Tuesday, April 07, 2009

Suara rakyat suara keramat

Keputusan rasmi belum keluar (jam 8.35 pm dan azan isyak sedang berkumandang) tetapi kali ini saya berani menjangkakan……….

Rakyat telah bersuara dengan jelas dan lantang. Bubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, kembalikan mandat kepada mereka untuk membuat keputusan siapa yang sepatutnya memerintah mereka di Perak!

Keputusan pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang ini adalah satu pungutan suara, ya, siapa yang berani menidakkan. Rakyat mahukan Pakatan Rakyat. Rakyat tolak “politik pintu belakang” Umno-BN dan pihak-pihak tertentu. Rakyat membela penganiayaan yang dilakukan terhadap MB mereka Nizar Jamaluddin.

Kepada PM dan Presiden baru Umno, akurlah pada kehendak rakyat.Kepada semua pihak di Perak, negara kita negara demokrasi bukannya kuku besi, kalau suara rakyat tidak dihormati suara siapakah lagi mahu kita dengar.

Marilah kita ambil iktibar dari keputusan ini. Syabas kepada pengundi di Bukit Gantang, juga syabas dan tahniah pada pengundi di Bukit Selambau,

Kepada seluruh pimpinan, petugas dan ahli PAS dan Pakatan Rakyat, ini adalah kemenangan anda. Dari Permatang Pauh ke Kuala Terengganu dan kini Bukit Gantang (dan Bukit Selambau), Umno terbukti sudah ditolak rakyat.

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

11 comments:

tong kosong said...

tahniah dan takziah buat anda saudara roslan...

kemenangan ini adalah ujian buat saudara...

kerana saudara dilihat semakin riak sehingga dilihat begitu benci pada Mahathir...

sekurang-kurangnya dia seagama.. bukan Nga Kor Min yg pandai mengunnakan ayat alQuran.. malangnya tidak mahu beriman padaNya..

sedarlah saudara.. dtgnya kemenangan bersama2 amanah dan tanggungjawab...

selama ini UMNO yg sering menang sudah lupa amanah mereka... tapi saudara yg belum menang 100% sudah menunjukkan sifat riak yg selama ni dilihat pada pemimpin2 UMNO..

semoga Allah memberkati saudara

roslan sms said...

Sdr tong kosong:

Ini bukan kemenangan saya, saya tidak bertanding dan tidak juga mengundi di Bukit Gantang. Ini adalah kemenangan rakyat di sana yang mencerminkan kehendak dan kemahuan rakyat di luar Bukit Gantang.

Sdr mungkin terguris apabila kami mengkritik Tun tetapi Tun memilih untuk berbuat demikian. Beliau memilih untuk terjun kegelanggang menyerang dan memperlekeh PAS, apa istimewanya Tun sehingga perlu diberikan imuniti.

Soal Nga itu perlu dilihat secara objektif, sdr mendakwa Nga sekadar mengunakan al Quran tetapi tidak beriman padanya. Berapa ramai diantara kita yang sepatutnya beriman pada al Quran tetapi menolaknya?

Terpulanglah pada sdr tetapi apa yang mahu kami tegaskan di sini adalah bahawa kuasa rakyatlah penentu dalam proses demokrasi. Kiranya nanti Pakatan Rakyat pula yang menyeleweng, rakyat berhak pula menjatuhkannya.

Hari ini yang terjatuh di Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah BN.

mut said...

Bukankah UMNO menolak sebahagian Al-Quran dan memakai sebahagiannya (seperti ayat taat kepada pemimpin yang ditafsir separuh-separuh?) Bukan ker ini juga mempersendakan Al-Quran?

Bezanya disini DAP bukan Islam, dan mungkin tak faham Islam. Tetapi UMNO ni mengaku Islam! Ya lah, kunun-nya untuk agama bangsa dan negara!

Tersenyum besar saya melihat teguran dari UMNO yang memang tak sedar diri!

xfahmix said...


Soal Nga itu perlu dilihat secara objektif, sdr mendakwa Nga sekadar mengunakan al Quran tetapi tidak beriman padanya. Berapa ramai diantara kita yang sepatutnya beriman pada al Quran tetapi menolaknya?


well said! :)

pemerhati said...

salam,

saya secara peribadi bersetuju dgn pendapat Mufti Perak..jgn biarkan mereka menggunakan ayat2 al-Quran sebegitu...namun saya juga bersetuju dgn saudara Roslan...Che Det patut merenung kembali kisah2 silamnya. belum terlambat bg beliau utk mengakui kesilapannya.

lesongbatu said...

...Mufti Perak kata; kalu non-muslim pon dah pandai qoute ayat2 al-Quran, bermaksud org MELAYU dah tahap teruk sgt dah.. kahkahkah!!

...al-Quran utk semua manusia yg nak ambil pengajaran bukan milik esklusif org Melayu aje.

...ape diharap dari puak yg hapuskan tulisan MELAYU; JAWI?? skrg nak perlekehkan pulak pasal org baca al-Quran?!

...sah memang tin kosong!!! sekadar air kosong tak ada.

ssalamayat said...

sokong abg roslan,
mahathir terlalu angkuh,
kesian mahathir,

Anonymous said...

Sy percaya maksud mufti adalah supaya bukan islam tidak sewenang-wenang mentafsir al quran. Jika dibenar,mungkin mereka akan salah tafsir seperti orientalis. Yang pelik,orang pas menyokong pula. Maklum lah geng dia. Kerana parti sanggup membelakangkan islam. Nau'zubillah.
Rrr

Anonymous said...

Agaknya Dap pada mereka lebih mulia dari Umno yg muslim. Kalau begitu,pergilah islamkan mereka jika itu yg lebih mudah dari membetulkan islam umno.
Rrr

Anonymous said...

Saudara

Sesiapa yang arif tolong perbetulkan saya.

Ada ayat Quran ditujukan khas kepada orang Islam dan orang yang telah beriman. Dan ada juga ayat Quran yang ditujukan kepada seluruh umat manusia seperti ya ayyuhannas atau surah terakhir An Nas.

Maka apa hukum mereka yang belum Islam menggunkan ayat al Quran ?

Semoga mereka diberi hidayah dan taufik oleh Allah SWT. Amin.

Cat Steaven pun membaca Quran yang dihadiahkan oleh abangnya sewaktu berkunjung ke Lubnan. Dan, akhirnya memeluk Islam dan menjadi jauh lebih baik dari kita.

alburn said...

Saudara Roslan,
Sabarlah apapun pihak sebelah sana nak kata.Bukan kita tidak kenang jasa Mahathir,tetapi bagi saya itu tanggung jawabnya sebagai pemerintah.Tak lebih dari itu.Malah habuan yang diterimanya cukup lebih dari sepatutnya. Janganlah kita mudah lupa,proksinya yang pelbagai rupa,Ananda,Vincent Tan, Lee Kim Yue,Francis YTL,Daim dan ramai lagi.
Agama dan bangsa kemana dizamannya. Biarlah Lan mereka menjadi pembela tegar Mahathir. Berpecahnya bangsa ini kerana siapa?
Pada masa umurnya yang melangkaui senja, masih lagi mahu meraba-raba dijalan gelap serta berliku.
Cuma kita doakan agar, beliau insaf, berhentilah dari menjadi duri dan onar pada bangsa ini.