Tuesday, April 14, 2009

Terima kasih atas keprihatinan anda

Ada dua rakan blogger yang sedang berpesta atas nasib yang menimpa saya sehingga ramai yang memohon agar saya memberikan respon atau ulasan. Saya tidak bercadang berbuat demikian kerana saya menulis bukan untuk mengadu-domba apalagi menabur fitnah dan nista, kalau mereka begitu biarkan tetapi saya tidak.

Alhamdulillah, bagi saya, apa yang menimpa saya itu adalah ujian dari Allah swt, dan dari nasihat sahabat-sahabat saya telah dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.

Menang kalah adat pertandingan, apalagi pertandingan dalam jemaah. Jangan sampai menang jadi arang kalah jadi abu.

Ramai yang pernah menempuh kekecewaan dalam perjuangan, dari Khalid al Walid yang dilucutkan jawatan, Almarhum Dr Zulkifli Muhammad yang pernah tewas bertanding jawatan nombor satu parti dan ramai lagi termasuk yang berjawatan tertinggi hari ini. Bukankah bertanding dalam jemaah itu “Fastabiqul Khairot” iaitu berlumba-lumba mencapai kebaikan. Jangan kita menganggap rakan dalam jamaah bagai musuh mengatasi musuh kita yang sebenar.

Perjuangan ini perlu terus digalas dan dijunjung kerana laluannya masih luas terdampar di hadapan. Yang kalah yang menang semuanya kena berjuang. Saya insyallah akan terus berjuang. Saya tidak bimbang pada cemuhan mereka yang mencemuh itu sebab saya lebih bimbang dan takutkan cemuhan Allah swt.

Mulialah mereka yang menang atas kebaikan diri peribadi dan akhlak serta kemampuan untuk berjuang, kerana nanti ia mampu membawa kebaikan kepada jemaaah, jika sebaliknya arang dan abulah akan jadi hiasan jemaaah. Individu tidak penting yang penting adalah nasib dan masa depan ummah dan Islam.

Bekerjalah untuk Allah seikhlas dan sebaik mungkin. Biarlah Allah yang mengukur kita bukaannya orang lain apa lagi diri kita sendiri.

Hidup ini bagaikan roda, yang penting adalah istiqomah dalam perjuangan jangan fitnah dan pukul kawan-kawan, sentiasa berdiri atas kebenaran dan keadilan, bersama-samalah mengejar redha Allah dan menjauhkan murka Nya.

25 comments:

amdang81 said...

Alhamdulillah kerana Allah tidak membebankan tuan dengan amanah yang berat. Semoga mereka yang terpilih itu berjaya melaksanakan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin..

amdang: ketika zaman senang, semua semacam berebut jawatan. Namun, ketika zaman susah, semua menghilang...

Anonymous said...

Salam.

Kemenangan satu kejayaan? Kekalahan satu kegagalan? Allah tak pandang siapa menang atau siapa kalah! Yang dipandang adalah ketaqwaannya (perjuangan dan keikhlasan)! Sebenarnya, yang 'menang' tu sedang diduga dengan tanggungjawab & amanah yang lebih banding dengan yang 'kalah'!

Akhi, teruskan usaha2 perjuangan! Semoga Allah bersama kita semua!

pakcik said...

Alhamdulillah..nyatakan yang haq walaupun pahit.teruskan beristiqamah dalam jamaah Islam yang hakiki.

'Dan barang siapa bertaqwa kepada Allah, Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dan diberi rezeki dari arah yang tak dapat diduga'. (QS At-Thalaaq:2-3)

kak Mah said...

Salam Sdra. Roslan,

Sabar lah, jangan bersedih. Setiap sesuatu yang berlaku itu tentu ada hikmahnya.

Anggaplah kekalahan tempoh hari sebagai 'time -off' untuk sdra. Bila dah tak memegang jawatan,-- kurang sibuk, -- bermakna more time untuk memperbaiki diri. Tambahkan ilmu, mantapkan amalan, take another degree ke...

Jom masuk AeU, buat PhD. Kalau tak ada duit, boleh amek dari EPF.

www.aeu.edu.my
salam hormat,
Kak Mah.

