Sunday, April 26, 2009

Semak semula keputusan kabinet ini

Saya tidak tahu bagimana anda, tetapi sebagai seorang Muslim saya sangat terganggu dengan keputusan kabinet baru-baru ini yang menyatakan bahawa mana-mana pasangan yang salah-satunya menukar agama, maka anak-anak mereka hendaklah kekal dengan agama asalnya. Lebih terganggu kerana kes melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah yang telah mengislamkan ketiga-tiga orang anaknya itu, kini berada dalam tangan pihak polis, dimana perintah dikeluarkan agar beliau menyerahkan kembali anaknya untuk dibesarkan sebagai seorang Hindu oleh ibunya.

Menurut berita terkini dalam The Star Online, si ibu ditemani oleh peguamnya A.Sivanesan dan Augustine Anthony, AJK pusat Parti Sosialis Malaysia Dr D.Jeyakumar, Setiausaha Eksekutif Majlis Perundingan Penganut Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisma, Goh Keat Peng dan ahli parlimen Ipoh Barat M.Kulasegaran berada di Ibupejabat Polis Daerah Ipoh, menunggu pihak polis “merampas” kembali anak tadi dari bekas suaminya.

Sudah menjadi lumrah bahawa keputusan kabinet ini melega dan menggembirakan penganut-penganut bukan Islam. Akhbar-akhbar tempatan ,emyiarkan berbabagi kenyataan pemimpin-pemimpin MCA, MIC dan badan-badan agama bukan Islam yang meuji keputusan kabinet itu.

Malangnya tidak ramai pemimpin Islam yang keluar memberikan pandangan termasuklah mereka yang “ganas” di parlimen membahaskan isu-isu negara, namun menikus dalam kes ini!

Persatuan Peguam Syariah Malaysia, ABIM dan beberapa NGO lain mengeluarkan kenyataan mendesak agar pihak kerajaan menyemak semula keputusan kabinet ini kerana ia dikeluarkan tanpa mengambil-pandangan pihak lain serta membelakangkan pula keputusan mahkamah yang berkaitan (re: Subashini lwn Saravana) dan peruntukkan undang-undang (perlembagaan Persekutuan) yang sedia ada.

Menurut Mufti Perak, Datuk Seri Harussani:

Menurut Islam, apabila salah seorang ibu atau bapa masuk Islam, maka mana-mana anaknya secara otomatik menjadi Muslim melainkan si anak tadi melebihi umur 15 tahun, ketika itu ia boleh putuskan sendiri.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Sdr Zulkifli Nordin dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com/ menulis:

Saya tidak pasti samada kabinet telah benar-benar diberi penerangan tentang kedudukan Perlembagaan dan keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes berkaitan. Kerana adalah jelas keputusan kabinet tersebut jelas bercanggah dengan Perlembagaan dan bertentangan dengan keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan sendiri.

Dalam kes Subashini Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan bahawa seseorang ibu atau bapa yang telah memeluk Islam boleh mengislamkan anak-anaknya tanpa merujuk kepada (bekas) pasangannya.

Sebelum api yang terbakar marak membakar hangus kita semua,wajarlah pihak kabinet menangguhkan keputusannya ini dan membuats emakan dan rujukan pada semuayang perlu.

3 comments:

madkri said...

Bila ulama asyik dengan harta dunia,pangkat dan kedudukan inilah akibatnya.

Anonymous said...

assalamualaikum

kes ini sangat complicated. sudah pasti, bagi kita...kita mahu kesemua anak-anak dibela oleh bapa mereka yang kini beragama islam. walaubagaimanapun, apa pula perasaan si ibu? apa kesannya terhadap masyarakat kita yang sangat "fragile" dengan isu-isu agama ini?

bagi pandangan umum, adalah tidak adil kepada si ibu jika ketiga-tiga anak beliau dijaga oleh si bapa dan dibesarkan secara islam. begitu juga, adalah tidak adil kepada si bapa jika ketiga-tiga anak beliau dijaga oleh si ibu dan dibesarkan secara hindu! nauzubillah

apa solution nya?

saya nampak penyelesaian terbaik ialah kedua-kedua ibu dan bapa mendapat hak penjagaan sama rata ie ibu jaga seminggu, then bapa jaga seminggu. terpulang kepada kedua-dua ibu bapa bagaimana mahu mendidik anak-anak mereka semasa di dalam penjagaan mereka. BILA KANAK-KANAK TERSEBUT MENCECAH BALIGH, BIAR MEREKA PUTUSKAN AGAMA APA YANG MEREKA MAHU PILIH.

sudah tentu kita mahu mereka semua kekal sebagai muslim, tetapi penyelesaian terbaik bagi kemelut ini ialah apabila SEMUA pihak melihat keadilan di dalam kes ini.

wallahualam

Don Balon said...

Lan,
koi sedih bila harakahdaily sendiri doh berapa hari takdok sentuh pun isu ni..banyok isu2 lain dan pemilihan je.. koi setakat ni pun sempat letok 2 entri je dalanc blog koi..
namun hits blgo koi pun takde le banyok..harap member2 lima nam oranc je baca..
aok keney ramey oranc politik..
harap sedorke la demeh tu..
Tahniah Lan ateh keprihatinan aok..
sori koi oranc Pahanc memang doh terbiase kala memblog je koi tulih dengan loghat Temerloh..
Ma'assalamah..