Kalau Pakatan Rakyat menang lagi di DUN Penanti?
Nampaknya sekali lagi kita akan “bertempur” dalam pilihan raya kecil. Kali ini sekali lagi di kawasan parlimen Peramatang Pauh iaitu bagi kerusi DUN Penanti yang diwakili bekas TKM Pulau Pinang Mohammad Fairus dari PKR.
Memanglah pilihan raya kecil memerlukan tumpuan tenaga dan wang ringgit untuk menggerakkan jentera pilihan raya. Ia meletihkan tetapi sebahagian dari adat perjuangan khasnya dalam ruang-lingkup amalan demokrasi.
PKR tidak minta pilihan raya kecil ini, tetapi ia terpaksa diadakan apabila atas sebab-sebab tertentu ADUN nya meletakkan jawatan sebagaimana di Bukit Selambau. Memang kalau boleh kita mahu elakkan pilihan raya kecil di kawasan sendiri, tetapi apakan daya ini suatu perkembangan yang tidak diundang.
Lantas apabila PM dan Presiden Umno marah-marah, menuduh penggosongan kerusi ini sebagai “mainan politik”, kita boleh faham. Maklumlah Umno telah kalah berturut-turut dari Permatang Pauh ke Kuala Terengganu sehinggalah ke Bukit Gantang. Ia tidak mampu untuk menghadapi kekalahan lagi, tambah Penanti duduk dalam kawasan tegar Anwar Ibrahim!
Agaknya bagi mengelakkan dari Umno terus menanggung malu, imej PM baru terjejas, rasa-rasanya tidak keterlaluan kalau Umno tidak meletakkan calonnya. Biarlah MCA, MIC atau Gerakan atau mungkin PPP yang bertanding atau lebih hebat lagi beri sahaja laluan percuma kepada calon Pakatan Rakyat dari PKR. Tak perlu masing-masing menghabiskan belanja, apa macam?
Tetapi kalau Najib masuk juga bertanding dan kemudian kalah juga lagi, ternyata Umno perlukan ketua baru. Mana boleh berketuakan seorang Presiden yang tidak mampu membawa kejayaan pada Umno. Besar betul makna kemenangan PRK kali ini.
1 comment:
...tekanan pd wakil PKR menyebabkan mereka lebih rela letak jawatan dan mengkosongkan kerusi demi kepentingan parti & rakyat (Integrity).
...sedangkan wakil rakyat BN, sebandle surat aduan polis siap dgn bukti pon tak jadi apa. sbb tu tak ada kes letak jawatan. malah berebut2 lagi di peringkat parti ke majlis tertinggi.
Post a Comment