Anonymous said...

kalah itu adalah suatu kekuatan untok mendapa kemenangan yang dijanjikan oleh yang maha arif sipencipta.keredhaan menerima apa jua bentok ujian adalah lebih mulia disisi pencipta langit dan bumi adalah kemenangan yang berakah.

al-Balingi said...

Saudara Roslan SMS,

*Teruskanlah berjuang,wadah perjuangan Islam tiada titik akhir.

*Ini bukan pengkhiran penghambaan saudara kepada jamaah Islam.

*Moga jasa saudara diberi pertimbangan setimpalnya di akhirat kelak.

Anonymous said...

Salam abg Lan, semoga Allah memelihara saudara dan bersama dengan saudara dalam hal-hal kebaikan..

weber said...

Brader Lan,

Seronok sangat ke jadi pemimpin ni?
Setahu saya tanggungjawab sebagai pemimpin sangat berat..
Saidina Umar pun menangis bila dilantik sebagai khalifah... takut tak terpikul amanah..
jadi Brader Lan yang patut berasa seronok sekarang...

Anonymous said...

Majoriti bukan beerti mampu, minoriti bukan beerti gagal. Di akhir zaman, kadangkala perlu berada dalam kumpulan yang sedikit. Di akhir zaman ini, dikira yang tak solat memenuhi 5 waktu ramai, yang solat memenuhi 5 waktu sedikit, yang tidak bangun subuh, ramai, yang bangun sedikit, yang tidak bertahajud, ramai, yang bertahajud, sedikit. Istiqomahlah saudara dalam perjuangan. Kadangkala yang kita benci itu, baik untuk kita, yang kita suka itu, buruk untuk kita. Apa yang akan berlaku kepada jemaah PAS kita akan hadapi, namun cahaya Islam tidak akan padam.

Anonymous said...

Kebenaran bukan terletak kepada majoriti, apabila tapisan dibuat santan yang pekat amatlah sedikit. Yang dibenci, kekadang baik untuk kita, yang kita suka, kekadang memusnahkan kita. Terimalah hakikat bahawa, fikrah tarbiah 80an tidak sama fikrah 90an. Antara Gerakan Islam dan Parti Islam. Tetapi teruskan istiqomah. Islam tidak akan padam sebagaimana janji Allah.

Anonymous said...

Menegur pemimpin perlu dilakukan secara bijaksana

Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

KEWUJUDAN kepemimpinan yang stabil bagi sesebuah negara dilihat sebagai satu aspek penting dalam Islam. Tanpa kepemimpinan yang positif dan ikhlas berjuang, kepentingan rakyat tidak akan mampu ditadbir dengan baik.

Apabila masyarakat dibiarkan tanpa pemimpin nescaya keadaan akan menjadi huru-hara di mana golongan kuat menindas yang lemah. Tanpa pemimpin, undang-undang rimba akan ditegakkan dan kezaliman bermaharajalela.

Justeru, urusan kepemimpinan adalah antara satu dasar utama dalam Islam. Firman Allah yang bermaksud: "Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal salih daripada kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemimpin di bumi, seperti Dia menjadikan orang sebelum mereka khalifah yang berkuasa." (Surah al-Nur, ayat 55)

Lantaran itu, Islam meletakkan beberapa dasar penting bagaimana rakyat perlu berinteraksi dengan pemimpin yang berkuasa dalam sesebuah negara demi menjamin kestabilan politik serta kemakmuran masyarakat.

Ketaatan kepada pemimpin adalah satu dasar yang pokok. Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan Ulil Amri (pemimpin) di antara kamu." (Surah al-Nisaa', ayat 59)

Namun, Islam hanya menetapkan kewajipan untuk mendengar dan taat kepada pemimpin selagi mana pemimpin itu tidak menyuruh membuat perkara berunsur maksiat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Diwajibkan mendengar dan taat (kepada pemimpin) ke atas setiap Muslim sama ada dalam hal yang dia suka atau benci selagi mana dia tidak diperintah untuk melakukan maksiat. Jika dia diperintah melakukan maksiat maka tidak wajib untuk mendengar dan tidak wajib taat." (Hadis riwayat Bukhari)

Jika pemimpin memerintahkan untuk melakukan perbuatan bertentangan syarak, yang diingkari hanyalah perbuatan itu akan tetapi kesetiaan kepada pemimpin tetap perlu diteruskan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Ketahuilah! Sesiapa yang dipimpin oleh seorang pemimpin lalu dia melihat sesuatu kemaksiatan kepada Allah (yang dilakukan oleh pemimpin itu), maka bencilah kemaksiatan kepada Allah itu. Akan tetapi jangan menarik ketaatannya (kepada pemimpin itu)." (Hadis riwayat Muslim)

Jika pemimpin melakukan kesalahan maka hendaklah mereka dinasihati dengan cara baik berbekalkan niat untuk membawa kebaikan kepada masyarakat keseluruhannya tanpa ada motif lain. Dalam Musnad Ahmad diriwayatkan Rasulullah SAW menyenaraikan tiga perkara yang Allah reda untuk diamalkan bagi hamba-Nya yang mana salah satu darinya adalah: "Kalian menasihati orang yang Allah angkat menjadi pemimpin atas urusan kalian."

Menasihati atau menegur pemimpin tidak boleh dilakukan secara terbuka, dengan kata berbentuk cacian dan menghina atau tujuan menanam perasaan benci di kalangan masyarakat terhadap pemimpin itu. Hendaklah kita sedari pemimpin adalah manusia biasa yang ada kalanya melakukan kesilapan dalam menguruskan urusan pentadbiran.

Namun, jika pemimpin melakukan kesilapan ia bukan bererti kita dibenarkan untuk mencela secara terbuka tetapi hendaklah menasihatinya dan memperjelaskan kesalahannya dengan cara penuh hikmah.

Rasulullah SAW menunjukkan contoh cara menasihati pemimpin melalui sabda yang bermaksud: "Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemimpin itu dan ajaklah (nasihatilah) dia secara tersembunyi. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat itu) maka itulah yang diharapkan. Jika dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat) sudah melaksanakan tanggungjawabnya." (Hadis riwayat Ahmad)

Menerusi prinsip ini, bukan bermakna umat Islam hanya membisu apabila kemaksiatan atau kezaliman seperti rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa berlaku dengan alasan ia berpunca daripada pihak pemimpin. Maksiat serta kezaliman tetap perlu diingkari dan diperjelaskan secara umum kepada masyarakat bahawa perkara itu bertentangan syarak dan terlarang.

Pemimpin yang ingkar terhadap maksiat sudah diberitahu Rasulullah SAW menerusi bimbingan wahyu Ilahi dan Baginda menyuruh umat Islam untuk taat kepada pemimpin itu selagi mana dia adalah seorang Muslim dan tidak wujud tanda jelas bahawa dia kafir daripada agama Islam.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Akan ada sepeninggalanku nanti pemimpin (yang) kalian mengenalnya dan mengingkari (kejelekannya), maka barang siapa mengingkarinya (bererti) dia sudah berlepas diri, dan barang siapa membencinya (bererti) dia sudah selamat, akan tetapi barang siapa yang meredainya (akan) mengikutinya. Sahabat bertanya: Apakah tidak kita perangi (saja) dengan pedang? Baginda menjawab: Jangan, selama mana mereka masih menegakkan solat di tengah-tengah kalian." (Hadis riwayat Muslim)

Demikianlah beberapa prinsip bagaimana umat Islam harus berurusan dengan pemimpin demi mencapai kestabilan politik dan kesatuan umat yang menjadi faktor penting dalam membentuk umat Islam yang kuat dan digeruni musuh. Perpecahan hanya akan melemahkan umat Islam dan menggembirakan musuh Allah.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Anonymous said...

Islam galak dakwah secara berhikmah

Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Kesabaran Rasulullah sebar risalah suci perlu dicontohi sepanjang zaman

DAKWAH kepada Islam adalah antara kewajipan yang dituntut kepada ummah dalam usaha menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Kewajipan berdakwah adalah seruan kepada melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Firman Allah yang bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik." (Surah al-Nahl, ayat 125)

Kewajipan berdakwah satu kewajipan yang besar lagi getir serta menjadi tonggak utama kepada agama, menjadi tiang atau paksi menegakkan binaan Islam, menyempurnakan segala peraturannya serta mengangkat martabat Islam hingga ke puncaknya.

