Sunday, April 19, 2009

Tuan Guru Presiden PAS sedia dicabar

Selepas selesai menyampaikan kuliah di sebuah masjid di Kota Bharu semalam, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang ditanya oleh pemberita adakah beliau sedia mempertahankan jawatannya sebagai Presiden PAS jika dicabar dalam Muktamar PAS Pusat kali ke 55 awal Jun ini.

Kata Tuan Guru beliau bersedia untuk menghadapi cabaran dan menyerahkan kepada ahli-ahli PAS (para perwakilan) untuk memastikan siapakah selayaknya menjadi Presiden PAS. Kata beliau lagi, beliau tidak akan membuang pakaian (jawatan) kerana ia merupakan amanah yang diberikan kepadanya.

Ada orang yang tidak berapa selesa dengan kenyataan Tuan Guru ini atas pelbagai sebab dan ramai pula yang memberikan pelbagai tafsiran. Apa pun bagi saya selaku Presiden PAS dan sebagai pejuang parti yang istiqomah dan telah mengharungi berbagai mehnah dan tribulasi dalam perjuangan sehingga memegang jawatan nombor satu dalam parti sejak tahun 2002 dan kini parti berada dalam keadaan yang sangat selesa sejak ia ditubukan lebih 50 tahun lalu, Tuan Guru berhak memberikan pandangannya.

Beliaulah sejak sekembalinya dari Timur Tengah pada tahun 1977 antara yang menyumbang ke arah menghidupkan kembali PAS yang ketika itu terkapai-kapai antara Islam dan perjuangan kebangsaan. Ramai yang tawaquf dalam perjuangan, ramai juga yang terus sahaja meninggalkannya. Tetapi Tuan Guru dan beberapa kerat pimpinan yang lain telah menyuntik semula roh Islam ke dalam perjuangan PAS. Slogan “kepimpinan ulamak” digema dan dihidupkan selepas diwaktu itu dan ia terus memukau perhatian ramai khasnya anak-anakmuda untuk kembali memberikan sokongan pada PAS.

Malah ramai diantara yang berada dalam parti hari ini adalah antara yang kagum dan yakin dengan perjuangan ini hasil dari dakwah dan kesedaran yang beliau dan rakan-rakannya berikan ketika itu

Tuan Guru antara pimpinan PAS ketika itu yang rajin menjelajah seluruh pelusuk negara. Beliau bukan sekadar berceramah politik memenuhi undangan akar-umbi tetapi memimpin kuliah-kuliah pengajian di pusat-pusat tarbiyah dan masjid serta surau untuk menghidupkan kembali kecintaan umat kepada Islam melalui ilmunya.

Selepas daripada itu Tuan Guru tidak menoleh ke belakang lagi, demi jemaah dan perjuangan beliua telah melangkah dengan yakin dan berani. Beliau ditembak dengan gas pemedih mata, di bawa ke balai, ditahan dari berceramah, diserang dan diperlakukan ketika ramai diantara kita tidak merasai pun cabaran dan gangguan seumpama itu.

Beliau menang kerusi DUN di Terengganu pada tahun 1982 dan selepas itu gelaran ahli yang berhormat terus lekat padanya sehingga hari ini, termasuklah dengan kerusi Parlimen kemudiannya dan pada tempuh 1999-2004 sebagai MB terengganu dan kini kekal dengan kerusi DUN dan Parlimen.

Walaupun mungkin ada yang cuba menafikan tetapi hakikatnya bukankah ketika beliau Presiden maka kita menerima pencapaian besar sebagaimana yang ada pada hari ini, termasuk menang di parlimen Kuala Terenggani dan Bukit Gantag.

Diperingkat antarabangsa sumbangan dan peranan beliau untuk gerakan Islam antarabangsa sangat besar dan diiktiraf ramai. Terbaru beliau membentang kertas dalam seminar tahunan antara mazhab di Tehran dengan menerima penghormatan luar biasa dari para ulamak dunia yang hadir selain negara tuan rumah.

Saya menyatakan ini semua bukan untuk berkempen buat beliau, Tuan Guru bagi saya tidak perlu dikempen-kempen dan saya yakin seluruh ahli PAS tahu akan amalan, peribadi, akhlak dan komitmen Tuan Guru dalam perjuangan. Tujuan saya adalah untuk cuba menjelaskan mengapa sehingga Tuan Guru mengeluarkan kenyataan seperti di atas.

Bagi saya beliau mengeluarkannya untuk menjelaskan bahwa jawatan Presiden di dalam PAS bukan jawatan eksklusif siapa-siapa termasuklah dirinya . Ia jawatan yang boleh dipertandingkan sekiranya ada pencalonan. Tiada kuota atau tiada kerusi “reserve” dalam PAS. Malah kalau kita teliti sejarah PAS, Almarhum Dr Burhanuddin al Helmi pernah bertembung dengan Almarhum Prof Zulkifli Muhamad bagi jawatan Presiden PAS (ketiak itu Yang Dipertua Agung).

Bagi Tuan Guru yang menghayati perjuangan, jika ada calon yang difikirkan layak, maka beliau bersedia menghadapinya untuk jawatan tertinggi PAS ini. Tetapi saya yakin rata-rata ahli-ahli PAS seluruh negara selesa dengan apa yang kita ada, tahu dan faham sejarah perjuangan serta matlamat perjuangan kita.

Cumanya diharapkan sebagai gerakan Islam kita kekalkan adab dan disiplin perjuangan kita. Kita boleh berkempen mana-mana calon yang kita fikir layak tetapi jangan kita menghina, merendah-rendah atau mengaibkan calon lain apalagi menabur fitnah dan seumpamanya. Kalah menang adat perjuangan kerana itu Tuan Guru menyebut beliau akan terus bersama PAS samada menang atau kalah.

Soalnya jika kita ambil iktibar dari kisah Nabi Ibrahim, perlukah alang rumah PAS ini ditukar dalam suasana kita pada hari ini, wallahualam.

19 comments:

luaskanmata said...

Amww saudaraku:

Saya berasa lega membaca tulisan ini. Sifat rendah diri yang ada pada Tog Guru Haji Hadi perlu ada pembelanya biarpun tidak dipinta oleh beliau sendiri.

Penat jerih beliau dalam perjuangan PAS tidak dapat lagi dinafikan. Ketika beliau berhadapan dengan suasana yang begitu berbeza dalam 80-an dulu, ramai dari kita masih malu-malu untuk mendokong perjuangan PAS.

Janganlah dalam suasana hari ini masih ketara di kalangan pimpinan PAS yang lebih bersedia memberi sokongan kepada pimpinan di luar PAS. Kekuatan PAS hanyalah kerana dasar perjuangannya iaitu Islam. Tanpa Islam, tak mungkin PAS bertahan dan kian utuh.

Selain itu, saya juga berharap agar mereka yang berangan-angan untuk menurunkan beliau dari jawatannya kerana terhidu bau manis jawatan itu untuk tidak meneruskan hasrat tersebut. Bukan suatu yang asing lagi dalam PAS tindakan baling batu sembunyi tangan.

Saya doakan agar PAS akan terus mantap dan Allah sentiasa memberi hidayah kepada sekalian pemimpinnya.

Salam jihad.

Anonymous said...

Salam

Jasa tidak dilupakan,bila bab kempen terasa macam PAS nie ikut cara UMNO plak. Pastu lobi sipolan & sipolan Nanti ada perayu undi. Hebat...Kami ahli bawah masuk PAS bukan ada sesiapa rekemen pon.
Tetiba dok suruh undi sipolan tu , ni la...Mcm gila jawatan pulak. Jgn kerana dasar ISLAM yg membezakan perlakuannya tetap sama yg ada sudahlah. Elak lebih baik dari merawat. Serupa org hisap rokok la.

Pendokong Ulamak Kontemporari said...

Terima kasih Lan..

Kepemimpinan Ulamak perlu diteruskan dan didokong oleh semua ahli PAS.. Jawatan no 1 dan 2 sebolehnya jangan dipertandingkan.. Berkompromilah.. Bertasamuhlah.. Bertanasuhlah.. Bermuhasabahlah.. Jangan ada di kalangan kita cuba untuk memalukan sedara yang lain dengan menyogok suasana pertandingan yang tak sihat..

Malaulah pada Allah.. Idza Lam Tastahi Fasna` Ma Syik Ta.. Nabi kata Kalau kamu tak malu buatlah apa yang kamu suka.. Nabi seolah2 perli kita.. Jawatan No 1 dan 2 perlu mereka yang berwibawa dalam selok belok agama dengan baik kerana kedua-dua penjawatan itu secara automatik menganggotai Majlis Syura...

Jadi agak janggal kalau mereka yang tidak fasih bahasa Arab atau hanya boleh berbahasa ana enta sahaja yang lain tak tau untuk memegang 2 jawatan utama ini..

Jadi eloklah di lantik Ulamak Kontemporari.. Carilah mereka yang boleh berhujah dalam bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dengan baik dan jangan dilantik mereka yang pandai berpolitik sahaja..

Ikhlas dari Pendokong Kepimpinan Ulamak Kontemporari..

muhafaza73 said...

salam..time kalah smua org tnding jari pd TG Presiden xkn lupa psl PRU 2004..mcm2 org kata tp time mnang PRU 2008 org lain lak yg amik saham hingga byk knytaan TG Presiden di sanggah cara trbuka oleh stgh2 pmpinan PAS (mngkin dpa trasa hebat sgt kot)..

Haikal Sulaiman said...

pertahankan atau runtuhkan slogan "dibawah kepimpinan ulama" ?

kadang2 bahasa tok guru presiden sukar difahami orang biasa ,hatta tokguru mursyidul am...

Anonymous said...

Dalam jemaah islam memang ada pertandingan untuk jawatan ke? Apa kata nabi ya pasal jawatan ni? Apa2 pun alasan yang diberikan....hadis sahih memang ada menyebut pasal jawatan. Tak faham aku. Atau saja nak tunjukkan pada sahabat parti lain yang PAS pun guna pakai sistem demokrasi.

Istiqomah said...

Wujud sindrom terbaru dalam PAS untuk memilih pimpinan berdasarkan populariti dan bukan berdasarkan kebolehan dan gerak kerja organisasi yang sebenarnya.
Kita kena menilai sedikit sebanyak latar belakang calun2 yang nak berebut bertanding dan perhatikan sokongannya adakah menyeluruh atau sekumpulan. Kita khuatir akan berlaku bibit perpecahan dalam PAS.
Ada sesetengahnya calun memang bersifat opportunis dan pandai mencari peluang. Orang begini dia pandai bekerja dan mengambil kesempatan untuk menonjolkan dirinya supaya kelihatan hebat.

Skuad Peninjau said...

Salam,

Saya bukan golongan yang berpendidikan agama, tapi saya akan menyokong tok guru yang saya segani habis habisan. Tok Guru, TGNA dan TGHH adalah permata yang sukar dicari di mana mana.

Saya tau ramai tak suka Muqabalah atau muzakarah, tapi jgn pasal satu hal kecil, kita ketepikan jasa tok guru Hadi kita yang dah banyak berkorban untuk perjuangan Islam.

Roslan,
Kita sependapat dalam hal Tuan Guru Hadi Awang walaupun berbeza idea dalam kerajaan unity.
Biarlah berbeza pendapat, kalau sama jer semua, boring jugak.

Semoga anda dirahmati Allah.

Arrazzi Alhafiz Alattas said...

Dari satu blog ke satu blog saya lawati untuk mendapatkan gambar sebenanr apa yang berlaku.

Bila membaca tulisan ini, dada yang tenang menjadi sebak. Tiada kata yg mampu saya gambarkan.

Kredibiliti dan ketokohan YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Presiden Parti Islam seperti ingin dipadamkanoleh sesetengah golongan.

Sedih, memang saya sedih. Terkilan juga saya terkilan.

