Tuesday, April 21, 2009

Keluhan anggota polis wanita kita

Pada 17 April lalu akhbar Utusan Malaysia menyiarkan keluhan seorang yang mengenalkan dirinya sebagai “Warga PDRM – Seremban” di dalam ruangan “forum” nya . Anggota polis wanita itu menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap mereka yang ditugaskan meronda bersama anggota lelaki di dalamkereta peronda.

Beliau menulis antara lain:

Bayangkanlah mereka bertugas dari malam hingga ke pagi, macam-macam boleh terjadi apabila wanita dan lelaki berdua-duaan dalam kereta, tidak kiralah mereka suami-isteri ataupun masih bujang.






Bila seorang lelaki dan perempuan berdua-duaan, ada syaitan di tengah-tengah. Harap PDRM ambil kira perkara ini.

Tugas mereka adalah murni, untuk membanteras jenayah, tapi seolah- olah memberi mereka ruang untuk melakukan perkara-perkara negatif umpamanya (maksiat).

Sepatutnya anggota polis wanita ditempatkan ke bahagian-bahagian lain, tapi bukan di dalam kereta peronda polis.

Saya rasa perkara ini adalah sesuatu yang serius dan perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan khasnya PDRM. Malah menurut penulis itu, PDRM di Johor tidak mengambil anggota wanita untuk pertugasan perondaan seumpama ini, jika ini benar mengapa tidak dilakukan seumpama itu untuk seluruh negara?

Hari ini perkara ini terus diulas, kini oleh seorang yang mengenalkan dirinya sebagai “Suami tak rela – Seremban”. Kali ini penulis memberikan pandangan bahawa anggota wanita dikecualikan sama-sekali dari sebarang bentuk tugas meronda samada rondaa bit mahupun kereta peronda.

Bayangkan isteri anda bertugas dengan lelaki lain, di dalam kereta peronda atau berjalan berpasangan tak tentu masa, mengikut penulis isteri beliau bertugas dari 1 pagi ke 7 pagi atau 7 malam ke 1 pagi!

Sesungguhnya kemampuan dan ketangkasan anggota polis wanita kita tidak dipertikaikan, namun menghormati adat, budaya dan agama kita, sudah seharusnya kita bersikap rasional dan tidak membuka ruang dan peluang untuk tercetusnya perlakuan maksiat atau sumbang. Ambil kiralah pandangan orang lain. kalau kita sendiri tidak membela maruah mereka, siapa lagi.

6 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah saudara Roslan, saya terbaca juga tulisan 'suami tak rela'. Teringin untuk membuat ulasan tetapi biasala kan nak harapkan channel kerajaan jangan harap ada. Memang tak patut. Harap pihak PDRM akan buat tindakan yang cepat pasal hal ni. Dan semoga PR buat sesuatu desakan tegas terutamannya PAS. Hentikanlah dengan seruan lelaki dan wanita sama hak. Itu adalah seruan yang bathil.
zam

Anonymous said...

Saya pernah terlihat anggota polis wanita merunda bersama anggota polis perempuan waktu malam hai entahlah Allah sajalah yang mengtahui
Saya 101 peratus tidak bersetuju perkara twersebut.
TQ

Anonymous said...

TAHNIAH tuan. harap dapat terus utarakan isu2 sebegini

nizamtoha said...

isu yang baik..
PAS perlu kedepan dalam menangani isu ini

Anonymous said...

Betul,saya pun sokong pdrm ambil tindakan. Tahniah juga kepada utusan kerana membenarkan ia disiar. Ada juga baiknya paper ni.

Anonymous said...

kalu nak suruh lelaki dan pompuan buek koje sama...maka gaji itu mesti sama pasai apa..semua koje boleh dibuek oleh dua-duanya lelaki dan pompuan.

oleh kerana nak dikecualikan pompuan dari meronda malam...oleh itu gaji mereka mesti dikurangkan!
Yang ini aku sokong!

Termasuklah pompuan yang bekerja di mana-mana sektor sekali pun. Cuba tengok job analysis koje masing-masing...kalu yang tak boleh dan dikecualikan pompuan buke koje tu..mustilah dikurangkan gaji nye! hahahahah!

JPA apa lagi...kurangkan gaji polis pompuan yang dikecualikan dari merundu malam !!!!!