Oleh itu, Allah memerintahkan umat Islam menyampaikan mesej Islam dengan penuh berhikmah. Hikmah adalah pendekatan terbaik dalam menyampaikan ajaran Islam di samping mempunyai kaitan dengan kesenian berdakwah.

Sheikh al-Sabuni ketika menafsirkan ayat itu, menjelaskan pengertian berdakwah dengan hikmah bermaksud menyeru dan mengajak manusia kepada agama Allah dan syariat-Nya yang suci secara bijaksana, berlemah-lembut dan beradab, sehingga dapat memberi kesan seterusnya diterima dengan sukarela.

Ulama dakwah mengklasifikasikan hikmah kepada beberapa jenis, iaitu hikmah mengenal status manusia, memilih masa sesuai, mencari titik pertemuan sebagai tempat bermula untuk maju secara sistematik.

Pendakwah terbabit dalam medan dakwah sudah pasti akan berdepan pelbagai ragam serta perangai manusia seperti mereka yang kuat berpegang dengan tradisi, mereka yang bersifat konservatif, kumpulan jahil dan bodoh dan yang masih ragu kerana salah faham.

Dalam konteks ini, pendakwah hendaklah berdepan sasaran masing-masing melalui cara yang sesuai dengan tahap keilmuan dan kecerdasan di samping mengambil kira aspek pemikiran, perasaan serta sahsiah peribadi mereka.

Pendakwah yang berjaya mampu menyampaikan mesej dakwah dan buah fikirannya kepada sekalian manusia sekalipun berbeza daripada segi pemikirannya, sahsiah peribadinya dan darjat serta dapat menarik seterusnya mengubah pemikiran mereka.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kami diperintah supaya berbicara dengan manusia menurut kadar akal (kecerdasan mereka masing-masing)." (Hadis riwayat Muslim)

Pendakwah juga mesti bijak memilih waktu dan suasana sesuai seperti bilakah masanya dia perlu diam, bilakah pula waktunya dia mesti berbicara dan begitulah seterusnya sehingga dia dapat memperoleh hasil yang baik daripada strateginya itu.

Jika ditinjau dalam sirah Rasulullah SAW pada permulaan Islam, Baginda menerima perintah Ilahi seperti firman Allah bermaksud: "Berilah peringatan kepada keluargamu yang terdekat." (Surah al-Syu'ara', ayat 214)

Bertolak daripada itu, Rasulullah SAW memulakan misi dakwah secara rahsia terutama pada tiga tahun pertama melalui hubungan individu.

Baginda mendekati individu yang hampir dengannya dan juga kaum kerabat terdekat untuk sama-sama berkumpul dan bernaung di bawah lembayung Islam.

Kemudian, Rasulullah SAW berhasrat menyampaikan Islam kepada khalayak, tetapi dihalang Abu Lahab dengan membangkitkan isu yang menimbulkan fitnah. Apakah reaksi Baginda?

Rasulullah SAW hanya diam dengan tidak membalas, bahkan tetap tenang dan itu adalah jawapan sebenar, bahkan itulah jawapan paling tepat dalam suasana sedemikian.

Di samping itu, Rasulullah SAW mempunyai kesenian dalam berbicara. Baginda berbicara buat pertama kalinya kepada kaum kerabat dengan ringkas kerana mereka baru mendengar mengenai Islam.

Jika bicara terlalu panjang lebar, mereka pasti menjauhi Baginda. Bicara Rasulullah SAW pada asasnya sangat padat dengan hikmah dan amat rapi susunan bahasanya.

Rasulullah SAW berbicara ibarat seorang yang membangun atau mendirikan rumah, menyusun batu-bata selapis demi selapis sehingga menjadi bangunan kuat, kukuh dan indah.

Seorang manusia pada hakikatnya susah menerima buah fikiran baru yang dirasakan asing sama sekali. Justeru, pendakwah mesti pandai atau berhikmah memulakan perbicaraan yang sudah tentu menuntut tafsiran mendalam berpandukan ilmu yang sahih.

Pendakwah perlu berhikmah dalam mencari titik pertemuan sebagai tempat bertolak dan dari sana dia maju secara perlahan, selangkah demi selangkah dengan istiqamah ke arah matlamatnya..

