Sunday, April 12, 2009

Tentera wataniah di setiap kawasan parlimen?

Menteri Pertahanan yang baru, Zahid Hamidi dilaporkan berkata di Bagan Datoh bahawa kementeriannya akan menubuhkan satu batalion tentera wataniah disetiap 222 kawasan parlimen di seluruh Negara bagi memantapkan sistem pertahanan Negara. Aadalah dijangkakan melalui “exercise’ ini tentera sukarelawanini akan mempunyai 600,000 kekuatan di seluruh Negara dalam tempoh 5 tahun.

Apakah yang boleh anda baca dari perkembangan ini?

Soal pertahanan Negara adalah sesuatu yang serius yang tidak boleh dipandang enteng. Walaubagaimanapun dari sudut kekuatan ketenteraan semasa diperingkat dunia, kekuatan keanggotaan kini bukan lagi keutamaan tetapi lebih ke atas pemilikan persenjataan yang canggih yang dalam situasi tertentu boleh mengambil-alih peranan “foot soldiers”.

Tetapi Menteri Pertahanan baru tanpa menyebutkan jangkaan perbelanjaannya lebih cenderung untuk menambahkan bilangan tentera sukarela atau wataniah ini. Diharapkan tiada agenda tersembunyi dalam usaha ini, kerana ternyata ia suatu yang tidak praktikal dan tidak bertepatan dengan perkembangan semasa. Tetapi kiranya ia punya agenda tersembunyi, malanglah buat Negara.

Lebih baik jangkaan perbelanjaan itu digunakan untuk memperkasakan lagi kelengkapan dan peralatan ketenteraan kita lebih-lebih lagi apabila Negara jiran memiliki kelengkapan dan peralatan yang jauh lebih canggih dari kita.

Jangan kerana agenda politik, akhirnya pertahanan Negara tergadai.

21 comments:

Unknown said...

Pengumuman pertama yang bodoh dari Zahid Hamidi. Dia ingat mengurus negara macam urus kebun kelapa ke?

Daun Kering said...

operasi lalang ke-2?

darurat?

penangkapan secara beramai-ramai pemimpin pembangkang?

rampasan kuasa oleh umNO secara kekerasan bagi negeri kelantan, kedah, penang & selangor?

Budak Syburi said...

Selain daripada kekuatan bilangan dalam tentera, persenjataan juga penting.

Dalam dunia moden kita selain taktik, senjata juga amat memainkan peranan.

Oleh itu, fikirlah sama ada nak meramaikan anggota tentera wataniah atau menambahkan kekuatan persenjataan supaya lebih canggih.

Dalam PLKN kita telah melatih pemuda, gunakan tenaga mereka untuk mempertahankan negara.

Anonymous said...

Salam,

Secara purata terdapat 2700 askar wataniah di setiap parlimen. Mana-mana ahli parlimen pakatan yang menang majoriti kurang dari 3000 ada kemungkinan akan ditewaskan oleh undi wataniah ini. Kaedah mudah untuk mendapat kembali 2/3 majoriti didewan rakyat. Katakan tidak untuk UBN yang semakin mereput.

Anonymous said...

Inilah akibat nya apabila orang tidak mengikut peredaran dan perubahan pertahanan serantau.
Membazir dan hanya punyai agenda politik. Apakah orang macam Zahid boleh diharapkan untuk mempertahankan negara. Hancur lah Malaysia!!!

Budak Syburi said...

Bagi yang dok pi PLKN tu buat apa? Depa yang dilatih mencintai negara dan semangat patut ke depan.

Kita tak mau agenda yang tersembunyi dengan cadangan ini.

salem said...

sheikh...undi pos...

Hisham Sekretariat said...

Salam,

dia nk tambah undi pos tu..!

aku said...

salam, ada 2 sebab jea, utk dapatkan undi pos dan kayakan mereka dan keluarga mereka dengan kontrak2 mega, mahal tp low quality, faham jeala...kalau tak caya tengokla nanti...

Anonymous said...

Takde cite lain ler tu...undi pos!

djambu puadovich said...

sesiapa di sini boleh keluarkan cadangan lain untuk pertahanan/keselamatan negara?

kalo datuk zahid kata nk beli senjata baru, nanti org kata komisen pulak...

Peg 513 said...

Askar Wataniah ni adalah anggota sukarela pemegang NRIC awam di kawasan yg mereka duduk. Cuma mereka ni diberikan kad pengenalan BAT-C20 ajer terutama siri 500.

Mai kut mana pulak depa ni boleh mengundi secara pos.

Baguih la nak tubuhkan satu unit askar wataniah di setiap kawasan parlimen kasi anak2 muda disiplin skit.

Kalau tak tau modus operandi askar wataniah siri 500, jgn dok tuduh umno nak buat strategi undi pos.

-Peg 513-

Anonymous said...

hanya org yg tak pernah mengalami memasuki askar wataniah sahaja yg mempunyai otak kolot seperti anda..

bagi aku lebih baik askar wataniah daripada PLKN..

wan_jtk said...

Peg 513, orang-orang lagi suka kalau ditubuhkan askar wataniah. Setakat ni Pas memang pro dengan penubuhan dan penambahan pegawai tentera.

Yang menjadi kebodohan umumnya, masa negara dah 50 tahun aman ni. masih wujud undi Pos, perasaannya macam semalam jer masyarakat kita baru merdeka.

Nak buat askar wataniah, buatlah, kamipun nak tambah keahlian. Tapi janganlah seret undi Pos kat sitem pilihanraya ni.

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Memang banyak respon yang saya dengar dengan langah untuk menambahkan anggota simpanan tentera ini,dulu dulu dipanggil tentera wataniah dari bahasa arab yang bermaksub tanahair,kemudian telah ditukar kepada PSTD (pasukan simpanan tentera darat).Yang layak bercakap soal ini ialah bekas bekas tentera sebab mereka lebih arif dan mendalam pengetahuannya sama ada pro dan kotra berkait dengan isu ini.

Disegi pro nya cuba kita lupakan dulu isu ini yang kononnya ada kaitan dengan politik,andaian yang dibuat ialah keberangkalian tentera ini nanti akan dijadi alat untuk undi pos.Saya nak mengajak pembaca melihat disebaliknya iaitu tentang tugas asasi organasi tentera ini,sudah tentu untuk menjaga keselamatan negara dari sebarang ancaman musuh samada dari dalam atau dari pehak luar.Sebelum itu cuba kita perhatikan pergolakan politik dinegara Thailand.Selepas bermula peristiwa kezaliman keatas penduduk islam TakBai keadaan negara tersebut tidak pernah aman aman,Era kerajaan Taksin telah diambil alih satu rampasan kuasa tentera setelah diperkenankan olih rajanya.Kemudian era Samak memerintah telah berlaku buat sementara,Selepas itu hari ini giliran kerajaan dari ketua pembakang pula memegang kuasa,kita ingatkan bolih aman,tetapi apa yang terjadi telah bangkit semula pengikut asal Taksin,pergolakan demi pergolakakn akhirnya beberapa wilayah telah diistiharkan dharurat,diwaktu ini kita lihat peranan tentera telah dikerah untuk mengawal keselamatan,jadi apakah yang dapat dilakukan olih masyarakat awam tanpa beberapa penglibatan tentera ini,apakah keamanan akan wujud tanpa campur tangan anggota keselamatan ini?.

Yang menariknya dinegara kita ini berbilang bangsa tidak seperti Thailand hanya satu kumpulan minoriti melayu muslim Thai.Tetapi bolih aman walaupun kadangkala bergolak ibarat nampak seperti berkocaknya air dipermukaan gelas sahaja tetapi tidak didasarnya. tetapi harus diingat jika air ini berkocak selalu sedikit sebanyak akan tumpah juga juga,jika gelas tersebut berada diatas kepala kita yang sedang lena tidur atau sedang duduk berkhayal sudahlah pasti basah jadinya.Jesteru itu adalah disarankan agar kita duduk atau tidur dibawah peneduh atau kita sediakan payung sebelum air itu membasahi kita......

