Wednesday, March 07, 2007

Demi kerajaan yang adil:
Johari mesti mengosongkan pejabatnya

Cuba kita teliti kenyataan PM Dollah Badawi berkenaan cadangan agar Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Johari Baharom dirihatkan sementara pertuduhan terhadap beliau disiasat:

How to throw him out? He is a wakil rakyat. You want him to quit?
Bagaimana nak buang dia? Dia seorang wakil rakyat. Anda mahu dia berhenti?

Isu di sini adalah pertuduhan serius terhadap seorang yang diberi kuasa untuk menentukan penahanan atau pembebasan seseorang penjenayah di bawah Ordinan Darurat. Johari dituduh menerima RM5.5 juta kerana membeaskan tiga orang kepala penjenayah.

Pertuduhan terhadap beliau serius namun perlu dibuktikan. Oleh itu demi memberi ruang kepada pihak polis untuk menyelongkar kes ini maka sebaik-baiknyalah beliau dirihatkan samada disuruh bercuti atau digantung sementara jawatannya. Kerana jangan kita lupa jika kita tidak berbuta demikian, bagaimana pihak polis yang terletak di bawah kementerian ini mahu melaksanakan tugas mereka dengan sebebas-bebasnya?

Semua pihak tahu yang beliau seorang wakil rakyat. Ahli Parlimen Kubang Pasu. Kedudukan itu tidak berbangkit, mengapa PM mengaitkan pula dengan status beliau sebagai wakil rakyat?

Rakyat memberi perhatian terhadap portfolio di kementerian yang dipegang oleh beliau, itulah yang perlu ditangani PM, bukannya statsu beliau sebagai wakil rakyat atau Ketua Umno bahagian Kubang Pasu, itu masalah rumah tangga Umno!

Bagi saya selagi Johari berada di kementerian, maka selagi itulah kita tidak dapat diyakinkan bahawa penyiasatan terhadap beliau akan berjalan dengan telus dan lancar.

Lupakah Dollah terhadap prinsip kedua Islam Hadhari ciptaan beliau iaitu:

Kerajaan yang adil dan beramanah

Selagi Johari masih duduk dibangku timbalan menteri sementara kes terhadap beliau disiasat maka saya menganggap prinsip di atas termasuklah keseluruhan konsep ciptaan Dollah itu hanyalah semata-mata retorik kosong, gimik politik, lebih untuk mengaburi mata dan hati rakyat dari bergerak hidup sebagai sebuah dasar yang dilaksanakan.

No comments: