs and stated empathically that "half of the blood that flowed within himself was Chinese blood".

Namun rata-rata input dari orang ramai dan para pengulas menunjukkan betapa ramai yang tidak senang dengan komen dan pandangan Dr Ibrahim Shah selaku wakil akademik. Beliau dilihat terlalu kasar, agresif dan lebih menonjolkan retorik politik.

Saya berterima kasih di atas email dan komen yang diterima dari para sahabat blog ini dan berikut diberikan antara komen yang telah saya terima.

Sham:

Saya sependapat dengan awak. Cuma bagi saya YB Salahuddin tak diberi peluang sewajarnya. Bagaimanapun ini merupakan kesempatan yang berjaya dipergunakan oleh YB Chong Eng & YB Salahuddin mengemukkan pandangan alternatif pihak pembangkang. Cuma nasihat saya kepada VC UiTM janganlah emosi sangat. Tak padan kapasiti awak sebagai VC

Jamzuri:

Saya kira wakil PAS agak terlepas satu peluang yang baik utk menampilkan hujah politik dan perjuangan kita apabila isu integrasi pendidikan melaui sekolah integrasi dan isu PASTI di nyatakan secara direct oleh pengerusi.

Pengerusi cuba memerangkap wakil PAS apabila bertanya tentang keperluan integrasi pendidikan di peringkat pra sekolah dan mempersoalkan peranan PASTI dari sudut integrasi kaum. Salahuddin agak bernasib baik kerana memang beliau mempunyai fakta yang membuktikan terdapat anak-anak orang Cina dan India yang menjadi pelajar PASTI seperti di Sabak Bernam, Serdang, dan Hulu Langat.

Integrasi mesti membawa bersamanya proses sinergi agar ianya boleh dihargai dan akhirnya membawa kepada perpaduan yang lebih bermakna. Apabila mahu diwujudkan integrasi, setiap elemen yang terlibat dalam proses integrasi tersebut mestilah diperkayakan supaya integrasi tersebut mempunyai nilai tambah bagi setiap elemen yang terlibat. Integrasi yang memaksa rakyat menerima satu sistem pendidikan dan menolak kepelbagaian tidak akan membawa kepada perpaduan yang hakiki.

Contoh, ramai orang-orang Melayu yang menghantar anak-nak mereka ke sekolah-sekolah Cina. Kenapa? Kerana ibubapa percaya berlaku proses sinergi dalam integrasi anak-anak melayu dengan murid-murid Cina yang lain di Sekolah Cina. Mereka lebih mahir dalam berbahasa Ingeris, mandarin dan matapelajaran matematik. Ada nilai tambah. Begitu juga kenapa ada ibubapa India dan Cina yang menghantar anak mereka ke PASTI. Kerana mereka melihat anak-anak ini diperkayakan dengan nilai-nilai spiritual yang dilihat penting oleh ibubapa yang bimbang dengan krisis moral para remaja dan anak-anak muda sekarang. Pokoknya, ada nilai tambah dalam pendidikan PASTI.

Tetapi, kerajaan melaksanakan sekolah wawasan hanya dengan meletakkan anak-anak ini dibawah satu bumbung secara paksa. Dan mereka menganggap inilah penyelesaian terbaik untuk mewujudkan integrasi pendidikan yang boleh membawa perpaduan. Soalnya, apakah bentuk sinergi yang mahu dihasilkan.


Apa pun kita berterima kasih kepada RTM kerana menganjurkan majlis debat perdana ini (walaupun kelihatan masih berterusan berat sebelah) dan mudah-mudahan ianya akan membuka mata rakyat melihat dan menilai antara perjuangan yang berasaskan keikhlasan dan kebenaran serta perjuangan yang pura-pura dan palsu.

No comments: