Mahathir ajak bekas Umno ikut beliau
Tun Mahathir keluar Umno, bukan sesuatu yang baru, Tun Mahathir kembali ke Umno pun bukan baru. Keluar masuk Umno dalam rekod beliau sudah menghampiri rekod keluar masuk parti ahli parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali.
Hari ini sebagaimana dilapor oleh Mstar, Mahathir dilaporkan menyeru semua yang telah keluar Umno agar kembali menyertai Umno sebagaimana yang beliau lakukan. Dilaporkan juga orang kanan beliau, Sanusi Junid telah pun bertindak atas seruan itu dan menyerahkan borang menyertai kembali Umno di Langkawi.
Soalnya adakah semua yang keluar Umno itu keluar kerana Mahathir? Atau adakah semua yang keluar Umno itu atas alasan yang serupa dengan Mahahtir?
Kenapa Mahathir keluar? Beliau keluar kerana tidak boleh menerima kepimpinan Dollah Badawi. Beliau menentang segala dasar dan program Dollah, bagi beliau Dollah seakan tidak layak menjadi PM walaupun beliaulah yang bertanggungjawab menaikkan Dollah dulu.
Mengapa Mahathir masuk kembali? Bagi saya Mahathir sudah tidak percayakan Umno, politik wang yang beliau dedahkan sebelum ini sebagai barah yang menyerang Umno terus bertapak dan memamah tubuh Umno yang semakin layu dan kecut itu. Tetapi Mahathir masuk juga Umno, sebab apa, sebab mahu menyelamatkan anaknya Mukhriz. Mungkin ada yang tidak dapat menerima hujah saya ini tetapi bukankah sejurus Mukhriz diisytiharkan kalah barulah Mahathir terhegeh-hegeh mahu menghadiri perhimpunan Umno. Asalnya beliau memulaukan majlis perasmiannya. Tetapi setelah jelas Mukhriz kalah, maka tiada cara lain untuk beliau curi peluang dan memastikan anaknya it terus mendapat tempat selain membuat kejutan dengan menyertai Umno dengan menghadiri majlis penutupan perhimpunan (walaupun sebenarnya ramai yang tidak terkejut).
Najib beroleh “political mileage” yang banyak dengan kehadiran Mahathir itu dan sudah pasti terhutang budi pada “kuda tua” itu (MStar melaporkan Mahathir menggunakan istilah “kuda tua” terhadap dirinya sendiri). Saya difahamkan kerana itu Mukhriz akan mendapat pembelaan Najib, tak mustahil Mukhriz dilantik ke MT Umno dan tidak mustahil juga dijadikan seorang Timbalan Menteri.
Lantas kalau Mahathir masuk Umno kerana masa depan politik anaknya, yang lain apa hal nak ikut jejak si “kuda tua” itu?!!
Ramai yang tinggalkan Umno kerana hilang keyakinan terhadap kemampuan Umno untuk memperjuangkan nasib agama, bangsa dan Negara. Mereka tinggalkan Umno kerana Umno berkeladak dengan politk wang dan rasuah. Umno tidak berubah, saya terbaca sebuah kain rentang di Bukit Gantang berbunyi: Umno dulu, kini dan selamanya serupa sahaja……..rasuah!
Kerana itu biarlah Mahathir dengan labu-labunya. Ucapkan selamat jalan pada Umno yang bakal reput bersama “kuda tua”nya itu.
9 comments:
kalau macam tu apa bezanya dolah dan mahadir sorang nak selamatkan menantu sorang lagi nak selamatkan anak ... razak selamatkan najib, husin selamatkan hishamudin ... ah depa memang serupa ...
Saudara Roslan.
Kalau ana tak silap anta pun tinggalkan UMNO.
Betul ke ?
Wassalam.
Abu Qamar.
selamat jalan romeo,
sikuda tua yang cakapnya berbelit-belit itu
kadang2 rasa kesian kat SMS dan puak2 PAS ni, bukan apa, masih nak menentang arus. Lani ramai orang dah celik tentang putar belit PAS. Dulu ana sokong PAS tapi lani tak pecaya langsung.
Jgn lupa bahwa dari zaman mahadir lah UmNo semakin tercalar imej nya...gejala rasuah semakin menjadi2..penyalahugunakuasa,byk membazirkan wang rakyat dgn projek2 meganya..insyaALLAH rakyat akan tetap menolak pimpinan baru dgn kuda tuanya...
Puter belit PAS? Tak percaya? Sekarang sokong UMNO? Predictable lah. Takyah la nak jaja benda tu. Kalau dah UMNO, declare jer UMNO. Habuan dapat apa?
Bab putar belit, UMNO siapa pun takleh lawan. Masalahnya putar belit tu dah orang tak percaya. Kena la tunjuk garang sikit. Harapakan hujah, memang dah lemah. Jadi ker debat last Bkt Gantang ni?
Tipu habis, kat Semenanjung pun undi PR 2008 baru dapat 50%. Ini sebenarnya masalah UMNO. Ada huge credibility gap, yang kita sendiri perhatikan dalam PAU arituh. Lembaga Disisplin dah jadi macam sampah dalam menangani rasuah dalaman (MACC berlakon jadi tunggul kayu, pergi tersepak, pulang terlanggar).
Anony apr 6, 9.29..
Ko tu masih faham islam.. Tu pasal xdak pendirian dlm memilih parti politik.
Islam is not an option, is a way of life.
Aku dah menyampah duduk dlm negara sekular ni.
misteri juga..
Dimana Pak Lah????
Dah jadi Kain buruk ke
Ramai ramai masuk balik tongtaik?
Post a Comment