Umno tidak bangkit-bangkit sejak Mac 2008
Lanskap politik Malaysia sedang melalui proses tranformasi yang deras, ditarah dan digembur tambah-tambah dengan keputusan PRK semalam yang sudah pastinya sangat mengejutkan bagi Umno dan BN. Sudahlah mereka dikejutkan dengan Kuala Terengganu dan Permatang Pauh sebelumnya, kini mereka dikejutkan lagi.
Walaupun pucuk pimpinan Umno dan negara telah diubah. Pak Lah yang dikatakan lemah dan punca kemerosotan prestasi Umno-BN telah pun dipaksa bersara oleh partinya namun segala yang dilakukan seolah tidak berjaya membangkitkan tubuh Umno yang kaku di atas katil ICU itu.
Ditambah pula dengan suntikan dan ubat-ubatan tambahan, Mahathir diberi laluan mudah kembali ke pangkuan Umno, tahanan ISA termasuk dua dari Hindraf dibebaskan, penggantungan Harakah dan Suara Keadilan ditarik balik, malang tubuh Umno tetap kaku tiada reaksi.
Kini PM baru sedang sibuk membega kabinet baru. Kabinet beliau dan Muhyuddin mesti dilihat bertenaga agar dapatlah berkuis-kuis barang sekali dua tubuh Umno yang kaku, sekurang-kurangnya dapat memberi respon ia terhadap usaha pemulihan yang sedang letih mereka kerjakan.
Saya mendapat maklumat Najib akan pegang Kewangan dan Pertahanan, Muhyuddin KDN, Zahid Hamidi ganti portfolio Mat Taib, Shafie Apdal menteri luar, Mukhriz belia dan sukan, dan ramai yang memegang legasi Pak lah akan gugur. Harapannya semoga kabinet baru ini akan mengegarkan rakyat dan tubuh Umno yang kaku sebelum ia terus putus nafas, nazak dan keras selama-lamanya.
Berupayakah Najib? Laluan untuk menjadi PM dan Presiden Umno telah beliau rintis dan redah menggunakan pelbagai taktik dan kaedah, kini beliau dipuncak namun Umno pula semakin tenat.
Tidak pernah dalam sejarah Umno, parti itu tewas dalam tiga pilihan raya kecil parlimen berturut-turut. Ini bukan sesuatu yang kecil. Peramatang Pauh dan Bukit Gantang mungkin boleh dilabel sebagai kerusi pembangkang, tetapi bagaimana dengan Kuala Terengganu. Malah ketiga-tiga kerusi ini sebenarnya pernah menjadi kerusi dan kubu Umno pun.
Sesuatu yang serius sedang melanda Umno dan malangnya Umno sudah kehabisan ubat dan usaha untuk memulihkan partinya. Inilah saat dan ketika bagi rakan-rakan dipelbagai peringkat yang masih bernaung di bawah Umno agar berfikir masak-masak. Umno mungkin pernah berjasa pada rakyat dan Negara diusia awaknya tetrapi kini ia semakin ditolak rakyat.
Akhbar saluran perdana hari ini cuba memainkan bahawa PAS memenangi undi masyarakat bukan Melayu di Bukit Gantang. Tetapi adakah dengan undi bukan Melayu semata-mata PAS boleh menang? Jumlah peratusan pengundi bukan Melayu di Bukit Gantang adalah 36.2%, bolehkah PAS menang dengan berharap pada blok undi ini semata-mata? Bagaimana pula dengan Kuala Terengganu yang mempunyai lebih 87% pengundi Melayu?
Berilah apa alasan sekalipun yang nyata Umno sudah tidak bangkit-bangkit lagi sejak Mac 2008 dan ahli-ahlinya kini perlu membuat persediaan. Marilah kita bersama mendepani perjuangan seterusnya dalam bahtera yang baru demi masa depan agama, bangsa dan Negara. Ucaplah selamat tinggal pada Umno dan ayuh bersama PAS atau rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat, kita bina Malaysia yang baru bersama insyallah.
12 comments:
cian depa no? suruh depa sabaq ja la. bukan rezeki depa dah la ni. nak apa lagi mohon restu dari rakyat lagi ni? tak cukup lama ka 51 tahun depa berkuasa sapu bedal mana boleh..berapa byk? beberapa kerat yg kaya raya pon kerana dok rapat mengendeng depa yg dok atas ada kuasa...dah tu giler kuasa lak tu..iskhhh! tanah Melayu byk dah tergadai pon depa nya pasal. Tak usah temberang la cerita pasai pengaruh bukan Melayu (Yahudi ke Amerika ke Cina ke) dalam pentadbiran negara, yg dah berlaku depa tak nampak ka? Org atasan UMNO yg patut jaga semua Melayu pon leka dan giler kuasa akhirnya nak kekal semua tu dengan ajakan/ dakyah mcm mcm "Melayu Mudah Lupa" la, "Melayu Leka, Hilang Kuasa" la, "Kami Taat Sultan Daulat Tuanku" la...porah! Ingat rakyat bodoh ka? dah ramai pandai dah woiii. Depa ni sah jatuh gedebuk tertiarap cam kene tackle bola kat padang...mau patah gigi ker kaki kot? hehe
Di saat-saat begini pun masih ramai yang buat komen bongkak di media,kata Pas menang dengan undi bukan melayu,Pas serang peribadi calon..
Memang dasar hipokrit..cubalah sekali-kali mengaku kalah dan ucapkan tahniah dan sama-sama duduk di pentas bersama Yb Nizar.Kesian Kayveas keseorangan...Peminpin berjiwa besar ke macam tu?
Assalamualaikum En Roslan,
Maaf saya rasa di Selangor, saya kurang pasti laman blog mana yang paling efisien dalam menulis artikel mengenai pas selangor atau pun mengenai isu semasa di negeri selangor, kalau di terengganu kita dapat menjenguk tranungkite.net, di perak yang aktif cinaislam.blog (idhamlim.blog), albanjari, alhussyen, tetapi di selangor dan sekitar lembah kelang kurang selain dari blog saudara. Saya harap saudara dan seluruh ajk pas dapat menyenaraikan blog2 yang cekap seumpama blog albanjari di perak, supaya penyokong2 pas dapat akses info dengan lebih cepat. Saya suka blog albanjari, cina islam sebab mereka seringkali update maklumat mengenai pas di negeri perak. Harap saudara sebagai ajk pas pusat dapat memastikan setiap negeri mempunyai blog yg efisen dan link kan di blog saudara mengikut negeri masing2. Ini amat mustahak untuk PRU13. Tak boleh bergantung kepada tranungkite saja sebab server tak cukup menampung penjengok blog.
Sekian, semuga usaha anda semua mendapat rahmat dari Allah SWT.
Mungkinkah umno-bn mengidap penyakit aids? Akibat daripada perbuatannya yang menzalimi makhluk dan mengkufuri pencipta. Sehingga kini belum ditemui lagi vaksinnya. Jika ya berdoalah kita kehadrat Allah swt agar mencabut nyawa umno-bn secepat mungkin, daripada hidup terseksa lebih baik mati menghuni neraka (jika taubat tak diterima)
Kemenangan yg dikurniakan Allah merupakan tanggungjawab PAS utk membuktikan kebenaran slogan Islam for All. Kemenangan ini adalah ujian dari Allah terhadap gerakan Islam. Marilah kita bersyukur dan memperbaiki saf. Persetankan amno yg seumpama biawak hidup kepada bangsa agama dan negara itu.
saya sokong anonymous di atas..
sbg ketua penerangan negeri, agenda mewujudkan blogger pr khususnya PAS selangor wajar diutamakan...
tak dinafikan media alternatif kini memainkan peranan utama dalam mengimbangi maklumat2 liar dari media arus perdana...
harap ini menjadi kenyataan sedikit masa lagi..
Salam, Beristighfarlah kita kerana mendoakan kematian untuk UMNO. Siapalah kita, empunya badan masih ingin untuk hidup dan mungkin dengan izin Allah masih ada sinar menikmati sinar hidayat. Saudara Roslan, saudara empunya blog ini, tanggungjawab sauara untuk memberi nasihat kepada penjenguk blog saudara jika berlaku kesilapan dari kami sebagai penjenguk. Bukankah agama itu nasihat. Dan menjadi tanggunjawab kami untuk menasihati saudara jika saudara melakukan kesilapan. Berkasih sayanglah kita dengan saling nasihat menasihati. Saya rasa kita sebagai seorang muslim hentikanlah dengan akdar segera dari terus membiarkanpena,jari, mulut dan fikiran kita dari membuat dosa dengan membongkarkan keaiban saudara seislam kita walupun mereka dari parti yang tak sehaluan dengan parti kita. Sayangilah mereka dengan mendoakan hidayah dan taufik untuk mereka. Wallaua'lam
apabila peratusan sokongan melayu menurun, bolehkah ini dijadikan kayu ukur penolakan PAS di kalangan rakyat? adakah calon UMNO bertanding semata-mata hendak memenangkan hati pengundi melayu shj?
yang menang perlu mengisi kemenangan dengan sebaik-baiknya. yang kalah pula perlu menilai semula kekuatan dan kelemahan semasa berkempen dahulu. jangan asyik menyalahkan orang lain.
Selama ini orang Melayu di tipu oleh umno kononnya gunung emas utk orang Melayu, tapi nyata itu satu pembhongan selama 50 tahun...kini ramai Melayu berpelajaran, jejak kaki di menara gading, seribu harapan kononnya dengan kelulusan boleh merobahkan keadaan, jalan kuar dari kemiskinan bla, bla, bla...itu dulu! kini realitinya punya phd pun belum tentu punya pekerjaan! Kuar U dah 3 tahun, tiada surat tawaran kerja kecuali surat ancaman dari ptptn! kerja dlm negara tiada, nak cubalah di luar negara Dubai ke mana mana ada hujan emas, bergolok bergadai macam mat bangla nak dtg Malaysia tapi bila tiba KLIA, imigresen tahan kata ada utang ptptn tak boleh kuar tapi takde keje camna nak bayar utang! Woi umno akai ada ka?
Rasuah RM400 dengan basikal pun tak boleh beli undi Melayu? Kasian...terimalah hakikat UMNO sudah di penghujung jalan...no amount of self denial can help!
Kesian UMNO dan BN..kalau renung dari segi publisiti,cerita dan berita yang disiarkan dalam Media Arus Perdana semasa KEMPEN Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh,Kuala Terengganu,Bukit Gantang dan Bukit Selambau,saya fikir TAK SEPATUTNYA BARISAN NASIONAL BOLEH KALAH TERSUNGKUR DAN PAKATAN RAKYAT MENANG BERGAYA !
Salam Tuan Roslan,
Saya setuju dengan Anon wed apr 8 dan Saudara Amirul. Saya lihat Al Banjari dan rangkaian sahabat bloggersnya memainkan peranan aktif/penting bagi PAS di Perak.
Post a Comment