Thursday, September 30, 2004

Maruah umat Islam

MARUAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA TERCABAR

Belum pun selesai isu rumah sembelih di Pusat Perindustrian Serdang yang menyimpan dan mencampuradukkan daging babi dan ayam, itik di dalam plastik berlabel halal JAKIM, tiba-tiba hari ini BERITA HARIAN melaporkan terdapat pengusaha Kuih Bulan atau Mooncake pula yang menggunakan minyak babi walaupun mengeluarkan produk kuih bulan halal.

KUIH BULAN: HALAL TAPI HARAM???

Dalam pada itu JAKIM sibuk mempertahankan prosedur mengeluarkan tanda HALAL JAKIM, tanpa menghiraukan tanda halal yang sewenang-wenangnya dipapar dan dikeluarkan oleh pengusaha bukan Islam semata-mata mahu menarik perhatian pembeli Islam. Siapakah yang bertanggungjawab mengawal samada tanda halal tak kiralah dikeluarkan oleh siapa sekalipun itu benar-benar halal ataupun tidak? Jika JAKIM cuma berkuasa mengawal tanda HALAL JAKIM bermakna tanda halal lain yang boleh dilihat bersepah disekitar KL termasuk pada restoran-restoran dan produk-produk makanan malangnya tiadalah pengawal. Ikut berani masing-masing kalau yakin makan kalau tidak tak payah begitukah agaknya?

Umat Islam buta-buta ditipu oleh pengusaha bukan Islam yang memandang remeh isu ini lantaran tiada pihak yang benar-benar bertanggungjawab melakukuan penguatkuasaan. Kalau papar logo HALAL JAKIM sekadar didenda itu sahaja. Yang dah termakan makanan tersebut termasuklah yang dikeluarkan dari Serdang tadi apa nak jadi?

Lesu dan bacul sungguh umat Islam dalam isu yang melibatkan isu maruah yang sungguh besar dan memudaratkan pula jiwa dan darah-daging kita ini! Kalau sekadar didenda sahaja, memang bangsat sungguh maruah umat Islam di negara ini. Pengusaha bukan Islam itu pasti ketawa besar, bayar saman dan teruskan kerjanya. Kenapa begini jadinya nasib kita dalam mempertahankan maruah dan hak kita sebagai umat Islam dalam negara yang kononnya diisytiharkan sebagai negara Islam ini?

Saya ucap tahniah kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia di bawah Dr Maamor Osman yang bertindak pantas dan berani mendedahkan isu ini ke pengetahuan masyarakat. Pihak lain perlu turut bersama mengecam dan mendesak agar tindakan yang lebih tegas dan sepadan diambil khusus dalam mempertahankan maruah kita. Kalau perkara sebesar ini pun kita duduk berpeluk tubuh membisu, jangan marahlah nanti apabila kepala kita dilangkah dan dipijak-pijak serta peraturan agama kita menjadi bahan persendaan, jangan menyanyi lagu bertoleransi apabila orang kencing di atas kepala kita!



No comments: