Rais mula tunjuk kuku
Baru beberapa hari memanaskan kerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Rais telah menunjukkan kukunya. Tajam dan mampu mencederakan barangkali juga memusnahkan.
Kata beliau stesyen radio swasta dan kerajaan jangan putar-belitkan kenyataan mana-mana pemimpin sehingga menjejaskan keharmonian kaum di Negara ini. Kata beliau lagi mana-mana stsyen radio yang melanggar garis panduan yang ditetapkan akan diambil tindakan sewajarnya.
Kenyataan beliau itu merujuk kepada saluran radio Ai FM yang membuka talian untuk para pendengarnya mengulas kenyataan TPM Muhyiddin Yassin yang dikatakan mendakwa bahawa masyarakat Cina di Negara ini tidak menghargai sumbangan BN kepada mereka dengan mengundi pembangkang.
Saya setuju mana-mana saluran media termasuklah blog, jika kandungannya menjejaskan keharmonian agama dan kaum di Negara ini, memang patut diambil tindakan berdasarkan undang-undang Negara yang ada dengan diberikan hak membela diri di mahkamah yang terbuka. Namun demikian Rais perlu tidak hanya sensitif pada kenyataan yang dikeluarkan oleh bos atau partinya sahaja yang dikatakan diputarbelitkan. Rais perlu bertindak adil dengan memastikan tidak ada kenyataan mana-mana pihak samada dari parti beliau atau bukan yang diputarbelitkan sehingga menjejaskan kestabilan tadi.
Kenyataan pimpinan PAS umpamanya sering diputarbelitkan oleh media terutama yang dimiliki parti Rais termasuklah media saluran perdana. Lain yang disebut lain yang terbit, kami dipaparkan sebagai hodoh dan sentiasa jahat, walaupun hakikatnya masyarakat menerima dan selesa dengan kami.
Baguslah bingkas bekerja Rais ini, tetapi biarlah bekerja dengan adil dan saksama. Jangan nampak yang terkena batang hidung sendiri, yang ditanggung orang lain dibiarkan malah diperalatkan semaksima mungkin.
9 comments:
apa lah..dr. rais pakar pemusnah jambatan nie...
woittt perlu lah ada timbal balik..tak kan kenyataan ko aje yang perlu dijagai..kenyataan orang lain tak perlu...
apalah malangnya universiti loundon bagi title phd kek ko??? Lu fikir lah sendiri wari!!!
Apa yang bole di harapkan pada orang yang telah membakar Jambatan nya sendiri.
Apa yang hendak di harapkan pada orang yang kehilangan hak nya (Pulau Batu Putih)masih mengatakan "Win Win case".
Belajar lah dari sejarah nya.
agaknya itulah transformasi dalam umno-lebih kejam, ganas, gestapo.
tahniah rais dan tahniah najib.rakyat ingin membaca talqin atas umno yang anda transformasikan..
saya ibaratkan si rais tak ubah macam murai cakap berdego-dego tapi eko begelumang taik Shit
Yang kuat sekali membodek dan memburukkan pr adalah tv3.Rtm ok sikit.Tv utk semua rakyat bkn utk parti umno.Halau dari bumi selangor je tv3 ni biar dia lari kat sarawak
Kesian rakyat sarawak. Kalah batang ai dah macam give up. Inikah semangat seorang pejuang? Siapa kata rakyat sarawak suka kan BN? Nak buat macam mana? dah si rambut uban and the gang kawal segalanya. Saya yakin jika perkara dua puluh untuk sarawak dapat dikaji...insyaallah perubahan akan dapat dilakukan. Perkara dua puluh hanya menguntungkan orang politik, rakyat jugak yang susah
UMNO terus menderhaka. Terbaru bagaimana UMNO Perlis menggelarkan Md ISa Sabu sebagai produk haram UMNO sedangkan beliau MB yang direstui Raja Perlis. Begitu juga di Terengganu, berlaku ketidakpuasan hati terbaru kepada Mat Said dan ini menunjukkan UMNO sememangnya tak setuju dengan keputusan Sultan.. UMNO memang kaki derhaka.. Kenapa media alternatif tak sebarkan penderhakaan besar-besaran ni..
Susah betul dengan orang taksub parti ni. Yang jelas pas dan umno masing-masing derhaka. Habis cerita.
Abu.
derhaka apa..kalau dah nampak terang2 Sultan buat bende salah..
sib baik title die tak kene lucut dek Mahathir jek tu..cam la rakyat perlukan sangat..kalau takat raja yg tak menunjukkan nilai2 moral yg bagus, buat apa..kata ketua agama, ketua itu ini..tp amanah tak dijaga..dikontrol oleh org lain dan membuat perkara yg melangar tatatertib die..
sapa nak sokong..
papepun, hal Rais ni..
gi mampus la..sume org atasan UMNO tu tak belajar ilmu agama..iman die ntah letak kat mana..
kalau takat tak amanah wat kerje, takat cakap bodek org jek..
kita tengok la nanti bala turun,
Post a Comment