Saturday, April 25, 2009

Umno Selangor terpaksa dipimpin anak Pahang

Umno Selangor makin parah. Silap hari puaka yang menyerang Umno Kelantan juga akan berjangkit pada Umno Selangor. Selepas hilang negeri ini kepada Pakatan Rakyat, Umno kelihatan tidak mampu bangkit-bangkit lagi. Dollah Badawi dulu cuba mengusung bagi membangkitkan tubuh Umno Selangor yang layu itu. Dilantiknya Mat Taib sebagai Pengerusi Badan Perhubungan ganti Khir Toyo yang dirampas takhta MB darinya itu.

Mat Taib dilantik juga Ketua Penerangan, dilantik Senator dan diberi jawatan Menteri. Tapi Umno Selangor tak maju-maju ke hadapan, sebaliknya makin menggelongsor ke belakang. Sementara itu geng Mat Taib bercakaran dengan geng Khir Toyo, itu belum masuk geng Noh Omar, Zain dan lain-lain.

Mat Taib yang telah ditolak rakyat itu seakan di “recycle’ untuk mengetuai Umno dan BN Selangor, tapi hampa.

Dalam pada itu orang Umno di Selangor semakin resah. Ada yang mula meneroka dan merintis jalan keluar, antaranya Kapten Zahar Hashim, Ketua bahagian PJS, keluar beramai-ramai menyertai PAS. Ini diikuti dengan rakan-rakan lain samada secara bersendirian atau berkumpulan dan ada sehingga satu cawangan. Masing-masing mahu keluar dari suasana lemas dan gelisah dalam Umno. Masing-masing cenderung bersama PAS, kerana ternyata Parti Islam ini sahajalah yang mampu melangsungkan agenda perjuangan ummah.

Mat Taib, Khir Toyo, Noh dan lain-lain terus berusaha melebarkan jaringan kelompok masing-masing. Yang diperjuangkan kini hanya kepentingan kelompok mereka. Sedang mereka lupa mereka kini bukan lagi parti kerajaan di Selangor. Perjuangan agama, bangsa dan negara entah kemana. Kerana itulah Mat Taib dan Khir ditolak dalam pemilihan Umno baru-baru ini.

Dan kini untuk mengesahkan memang Umno Selangor bercelaru dan bermasalah, Najib selaku Presiden Umno dilantik pula menggantikan Mat Taib sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri! Tiada lagi anak Selangor yang mampu dan berupaya memimpin parti “separuh mati” ini, lalu diambil anak Pahang, yang jawatan ditangannya sahaja sudah padat untuk memungkinkan beliau tentu tidak dapat beri tumpuan pada negeri bermasalah buat Umno ini.

Kerana itu PR khasnya PAS perlu segera bergerak. Dekati kawan-kawan kita dalam Umno. Pelawa mereka berhijrah beramai-ramai. Ayuh kita pastikan kerusi-kerusi DUN Umno yang ada ini nanti berpindah ke tangan PAS, mengapa? Sebab Umno sudah tidak berupaya lagi, penyakitnya tidak kebah-kebah kini puaka pula menghantui. Nasib dan masa depan umat Islam dan bangsa Melayu di Selangor termasuklah bangsa-bangsa lain akan hanya terbela ditangan emreka yang ikhlas, jujur dan komited seperti PAS.

Tahniah Umno kerana melantik Najib, tahniah Mat Taib, tahniah Khir. Yang lain ayuh kita berhijrah ke PAS, insyallah semua selamat.

7 comments:

nizamtoha said...

Najib Vs Hassan Ali..
Who will win?

putera66 said...

umNO lantik najib? atau najib lantik najib? memang puaka pun.. si altantuya sedang menjelma di pekan dan selangor

Anonymous said...

Kena hati-hati, takut jadi mcm Perak, tak sampai seminggu najib jadi Pengerusi Badan Pehubungan Perak, Perak dah goyah..

Hati-hati kawan-kawan di Selangor!!!

Wan Naza said...

Pakatan Rakyat di semua peringkat diingat jangan leka dengan bermasalahnya UMNO... Najib sudah mengatur strategi baru...

TAAVEEKUN PERAK said...

UMNO must change totally its "rusty image". Even its logo must change.Get rid of the useless "rusty keris" and replace with a symbol that reflects a real ONE MELAYU !! Our cultural, social, educational and political environment have changed drastically and UMNO must "overhaul" its vision and mission to face new challenges. Our needs and aspirations are now totally different from 50 years ago. We are now living in a very complex and sophisticated world and we must adjust accordingly. Our hopes and expectations are very high and we expect UMNO leaders to be more focus and transparent in carrying out their responsibilities. They must be seen at all times to have the highest integrity of the first order or else UMNO will failed miserably to get the respect due from the Malays.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Udah-udah la tu komen pasal puak satu lagi tu. Pasal dia orang tak betul la kita undi PR.

pejuang said...

ayuh ramai2 orang melayu sertai pas.. kita perkasakan parti Islam supaya kita tak perlu tunduk pada DAP..