Sunday, April 19, 2009

Final bola antara negeri Pakatan Rakyat

Dalam sibuk orang politik bertelagah dan bertarung sama sendiri sesuatu yang istimewa tercetus di dunia sukan. Lebih tepat lagi sukan bolasepak. Piala FA edisi ke 20 pada hari Sabtu nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil akan menyaksikan perlawanan akhir antara Kelantan dan Selangor.

Kedua-dua negeri ini dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Sudah pastilah pertembungan sukan ini bakal menyaksikan limpahan rakyat dari kedua-dua negeri “rakan” ini hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing. Mungkinkah Tan Sri Khalid dan Tok Guru Nik Aziz kedua-duanya akan berada di podium VIP?

Apa pun yang penting kedua-dua belah pihak samada pemain lebih-lebih lagi penyokong perlu mempamirkan semangat kesukanan yang tinggi dan tidak berperang sesama sendiri di padang mahu pun gelanggang. Kita tidak mahu insiden buruk seperti di Stadium Sultan Muhammad Kota Bharu berulang kembali.

Kita mesti dilihat baik bukan hanya sebagai pemimpin tetapi juga sebagai rakyat yang dipimpin. May the best team wins.

3 comments:

mohammad azren fooldog PH yg bahalol said...

Saya sarankan sebelum perlawanan bermula suruh Tok Guru N.Ajis baca doa skit. Supaya perlawanan akhir Red Giant vs. Red Warrior ini takde eksiden2 yang boleh memalukan sekali lagi samaada pasukan Selangor atau Kelantan.

lesongbatu said...

...ini le peluang buat PAS utk tonjolkan format syariat dlm pertandingan sukan. terjemahan ni perlu utk mematikan hujah2 yg kononnya "kalu PAS memerintah bidang sukan akan dipinggirkan. bolasepak akan diharamkan" ..kunun2nya.

...harap semua pemain2 diberi 'TAZKIRAH' oleh MB masing2 agar bermain dgn penuh juang dlm semangat KESUKANAN.

...selamat majujaya kpd kedua-dua pasukan. mana2 menang pun... kita tetap menang. hihihihi...

Anonymous said...

Masalahnye kenapa persatuan bola spk kelantan tdk diberi kpd krjaan negeri utk memimpinnya.Tak spt negeri lain yg mb atau ketua menteri menjadi presiden bola.Tp bila berlaku sesuatu krjaan negeri dipersalahkan sekali.Kpd penyokong kelantan skrg kita dah bertukar stadium dan jagalah tingkahlaku kita di tmpt org krn akan memalukan rakyat kelantan dan pimpinan.Kita minat bola tetapi tak selalunya kita akn menang.