Disegi kotranya ialah dibimbangi tentera simpanan wataniah ini akan dijadi alat politik khususnya dalam undi pos.Sebenarnya kita tidak perlu meragui atau merasa gentara sekiranya mana parti itu bersedia untuk menarik hati para pengundi pengundi diatas pagar ini.Kebanyakan mereka ini berprofesional dan tidak memihak malah jika ditakdirkan pembakang dapat memerintah mereka ini juga akan bertindak sebagai penyelamat yang juga bolih dianggap sebagai eset simpanan wang "fit deposit" kepada mana mana parti....fikir betul betul !

Anonymous said...

terima kasih peg-513 sbb jelaskan pada deorang,

saya tergelak berguling dengar askar wataniah kena undi pos..
dapatkan maklumat sebelom komen.

tak semua idea yg datang dari kerajaan itu negatif.

Anonymous said...

akm..
bagi saya amat baguih kalau ada nya askar wataniah..
tapi saudara mempersoalkan peruntukan agar tidak membazir...

tapi memang pembakang akan senantiasa membangkang...

1.bila duit digunakan untuk membeli peralatan canggih hampa kata membazir
2.duit rasuah kapal selam
3.cth buat putrajaya/jambatan pulau pinang hampa kata membazir
4.sekarang dok rebut nak pi putrajaya.

5 saya cabar pas supaya buat pusat pemerintahan yang berciri-ciri islam di kelantan, ini kira nak rebut yang org dah buat.

lesongbatu said...

...pemimpin, ahli sukan lar ni sumer, semangat petrotik dema dah tahap down syndrome. asyik dimanjakan dgn laba, wang ringgit aje!!

...sekali2 tu pak2 menteri kena turun pegang senjata & kawad. selami jiwa waja pemimpin lama terdahlu, kalu setakad pakai baju batik, sarung jersi harimau belang.. petrotik ape-kebenda-nya.

...kalu belia diprogramkan dgn PLKN, pemimpin2 pulak buat ape?? skrg pon bukan ada komunis, ape nak takut kawad senjata. badan sihat. perut tak boroi. baru masuk DEWAN otak cergas. tak ada le asyik tersengguk2.

Anonymous said...

Salam,

Memanglah sekarang ni peraturanya askar wataniah tak mengundi pos. Hang bukan tak tahu UBN pakar putar belit undang-undang...

Anonymous said...

Askar Wataniah ni adalah anggota sukarela pemegang NRIC awam di kawasan yg mereka duduk. Cuma mereka ni diberikan kad pengenalan BAT-C20 ajer terutama siri 500.

Mai kut mana pulak depa ni boleh mengundi secara pos.

Baguih la nak tubuhkan satu unit askar wataniah di setiap kawasan parlimen kasi anak2 muda disiplin skit.

Kalau tak tau modus operandi askar wataniah siri 500, jgn dok tuduh umno nak buat strategi undi pos.


askar wataniah nak buek apo....nak bagi kroni buek duit ko? kalu beli benda-benda untuk keselamatan negara ok lah...tapi cara pembelian tak ok...berapa juta kena tanya yang dan kena C4 tu.

lagi satu mangkuk ayun kata nak cabar kelantan buek...kalu kelantan buek ko ingat laki mak ko kek putrajaya tu boleh bagi ko doll? ko kena belajar cam kek US---negeri-negeri ada kuasa dia..tak cam mesia negeri semua dijajah oleh pusat plak..kalu satu kepala--ok tapi kalu lain kepala...sampai mati dibedalnya...cakap cam badak je malauan tu!

mat_terab said...

Aku pun tentera jugak aku tak sokong nak buat kem di setiap parlimen ni kerana akan mengabiskan wang rakyat saja.....?
sakat nak latih askar simpanan wataniah ni cukup la sekadar buat dua tiga kem askar wataniah di setiap negeri,....semua boleh di latih di kem tersebut,....cuma kalau nak tambah kekuatan tentera cukuplah sekadar perbesarkan lagi kem dan aset di kem tersebut........
kekuatan sesebuah ketententeraan tidak di nilai dengan ramai anggota tentera lagi tapi zaman sekarang bergantung pada kekeutan persenjataan dan jet pejuang yang canggih dan kekuatan risikan......
apa salahnya tingkatkan lagi persenjataan kita dengan galakkan penyelidikan dalam persenjataan secara tak lansung kita tak perlu bergantung pada senjara yang di import yang sudah tentu derdedah kepada pihak musuh darisegi kelemahannya..........