Kegigihan dan kesungguhan Tuan Guru berjuang dan membangunkan PAS dengan roh Islam menjadi motivasi kepada saya. Istiqamah Tuan Guru dengan akhlak,ilmu dan adab Islam di dalam politik menjadi contoh tauladan yang ideal di era moden ini.

Moga Allah swt mempermudahkan urusan Tuan Guru.

Abdul Hakim Bin Baharudin said...

Salam...
Memang TGHA antara orang yang amat berjasa kepada perjuangan Islam di Malaysia.Dihormati kawan dan lawan.

Saya mendapat tahu melalui salah seorang ahli keluarganya,yang mana antara sebab beliau mendapat 'angin ahmar ringan'dan dimasukkan ke hospital tahun lepas kerana kurang rehat.1tahun sejak sebelum pilihanraya umum 8 Mac 2008 beliau hanya rehat dan tidur 3,4jam 1hari.MasyaAllah,inilah sikap pejuang Islam.

Tak mengapa kalau ahli PAS di Selangor sudah tidak memerlukan sumbangan beliau.Kalau beliau tidak dipilih untuk menjadi Pre PAS pun,beliau masih mempunyai tempat di Trg.Ahli2 di Trg masih memerlukan ilmu dan kepimpinan beliau di Trg.iAllah,TGHA tetap di hati kami.

Anonymous said...

Salam,saya terharu membaca ulasan comment dari sahabat2 rata2 menghargai jasa,pengorbanan tanpa rasa penat Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang yang kita sayangi cuma sedikit sahaja yg mengikut budaya tak sihat ni menyerang pribadi.

wan_jtk said...

Salam kepada mereka yang tidak bersetuju dengan kepimpinan tuan Guru Haji Hadi dan Ustaz Nasha.

Kalau kamu merasakan ada pimpinan lain yang boleh menggantikan Tuan Guru dan Ustaz Nasha kita semua ini. Letaklah calon dan selamat bertanding.

Aku pasrah dan akur walaupun bagiku mereka berdua cukup layak untuk memimpin. Aku menganggap parti kita semua ini sebagai parti yang sihat dengan perbezaan pendapat.

Aku masih tetap menyokong kepimpinan mereka berdua. Dan aku redha jika kamu letakkan calon pilihan kamu.

Semoga aku masih menjalankan tanggung jawab sebagai sahabat seperjuangan yang masih jujur dan ikhlas terhadap kita semua.

Semoga Allah merahmati kamu dan menetapkan kita bersama di dalam perjuangan ini.

Jauhilah dari melobi dan sebarang bentuk kempen yang batil. Parti ini parti kita bersama. Presiden aku presiden mu jua.

Salam dan pelukan untuk sahabat-sahabat semua walaupun berbeza pendapat dan harapan.

madkrie said...

Komen2 diatas menarik sekali dan diharap mewakili 95% ahli2 PAS berpandangan demikian.Selebihnya 5% ahli PAS inilah yang menimbulkan suasana tidak tenteram kepada parti.
Kepada TGHA jangan ambil hati dalam perkara ini kerana almarhum Ust Fadhil dulu pernah mengalami situasi yang sama apabila ingin berkerjasama dengan DAP dan Semangat 46.Banyak bantahan timbul tetapi mungkin kerana ketiadaan Blog/Web maka isu ini tidak nampak begitu besar.Zaman sekarang terlalu banyak Blog/Web maka isu yang remehpun nampak macam nak runtuh parti.
Saya menyeru kepada Ahli2 PAS supaya terus memberikan sokongan padu kepada TGHA untuk mengetuai PAS.
Jangan dilayan golongan 5% ini dalam parti yang baru beberapa hari mengenali PAS.

Anonymous said...

Dengan khabaq sekutu Tulang besi kecundang di Kota Raja..........diam jer TB dan bakaq hak tak ulas.........kalau Roslan tewas langit bagaikan nak runtuh tapi bila geng sendiri......hehe
-JAWA MERU-

Anonymous said...

