Friday, April 17, 2009

KL jadi ibukota jenayah?

Hebuh orang berkata berkaitan kes perletakkan jawatan bekas TKM Pulau Pinang Mohammad Fairus sebagai ADUN Penanti, kes Elizabeth Wong kembali bertugas sebagai EXCO Selangor, kes keputusan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan tidak sah penggantungan Zambry sebagai MB Perak dan anggota EXCOnya, seakan kita terlepas pandang satu berita lain yang pada saya juga besar dan perlukan perhatian kita semua.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) KL, mengumumkan bahawa kes jenayah ragut meningkat 100 peratus di Kuala Lumpur dalam tempuh 4 bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama 2008 lalu. 4 bulan pertama 2008 mencatatkan 606 kes melonjak ke 1,206 kes bagi temph yang sama tahun ini!

Selain itu samun berkumpulan tanpa senajata turut meningkat 80.5% iaitu dari 1,249 kes ke 2,254 kes.

Saya tidak tahu apakah trend ini merata sehingga turut melibatkan negeri-negeri lain atau adakah ia sekadar melonjak di Kuala Lumpur sahaja. Apa pun ianya sesuatu yang sangat membimbangkan sekaligus memberikan imej buruk kepada ibunegara kita. Dan sudah pastilah ia diakibatkan oleh pelbagai punca termasuklah tekanan hidup, keruntuhan moral dan adab, rasuah yang berleluasa dan termasuklah merosotnya kesedaran agama.

Kita boleh menuding jari ke pelbagai pihak, tetapi setiap tudingan ini, 3 jari lain akan menuding kea rah kita sendiri. Oleh itu tibalah masanya untuk kita masing-masing memain peranan. Bagaimana mahumerawatdan mengatasinya, sama-samalah kita fikirkan. Pihak polis mahu melaksanakan “kepolisian agresif’, sama-samalah kita tunggu keberkesanannya, namun jangan serah bulat-bulat pada polis.

Pemimpin dan ketua-ketua masyarakat semuanya perlu main peranan. Institusi agama dan pendidikan juga mesti main peranan. Hidupkan program dan aktiviti masjid dan surau-surau dan jika mampu perluaskan capaiannya sehingga melewati sempadan pagar masjid dan surau tadi. Guru dan ibu-bapa juga perlu main peranan masing-masing.

Jika trend ini berterusan, negara kita menjadi tidak selamat bukan hanya kepada para pelancong tetapi juga buat kita anak-anak tempatan. Selain “kepolisian agresif” pihak polis itu barangkali kekuatan anggita yang terlibat juga perlu ditambah. Gunakanlah mungkin FRU yang lebih banyak digerakkan untuk operasi-operasi politik, kepada mengawalkeselamatan, lebih bermanfaat saya kira dari melepaskan tembakan gas kepada orang yang keluar mengundi (yang dah tentu bukan penjenayah).

Mungkin menteri baru yang ditugaskan menjada KDN perlu melihat dan datang dengan idea yang berkesan. Mudah-mudahan ianya dapat dikurangkan segera.

2 comments:

Anonymous said...

Salaam,pendapat saya ini semua kerana 1.ibu bapa gagal dalam mendidik anak remaja. 2.Pergaulan dengan remaja yang rosak akhlak. 3. Solat tidak diutamakan.

binjairian said...

nak buat camana..
negara nak moden..
nak membangun cepat..nak kejar negara lain..
tp kerohanian tak berkembang selari dgn pembangunan fizikal..
so..ini la die punye result..
jenayah
masalah sosial..etc.

so semoga dapat pemimpin yg benar2 layak dr segi keagamaan dan kedunian..kalau seimbang(seimbang tahap tinggi, bukan seimbang tahap rendah), syukurlah kita sebagai rakyat dibawah pimpinan tersebut..

ni tak..
pemimpin yg ada, IQ ntah la..bawah 100 kot..
buat kerje ntah pape, berucap pn tah pape..
tp takleh org tegur..

chettttttt