Keputusan kabinet mengatasi syarak…………
Isu pertikaian rumahtangga sehingga membabitkan nasib dan masa depan akidah anak-anak yang terlibat terus bergelora. Tidak dapat dinafikan ribut dalam rumah tangga ini berpunca dari ketidakserasian dan konflik peribadi antara pasangan suami isteri, sehingga bercerai dan si suami atau isteri pula kemudian memeluk Islam.
Apabila ini berlaku, isunya kemanakah halanya akidah anak-anak tadi, Islam atau tidak?
Terbaru dalam kes rumahtangga M. Indra Gandhi, 34 dan K. Pathmanatahn, 40. Mereka mempunyai 3 orang anak. Si suami telah memeluk Islam dan atas fahaman dan kepercayaannya telah membawa ketiga-tiga orang anaknya turut memeuluk Islam. Isteri tidak dapat menerimanya lantas membuat aduan bahawa pengislaman anak-anaknya itu dibuat tanpa persetujuan dan pengetahuannya sebagai ibu.
Mereka berdua naik-turun mahkamah untuk meneguhkan hujah masing-masing dengan harapan memperolehibukan hanya hak penjagaan ke atas anak-anak itu tetapi menentukan samada anak-anak itu hindu atau Muslim. Mahlamah Sivil dan Syariah menjadi rujukan.
Malangnya kabinet dibawah pimpinan PM yang baru telah campur tangan walaupun kedua-dua mahkamah sivil dan syariah masih mendengar permohonan-permohonan ini.
Kabinet memutuskan bahawa mana-mana pasangan yang salah-satunya menukar agama, maka anak-anak mereka hendaklah kekal dengan agama asalnya. Ini bermakna jika sepasang suami isteri yang bukan Islam, jika contohnya suminya memeluk Islam, maka anak-anak mereka hendaklah kekal beragama asal iaitu tidak Islam.
(Keputusan ini ternyata mencetuskan lebih banyak kontroversi dan langsung tidak membantu. Sebagaimana saya siarkans ebelumini ia dipertikaikan oleh cendikiawan dan para ulamak kita)
Kini akibat dari keputusan kabinet itu, dalam pertikaian Indra Gandhi lawan Pathmanathan, Mahmkamah Tinggi mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara ke atas ketiga-tiga mereka pada Indra Gandhi dan atas semangat keputusan kabinet itu Indra boleh menganggap anak-anaknya yang telah di Islam kan sebagai “Hindu” dan membesarkan mereka mengikut adapt dan kepercayaannya.
Sisuami menurut laporan sudah pastilah tidak dapat menerima perkembangan ini dan kini menghilangkan diri dengan anak bongsu mereka.
Semua ini berlaku sedangkan Mahkamah Syariah telah pun mengeluarkan perintah jagaan sementara untuk Pathmanathan bagi menjaga anak bonsunya itu.
Ringkasnya kemanakah ini mebawa kita semua?
Tidak dapat tidak isu berkenaan Islam dan akidah terpaksa ditangani walaupun konflik ini berpunca dari masalah rumahtangga. Ada pihak yang mempelopori perjuangan liberalisma dan taksub pada hak sama rata, berhujah bahawa adalah lumrah bagi hak penjagaan anak-anak ini diserahkan kepada ibunya. Dan bajawa agama anak-anak di abwah umur biarlah begitu, sebagaimana keputusan kabinet sehingga anak-anak itu dewasa. Dewasa menurut perkiaraan siapa, 18 tahun atau akil baligh?
Kebiasaannya masyarakat akan bersimpati kepada si ibu, oleh itu sebarang tindakan si bapa akan dilhat sebagai mahu memaksa anak-anak dan tidak adil serta berbagai lagi. Ambil contoh kes Sharmala lawan Dr Jeyanganesh (yang telah memeluk Islam) yang kebetulan beritanya dilaporkan oleh akhbar tempatan hari ini. Siapa yang dilihat memaksa dan tidak adil?
Dalam kes mereka Mahkamah Sivil memberikan hak penjagaan kepada si isteri tetapi Mahkamah Syariah kepada si suami. Menurut laporan Sharmala kini menguasai anak-anak mereka dan berada di abwah penjagaannya. Tetapi mahkamah sivil mengenakan syarat bahawa Sharmala tidak boleh menukar agama anak-anak mereka atau mempengaruhi mereka dan tidak menghidangkan babi kepada mereka.
Si suami walaupun keberatan telah menyerahkan anak-anak mereka kepada Sharmala kerana mematuhi perintah mahkamah tetapi menurut beliau haknya menziarahi anak-anaknya itu setiap duaminggu tidak dipatuhi Sharmala dan sejak 5 tahun lalu beliau tidak pernah berjumpa dengan anak-anaknya itu!
Benar negara kita negara berbilang kaum dan agama. Suka ataupun tidak konflik seumpama ini pasti berlaku dalam masyarakat kita, Soalnya bagaimanakah kita menangani dan menyelesaikannya. Ingat peraturan dan prosedur Islam mestilah berlandaskan syarak dan keputusan kabinet tidak boleh mengatasi syarak! Kini bukan hanya keputusan kabinet mengatasi syarak, malah ia tidak menghormati undang-undang keluarga Islam yang ada serta perintah dan keputusan mahkamah syariah tempatan.
Beginikah nasib undang-undang Islam, pentadbiran, kehakimannya di bawah PM baru kita?
3 comments:
Apakah Cadangan Tuan untuk menyelesaikan masalah ini??
Tidak kah perlu semua ULAMA dan BIJAK PANDAI didalam PASperlu membantu untuk menyelesaikan masalah ini.. jangan hanya tengok dari tepi kemudian MENGUTUK ORANG tetapi DIRI SENDIRI macam TIN KOSONG..
Beranikah PAS mengambil tindakan UNDANG-UNDANG untuk mempertahankan AKIDAH ANAK-ANAK itu??
Fikir-fikir kan lah... kerana kejahilan saya maka saya tak dapat melakukannya..
Ya ALLAH ampunilah kejahilan hamba mu ini...
Di mana TOKOH ULAMA dan TOKOH yang MAMPU BERSUARA SEPERTI GURUH apabila berkempen tetapi LANGSUNG tak BERSUARA dalam HAL INI??
TIN KOSONG??
salam..hr kuar lg dlm utsan meloya knyataan sorng pimpinan PAS psl 'hbungan sulit'..nk gelak jg ble ngaku lembap nk phm klu camtu x yah la pgang jwtn tinggi2..duk kt org brbelit2 tp dia duk ckp mnyimpang siur..g tau jela mmg minat dgn jwtn PRESIDEN trus kn snang..jgn main blakng tabir..
Itulah bezanya PEMIMPIN yang faham agama dengan yang tidak. Bila membuat keputusan tidak dengan ilmu tetapi dengan nafsu. Setiap keputusan sewajarnya berlandaskan syariat Islam dan bukannya hukum akal semata2
Post a Comment