Saya amat berharap tg h.hadi trs memimpin pas.Ketokohan terserlah dlm dan luar negara.Dlm negara dipihak umno pun amt menghormatinya sbg ulama.TG tdk akn trus menjawab sesuatu isu tanpa memikirkan kesannya.Kita memerlukan pemimpin yg tak byk mendapat srangan dr pihak lawan.
Saya jg berharap jentera kita termasuk bloggers menambahkan kemantapan bila ada isu. Bloggers upahan umno begitu agresif dlm cuba memecah belahkan pakatan rakyat dan menyerang pas .Tp kita telah maju jauh kedepan.Wassalam..

mut said...

Sikap TG Haji Hadi memang bersikap terbuka. Kalau ada pencalonan, maka bertandinglah dengan cara yang sihat dan terbuka. Dalam hal halatuju PAS, maka peringkat akar umbi pun pandangan mereka harus diambil kira.

Persoalan perlukah alang rumah ditukar ni memang menyebabkan saya tersenyum.

Perubahan apa yang dimaksudkan? Pertukaran personaliti yang dimaksudkan atau pertukaran menghadapi senario politik di Malaysia pasca 2008?

Jikalau pertukaran personaliti yang dimaksudkan, saya rasa rata-rata penyokong PAS yang pernah mendukung parti PAS semenjak 30 tahun dahulu (saya menyandarkan perkara ini kepada kedua ibubapa saya) dan melalui saat-saat pahit manis dalam jangkawaktu itu, tentulah mereka jugak akan terus menetapkan gerak langkah mereka dalam parti. Mungkin bagi orang muda macam saya masih kurang pengalaman dan penghayatan tentang apa maksudnya menolak kesenangan berada dalam UMNO dan kesusahan kekal dalam PAS. Tapi mereka ni dah pernah merasa, sehinggakan ditugaskan/ditukar kesana-sini atas kecenderungan mereka terhadap Islam.

Tetapi penyokong PAS seperti kedua mereka ini jugalah yang akan menolak dengan sekeras-kerasnya apa-apa kerjasama lebih rapat dengan UMNO selain dari apa yang mungkin boleh dilakukan melalui undi dalam Parlimen atau DUN semata-mata.

Anonymous said...

Hati2 lah sahabat2 semua.. jangan sampai kita pulak bergaduh sesama kita,musuh islam mana bolih lihat kita semua bersatu,jaga akhlak kita jangan sampai orang kata parti kita sama dengan UMNO,tak hormati permimpin & gila Jawatan.

muryadi said...

Tuan Guru Hj Hadi adalah seorang pemimpin yg berjiwa besar, pengalaman serta ilnu politik beliau jauh kehadapan. Cetusan Kerajaan Perpaduan/Unity sukar difahami oleh barisan pemimpin PAS sendiri apatah lagi ahli2 di akar umbi.

Tetapi dgn rendah diri TGHA telah menarik balik idea tersebut. Tindakan ini sudah cukup membuktikan bagaimana tahap serta kebolehan beliau sebagai pemimpin.

Mengenai Uzt. Nasha dari pemerhatian saya beliau adalah seorang yg berpendidikan agama yg cukup profisonal, boleh berbahasa Arab dan English dgn baik. Beliau juga seorang yg amat berendah diri dan jauh sekali berlagak. Seperti pimpinan2 PAS lain beliau juga rajin bekerja.

Walaupun setiap ahli PAS berhak memilih dan memberi cadangan adalah penting pemimpin2 di peringkat bawahan menyedarkan ahli2 lain tentang peranan2 kesemua pimpinan atasan PAS ini.

Bagi saya keputusan PAS BKt. Bintang tempoh hari tergamak mencalunkan TGNA mursyidul Am PAS sbg Presiden adalah melampau dan mengaibkan.

Malu kpd TGNA, TGHA dan PAS itu sendiri.

nizamtoha said...

Di atas personal,saya mencabar siapa-siapa jantan..Bertandinglah.
Jangan tenbak belakang..Jangan Main bangsat.
Islam menolak pimpinan munafik