Ajaran Islam cukup daya tarikan, pendakwah mesti pandai memilih cara tepat dan kaedah unik untuk menyampaikannya dengan pendekatan menarik bagi mengajak khalayak mendampingi Islam.

Ini jelas menerusi surat perutusan Rasulullah SAW kepada Raja Heraklius di Rom dan Muqauqis di Mesir yang beragama Nasrani. Rasulullah SAW memanggil mereka dengan gelaran Ahlul Kitab yang bermaksud tuan punya kitab suci.

Ini dirakamkan Allah dalam ayat 64, surah Ali-Imran bermaksud: "Wahai ahli kitab marilah kepada kalimah yang sama antara kami dan kamu, iaitu janganlah kita menyembah melainkan Allah dan janganlah kita mempersekutukan sesuatu apapun dengan Dia, dan janganlah sebahagian daripada kita menjadikan sebahagian lainnya sebagai tuhan selain Allah dan jika mereka berpaling katakanlah: Saksikanlah bahawa kami ini adalah orang Islam."

Pendakwah mesti pandai memulakan dan mengakhiri perbicaraannya. Ketika mengakhiri perbicaraan gunakan perkataan yang boleh menusuk ke lubuk hati, bukan kata pahit dan kesat yang meninggalkan kesan buruk.

Satu lagi saluran berkesan menyampaikan dakwah teladan yang baik dan bahasa bersesuaian dengan keadaan. Rasulullah SAW semasa pertama kali menjejakkan kaki di Madinah al-Munawwarah dan sebelum masuk kota, Baginda SAW mendirikan Masjid Quba iaitu masjid pertama dalam sejarah Islam.

Rasulullah SAW berhenti di tempat itu, tanpa banyak berbicara Baginda terus memulakan kerja. Diriwayatkan seorang wanita bernama Syamus Nu'man yang hadir pada waktu itu berkata: "Aku melihat Rasulullah SAW waktu mula sampai, Baginda turun dan berhenti, lalu mengajak sahabat mendirikan masjid itu, aku melihat Baginda mengangkat batu besar sehingga terhuyung-hayang kerana beratnya batu itu, seorang sahabat datang dan berkata kepada Baginda: Ya Rasulullah biarkanlah! Serahkanlah kepadaku untuk mengangkatnya. Rasulullah SAW menjawab: Tidak, ambil saja batu lain yang seperti ini."

Demikianlah Rasulullah SAW mempamerkan teladan berkesan kepada sahabatnya iaitu turut bersama kaum Muhajirin sehingga masjid itu disempurnakan. Rasulullah SAW bukan saja pandai mengarah dan banyak bercakap tetapi juga banyak membuat kerja.

Begitulah antara pengertian hikmah berdakwah yang menjadi aset terpenting dalam menjamin kelangsungan serta kejayaan dakwah Islam kepada umat manusia sejagat. Manusia hari ini bukan setakat mendengar apa diperkatakan tetapi melihat bagaimanakah tingkah laku pendakwah di rumahnya dan dalam lingkungan masyarakat.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Anonymous said...

Salam,
Alhamdulillah saudara sgt kuat semangat. Allah sebenarnya sgt sayangkan umatnya yang sentiasa bersabar dan reda di atas semua ujian dan cubaan ke atasnya.

Semua org tidak dpt menjangkau ketentuan Allah, mungkin juga saudara bakal mendapat bahagian yang lebih baik selepas ini, Wallahualam. siapa tahu ya.

Apa yang penting, saudara perlu meneruskan perjuangan menegakkan islam. Allah telah memberi kesedaran dan sentiasa memelihara saudara ke jalan yang benar.
Cuma saudara perlu lebih berhati-hati di lain masa dalam semua hal.

Saupi Azran Muhamad Tamjis said...

Takziah pada yang menang, tahniah pada yang belum menang...

biasanya tak menang hari ini, esok lusa menang pulak...

Tak pegang jawatan ini, ehh jawatan lain pun tetap menanti untuk diisi, itulah resam jemaah...

Anonymous said...

Salam saudara Roslan
Rumah mak dan ayah saya di Desa Mentari.
Pernah mendengar saudara berucap dan sentiasa setia dengan blog saudara.
Tidak mengapa saudara kalah, mungkin ada hikmah yang kita tidak tahu.
Saya mengagumi corak politik saudara yang bersifat negarawan.
Tahniah.
Usah bimbang, usia saudara masih muda.
Saya amat yakin PAS amat memerlukan tenaga saudara lagi.


www.muhammadridwanto.wordpress.com

Faizah Roslaini said...

Salam,

Walau pun saya yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya, kita juga harus berhati-hati dengan kebangkitan golongan tertentu yang dilabelkan sebagai liberal ini. Saya bukan hendak melaga-lagakan sesama sendiri dalam parti ini, tetapi kekadang yang liberal pun tidak tahu dia liberal.

Ya liberal pada asalnya mungkin tidak salah tapi apabila dipesongkan oleh musuh-musuh Islam, ia menjadi musuh kita juga.

Saya risau En Roslan. Sungguh. Saya risau.

Anonymous said...

Salam seperjuangan.
Perjuangan ini bukan lah dengan jawatan.Suatu ketika saya pernah dibebankan dengan 23 jawatan dari negeri hingga ke dewan, kawasan dun, cawangan. Itu semua adalah ke egoan semata-mata.
Kini saya dibebankan hanya dengan 2 jawatan, ah saya puas dengan 2 jawatan tersebut dan Alhamdulillah saya dapat fokus kepada matlamat dan halatuju.
Dulu saya berada dipentas-pentas besar PAS namun kini saya berada dibelakang pentas PAS. Perjuangan mesti diteruskan.

kembarakita said...

Bro,
Saya mengenali saudara melalui tulisan saudara bukan melalui jawatan yang saudara pegang.

Bro, 2 blogger yang sedang berpesta tu adalah watak UMNO di dalam PAS.

Anonymous said...

Salam sdr Roslan sms... jangan bersedih dengan kekalahan yang diterima, fikirlah dan renungkan akan hikmah Nya nescaya sdr akan lebih tabah dalam menghadapi perjuangan menegakkan addin islam. Moga Allah sentiasa memberkati kita semua.

madkrie said...

Bagi tau blok mana yang hentam Cik Roslan.Mai sini kita cubit sikit.
Teruskan perjuangan penulis,pandangan Allah kepada kita lebih penting daripada pandangan manusia.Adat pemilihan mesti ada kalah dan menang inilah demokrasi sebenar.Dengan adanya masa yang banyak selepas ini bolehlah update cepat sedikit blog ini.

Unknown said...

Assalamualaikum wbt,

Teruskan perjuangan.

Perjuangan kita ikhlas kerana Allah. Tidak mengimpikan jawatan mahupun pangkat, keredhaan Allah matlamat utama.

Seeru 'ala barakatillah.

Anonymous said...

jahanam tulang besi n penarik beca

Fia_rindui said...

Salam....perjuangan bukan pada jawatan atau tidak yang penting ikhlas,kalau kalah jawatan kemudian ada rasa sesuatu yang hilang itu melihatkan ada sesuatu yang tak kena pada seseorang pejuang.
Saya pun takde jawatan pun tapi tak bermakna saya tidak berjuang dan melabelkan sesiapa sebagai liberal atau Erdogan atau apa2.

Ini adalah antara masalah gerakan Islam yang sering kalah dengan ujian.Apabila kita diuji seterusnya kita menyalahkan pihak lain sebagai itu dan ini.Kenapa kita tidak boleh duduk merenung ke dalam diri dan bermuhasabah?

Perlu betulkan kembali niat masing2....

AGRO BISTRO said...

IR Izham Hasyim?? Saya tak fikir dia boleh menjadi lebih hebat dari Roslan. Menghayatai kenyataan terburu-buru Izham selepas menewaskan Roslan, nyata sekali Izham bukan punya watak pimpinan yang matang.

Mana layak dia memberitahu sebab kekalahan Roslan adalah sebab itu sebab ini.. Tetapi gagal menyatakan dengan jelas sebab dia menang, nisi dia kah, visi diakah, atau.

Bagaimanapun, menang tidak menang semua, kalah tidak kalah semua.

Hairan saya, dua orang pegawai parti yang rapat dengan Hasan Ali berentap.

Sama muda, ada masa yang banyak, tapi berentap. Tak faham erti muzakarah ker?

abgBro said...

sdrku..

yg ihklas brjuang sebenarnya tidak kalah...