Friday, September 24, 2004

Citarasa perwakilan Umno

CITARASA PERWAKILAN UMNO

Mengapa Mat Taib kalah, mengapa Shahrir orang kuat Pak Lah kalah bagi jawatan Naib Presiden Umno? Peramal politik pada awalnya menjangkakan Mat Taib akan menang mudah lantaran jasanya mempertahankan DUN Kuala Berang dalam pilihanraya kecil baru-baru ini. Mat Taib dikatakan loyalist setaraf Hang Tuah. Shahrir pula dikatakan rakan karib Pak Lah. Menolak jawatan Menteri dan Setiausaha Agung Umno kerana mahu berkhidmat kepada rakyat dari luar. Tiba-tiba kedua-duanya kecundang.

Mat Taib dilaporkan menerima 1170 undi manakala Shahrir jauh ketinggalan dengan cuma 492 undi. Sedangkan Isa, Ali Rustam dan Muhyiddin masing-masing mendapat 1507, 1329 dan 1234 undi.



Mat Taib dikatakan kalah kerana:

Tiada restu Mahathir. Mat Taib memang tidak disenangi Mahathir sejak dahulu lantaran rekod peribadinya yang kotor. Mat Taib pernah terlibat dengan rasuah, kes istana dan anak raja, jadi Mat Taib pada pandangan Mahathir adalah seorang yang tidak bermoral. Mat Taib tidak pernah diberi jawatan resmi oleh Mahahtir sejak gugur dari jawatan MB, cuma Pak Lah sahaja yang melantiknya sebagai Ketua Penaja Bahagian Kelana Jaya. Kali ini orang keliling-kelalang Mahahthir memastikan pukulan maut perlu diberi untuk menyingkirkan Mat Taib, maka gugurlah Mat Taib

Shahrir dikatakan kalah kerana:



Perwakilan khusunya yang dikawal oleh gang Mahahtir masih menganggap Shahrir sebagai ultra. Bukankah Shahrir yang mengosongkan kerusi Parlimen JB satu ketika dahulu dan bertanding melawan BN di bawah Mahahtir dalam satu pilihanraya kecil sehingga memalukan BN. Shahrir tidak pernah disenangi Mahathir. Kalau Anwar dikira pengkhianat kerana menentang Umno maka Shahrir juga pengkhianat. Sungguhpun Pak Lah rapat dengan Shahrir namun sekali lagi grassroot Umno yang fanatik pada Mahathir tidak memperdulikan sayang Pak Lah pada Shahrir. Akhirnya Shahrir yang dikatakan memiliki rekod bersih, lantang dan berani itu kecundang semata-mata kerana dia bukan orang Che Det!

Demikianlah kuatnya cengkaman Che Det pada Umno walaupun bukan lagi Presidennya. Habis orang Pak Lah kalah termasuklah Wan Farid bagi jawatan Pengerusi Tetap Pemuda, kawan-kawan Khairy termasuklah Mat Taib dan Shahrir. Mukhriz walaupun tewas di bahagian sendiri namun meraih undi terbanyak bagi jawatan EXCO Pemuda.

Ada yang mengatakan jika Pak Lah terus lemah begini pemilihan akan datang pasti giliran Pak Lah pula untuk disingkirkan. Maka senyum lebarlah anak didik kesayangan Mahathir iaitu Najib dan kawan-kawannya.

Sehubungan itu lihat saja RTC (Rahim Tamby Chik) walaupun rekodnya lebih kurang Mat Taib tetapi kerana dia disenangi dan disayangi Mahathir dan Kak Hasmah tiba-tiba RTC yang buruk perangainya itu boleh menang jawatan Majlis Tertinggi walaupun tewas di bahagian sendiri. Kuat sungguh kuasa Che Det..

No comments: