Thursday, April 23, 2009

Boleh terimakah keputusan kabinet ini?

Kabinet memutuskan bahawa mana-mana pasangan yang salah-satunya menukar agama, maka anak-anak mereka hendaklah kekal dengan agama asalnya. Ini bermakna jika sepasang suami isteri yang bukan Islam, jika contohnya suminya memeluk Islam, maka anak-anak mereka hendaklah kekal beragama asal iaitu tidak Islam.

Apakah kesan keputusan kabinet ini?

Walaupun laporan yang diterima tidak menyebut, tetapi saya yakin keputusan itu memaksudkan anak-anak tadi bebas memilih agama pilihannya apabila mencapai umur dewasa. Soalnya apakah anak-anak yang nanti dewasa itu beanar-benar bebas atau setelah sekian lama dibesarkan sebagai bukan Islam akhirnya akan terpengaruh untuk terus kekal tidak Islam.

Adakah adil keputusan ini? Saya tidak pasti. Tentunya ia sesuatu yang sensitif dan perlu dihadapi dalam masyarakat majmuk seperti kita.Tetapi kelihatan keputusan ini seakan tidak memuaskan dan bakal mencetuskan 1,001 kontroversi lagi.

Apakah tidak boleh difikirkan suatu mekanisma yang lebih meyakinkan?

Kes ini sebenarnya diputuskan setelah mengambil kira kes Indra Ghandi, 35 seorang wanita Hindu yang mengadu suaminya, K. Pathmanathan, sekarang dikenali Mohd Ridzuan Abdullah telah memeuluk Islam dan menukar agama anak-anak mereka dari hindu ke Islam tanpa relanya. Mereka dilaporkan mempunyai tiga orang anak dengan anak yang kecil berada di bawah pemeliharaan Ridzuan.

Saya harap lebih ramai bijak pandai dan alim-ulamak dilibatkan untuk memberikan pandangan dalam hal ini. Apa pun biar ia nampak benar-benar adil dan tidak sampai Islam dilihat tergadai dan digadai.

14 comments:

nizamtoha said...

lihat anak menteri yang umumkan keputusan tidak cerdik ini!

Anonymous said...

Nasiblah hidup di negara sekular.. Adakah itu adil bagi bapa yg telah memeluk Islam itu?

Anonymous said...

Kalau dah nama Um NO memag tetap Um NO. pusing, balik, telentang, tertungging, menirap dan apa-apa pun tetap Um NO. apa-apa keputusan memang taiada roh islam.

Anonymous said...

Kanak-kanak belum akil baligh lagi dan tidak mampu membuat keputusan.
Perihal agama dan duniawi, adalah baik mereka memutuskan agama yang dianuti selepas akil baligh.
Kedua ibu bapa harus menerima keputusan kanak-kanak tersebut sebagai keputusan mahkamah, juga kanak-kanak tersebut.
Tiada monopoli keagamaan harus dilakukan tapi pantauan diperlukan untuk mengelak tekanan mana-mana pihak.
Hak asasi seseroang individu harus dijaga sebagai yang diminta agama. Kedua ibu bapa harus menonjokkan contoh terbaik untuk memikat anak tersebut. Padaha;l anak juga mempunyai fikiran dan mampu membuat penilaian terbaik untuk dirinya

Salam

Anonymous said...

Betul saudara,biar kita tunggu ulama bahaskan dulu. Jangan cepat sangat menuduh itu dan ini. Perkara ini isu sensitif. Kita tak mahu hindraf berdemontrasi lagi. Kita juga tak mahu umat islam berdemontrasi juga. Semoga mereka membuat keputusan dengan berhikmah.

kabuspagi said...

Salam Tuan,, saya pulak mempunyai pandangan yang berbeza.. keputusan tersebut ada baiknya.. kerana kebanyakan mereka yang memeluk islam mudah kembali ke agama asal mereka.. jadi.. sudah tentu jika mereka bercerai mereka akan membawa anak-anak sekali.. jadi dengan adanya undang-undang ini maka anak-anak yang menjadi mangsa ini akan tetap islam dan tidak akan ikut agama asalah mak atau ayah mereka.. saya rasa dalam keadaan ini.. rohnya undang-undang ini adalah untuk menyelamatkan mereka ini lah.. tapi bagi pasangan yang ingin memeluk islam mereka dinasihatkan untuk mencari strategi bagaimana nak menarik keluarga mereka turut serta memeluk islam secara serta merta atau secara perlahan-lahan.. dalam kes ini mana yang kita patut selamatkan dulu.. yang memang beragama islam ker atau yang belum beragama islam.... mungkin di pihak kementerian terdapat fakta atau angka bilangan yang keluar islam atau kembali ke agama asal dan bilangan pasangan yang bercerai untuk masuk dalam agama islam.. mana yang lebih ramai.. fakta ini perlu di teliti..

ssz said...

baik buruk kita tak dapat putuskan, kena rujuk pada ulama, lihat apa pendekatan dari islam itu sendiri.

jika ianya bercanggah dgn keputusan yg dibuat, maka tidak baik lah ia. sensitif atau tidak, bukan soalnya, kena ikut Islam. pendekatan cara islam bagaimana...

apapun, mengenai keputusan itu baiknya, jika melibatkan perkara, seperti jika ibu atau bapa itu keluar dari islam, disini pendekatan atau tegasnya islam itu berbalik dalam isu murtad, yg kini masih belum kita kuatkuasakan.

jika hukum murtad dikuatkuasakan, barulah islam itu dapat dilindungi. wallahualam...

jiwa merdeka said...

...Ambe sebagai Islam nak bertanya...
...Tok mufti dan Tok peti tak nak komen ke...
...Ulama-Ulama semua dah jadi ular dalam semak ke...
...Raja dan Sultan sebagai pelindung Islam dah lari ke mana...
...Yang ngaku duk berjuang Islam...simpan telur kat mana...
...Semua dah senyap sunyi tanpa suara...

berita-tipu.blogspot

Anonymous said...

Salam saudara, saya rasa (pada pendapat peribadi sayalah) keputusan ini adalah betul tapi bukanlah tepat. Maksud saya, islam bukanlah agama paksaan. Buat apa kita nak paksa orang masuk islam tapi hati dia tak nak tunduk. Sedangkan yang islam pun kita susah sangat nak suruh tunduk pada perintah Allah.
Apa2 pun, islam mesti disampaikan kepada seluruh alam. Tentang anak2 dan isteri yang belum mahu terima islam, ini adalah tanggungjawab kita semua terutamanya sisuami yang dah masuk islam untuk bagitau dan tunjukkan bahawa hanya islam adalah penyelamat dunia dan akhirat. Parti2 politik islam kena mulakan langkah permulaan, jangan tunjukkan permusuhan sesama kita, berbeza pendapat takpe. Boleh buat ke? kalau tak boleh, bubarkan saja parti tu.
zam

Tok Long said...

Tok nampak masaalah ini ada baik dan ada buruknya ...seperti kabuspagi tulis ia berguna pd islam pula....

sebenarnya kita perlu bijak "smart" tidak membuta tuli....tapi kekadang kita hanya pandai menyalahkan org tapi kita selalu lupa pada org yg masuk islam disekeliling kita...jarang yg hendak membantu samada wang ringgit atau pengajian islamnya ....kita hanya pandai marah dan sekat bila dia kembali keagama asalnya.....tapi sebelum itu kita tak pernah mempedulikanya....itulah hipokrit kita sebenarnya...hanya pandai berkata2....

Anonymous said...

boleh tak anda siarkan ulasan terbaru nik abduh...sgt menarik

Anonymous said...

30% bodo la!

Anonymous said...

setuju dgn jiwa merdeka, nape semua org senyap ja, terutama yg dok kobar perjuangkan islam sebelum ni spt Zulkifli Nordin tu?

roslan sms said...

YB Zul tidak senyap malah beliaulah yang saya lihat antara ahli parlimen yang pertama mengeluarkan kenyataan membantah, yang lain???