Saturday, September 11, 2004

Bajet 2005



Bajet 2005 Pintu maksiat masih terkangkang

Selesailah sudah pembentangan bajet 2005 oleh Menteri Kewangan yang juga PM di Parlimen semalam. Dan hari ini pelbagai pihak memberikan komen dan pandangan. Yang menerima manfaat secara langsung pasti akan memberikan komen yang positif.

Dalam bajetnya Pak Lah turut menyentuh industri yang melibatkan tembakau dan arak. Sin taxes atau cukai maksiat menurut setengah-setengah pihak. Umpamanya duti eksais terhadap minuman keras dinaikkan antara 10sen ke RM28 seliter. Manakala duti eksais rokok dinaikkan antara RM58 ke RM81 bagi setiap 1000 batang.

Apakah tujuan dinaikkan duti ke atas arak? Adakah kerana Islam melarangnya atau apa? Anehnya pada hari ini para peniaga di Langkawi bergembira dan berharap dengan kenaikkan ini akan ramailah pengunjung ke Langkawi akan melanggan minuman keras yang bebas cukai di sana!

The Star melaporkan:

The Langkawi Tourism Association has welcomed the higher taxes on cigarettes and liquor announced in Budget 2005 saying it would be a boon for the duty free island resort.

Satu lagi industri maksiat yang tidak tersentuh sejak pembenatangan beberapa bajet sebelum ini termasuklah bajet 2005 adalah industri perjudian yang merupakan antara industri yang paling maju di Malaysia. Kenapa tidak dinaikkan lagi cukai perjudian ataupun gaming tax? Kenapa Pak Lah melindungi industri ini? Apa istimewanya Kumpulan Genting, Magnum, Sports Toto, Pan Malaysian Pool? Sebagaimana PM yang kata orang ada ilmu Islam Pak Lah berkuasa melakukannya jika mahu.

Kalau benar sebagaimana sajak Pak Lah yang kini popular Ku Cari Damai Dihati mahu mencari di mana Al Ghazali. Mahu cari dimana Al Shafiee. Mahu bongkar rahsia kitab suci tapi tak berdaya menutup pintu maksiat dan membiarkan pula ia semakin terkangkang memamah ummah, gelaplah Islam nampaknya!


No comments: