Thursday, March 08, 2007

Abang Zeck dituduh mencurui pasir

Speanjang tahun 2006 sejarah Selangor telah dicabuli oleh kemungkaran yang dilakukan oleh ADUN Pelabuhan Kelang yang juga Ketua Umno Bahagian Zakaria Md Deros. Isu yang dicetuskan olehnya berhubung ISTANA nya yang dibina di Pandamaran serta DZ Satay House nya ditempat yang sama telah mengegarkan seluruh Selangor dan malah satu negara.

Dari pondok buruk, rumah setinggan, rumah pangsa sehinggalah ke serambi istana, semuanya memperkatakan berhubung perangai dan akhlak buruk Zakaria itu.



Hari ini akhbar tempatan melaporkan pula berkenaan tindakan Zakaria yang dituduh telah MENCURI pasir dari sebidang tapak tanah yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang terikat dengan pertikian yang melibatkan beliau di mahkamah.

Sedang masing-masing menunggu keputusan mahkamah berhubung kedudukan tanah tersebut, rupa-rupanya Zakaria telah bertindak menjual pasir di tanah berkenaan ke pihak yang ketiga tanpa persetujuan mana-mana pihak yang terbabit.

Seorang pengusaha dikatakan telah membayar RM200,000 kepada Zakaria untuk mengangkut pasir dari tanah kepunyaan Masmanis Sdn Bhd itu.

Nampaknya Zakaria terus mahu mewarnai sejarah Selangor bagi tahun 2007 ini pula dengan kesombongan dan kerakusan beliau itu. Semoga perkembangan terbaru ini terus meningatkan anak-anak Selangor akan betapa perlunya mereka berhijrah ke arah merobah status quo yang ada ke arah yang lebih baik dan sempurna pada Pilihnaraya Umum ke 12 yang bakal medatang ini.

No comments: