Kabinet Najib: satu ulasan
Asalnya bidalan itu berbunyi “Siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama-lama jadi pencuri” tetapi entah siapa yang nakal yang telah merobahnya menjadi “Siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama-lama jadi menteri!”.
Apa pun semalam telah sama-sama kita saksikan pembentukkan kabinet baru PM Malaysia yang ke enam, Najib Tun Razak. Banyaklah komen dan ulasan diberikan terhadap kabinet baru ini dizaman Umno dan BN paling tenat sejak kemerdekaan Negara. Maklumlah hilang 2/3 majoriti pada PRU ke 12 dan kini kalah tiga berturut-turut dalam pilihan raya kecil parlimen.
Najib gagahkan diri beliau untuk mengemukakan senarai kabinet bagi meniti mungkin detik-detik terakhir dominasi politik Umno dan BN diperingkat Pusat.
Yang menarik adalah gugurnya 6 orang menteri Umno dari senarai kabinet. Tolak Amirsham yang memang tiada akar umbi dan latarbelakang politik yang ampuh, kelima-lima yang digugurkan itu hebat-hebat belaka. Mat Taib yang tewas bertanding Timbalan Presiden gugur walaupun beliau juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. Begitu juga Zulhasan Rafique yang dikira mempunyai masa depan politik yang cerah, tiba-tiba dikambus oleh Najib. Termasuklah juga Ir Mohd Zin di Selangor, yang sebelum ini kononnya ada prospek untuk menghidupkan kembali Umno Selangor.
Azalina dan Syed Jaafar ternyata bukan kelompok Najib. Azalina akan pupus karier politiknya walaupun bermula dengan gagah sebagai Ketua Puteri.
Dan yang paling banyak diperkatkan adalah darihal sekatan ke atas Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin (KJ) dari menyertai kabinet. Timbalannya Razali Ibrahim dapat Timbalan Menteri, lawannya Muhriz Mahathir yang tewas dapat Timbalan Menteri tetapi KJ langsung tidak diberi pertimbangan.
Mungkin kabinet ini yang terbaik yang boleh Najib hasilkan dalam keadaan yang sangat genting buat Umno, tetapi saya mengira dengan pengguguran beberapa nama dan dengan pengecualian KJ, laluan dalam Umno menjadi semakin berkelodak dan berkeladak. Mungkinkah nanti MB-MB pun ada yang akan ditimpa nasib yang sama seperti 6 orang tadi? Takkanlah Ali Rustam contohnya mahu terus dikekalkan di Melaka setelah tercemar dengan politik wang?
Seorang penyokong tegar MCAdari Johor yang saya temui baru-baru ini menyatakan bahawa beliau memberi najib sekitar 2-3 tahun, jika tiada apa yang dapat dicapainya dalam suasana sukar buat Umno ini, berkemungkinan besar tamatlah riwayat BN. 2-3 tahun? Mungkinkah lebih awal?
Syabas Najib kerana berusaha, marilah kita sama-samaikuti perkembangan selanjutnya.
10 comments:
amno dinobatkan gah oleh media mainstream, walhal semua sedar ianya tenat menghidap penyakit aids akibat virus rasuah, penyalahgunaan kuasa, kepentingan diri dan segalanya. Benci amno!
kabinet dapur najib saiznya lebih kecil daripada kabinet dapur pak lah.
Peralihan kuasa Pak Lah kepada najib bukanlah satu transformasi tapi momokan kepada rakyat.Najib memerintah dengan otak mamak memanda pencen.tak ubah macam boneka.negara kita kini berada seperti pada zaman mamak memanda pencen memerintah dulu.
Kabinet dapur yang baru dibentuk ibarat kabinet perpecahan yang menanti masa untuk retak dan menanti belah.
pemerintahan 100 hari najib sebagai PM hanya untuk memenuhi nafsu serakah mamak memanda pencen untuk menyingkirkan KJ.
Liciknya mamak memanda pencen ini ialah mengekalkan hulubalang kanan KJ seperti sepupunya shaziman,Ismail Sabri dan saifuddin abdullah dalam kabinet dapur najib.
sama seperti yang dilakukannya ketika memasukkan Rais yatim dan Brahim Ali dalam kabinet dapurnya hanya untuk meminggir dan menjadikan Kuli terasing daripada hulubalang kanannya.
KJ senasib dengan Kuli
Tok tak percaya KJ akan bersabar dan membiarkan dirinya diinjak-injak oleh mamak memanda pencen.
KJ belum memetik butang kecemasan dan setakat ini Pak Lah masih bersikap neutral tapi jika menantu kesayangannya terus dianiaya,sudah tentu Pak Lah akan mengumpul bala tenteranya untuk melawan.
semboyan perang masih belum dibunyikan.Najib masih terus-terusan mengikut telunjuk mamak memanda pencen yang sibuk melobi tempat untuk anaknya dalam kabinet dapur najib sambil menyingkirkan seteru utamanya KJ.
Selepas ini dijangkakan rombakan teraju kepimpinan akan berlaku di Perlis,Negeri Sembilan,Melaka,johor,Pahang dan Terengganu.Mereka akan digantikan oleh hulubalang-hulubalang najib.
Masih ada 3 MP di Perlis yang berpihak kepada Pak Lah dan Pulau Pinang kerusi Pak Lah sendiri parlimen Kepala Batas,seorang MP di Melaka,7 MP di Perak,3 di Negeri Sembilan,seorang MP di WP,2 MP di Selangor,6 MP di Johor,6 di Pahang,3 di Terengganu dan Kuli di Kelantan.
Sekurang-kurangnya 10 MP lagi akan menyertai Pak Lah jika beliau berjaya mengumpulkan 30 MP menyertainya.Ketika ini tak mustahil jika mereka keluar UMNO dengan menjadi bebas dan mencapai persetujuan dengan PR untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru dan menumbangkan kedudukan najib sebagai PM melalui undi tak percaya yang dikemukakan d dalam parlimen.
Jika ramalan tok berlaku,nescaya umno akan tumbang dan setelah menjadi parti yang mendominasi kaum Melayu akhirnya parti ini mulai reput dan tinggal usang.
kehadiran mamak memanda pencen selaku tuan penasihat najib akan mempercepatkan lagi kejatuhan najib.
bila dan bagaimana?sama-samalah kita tunggu dan lihat
Salam Hormat!
Dua peristiwa penting berlaku serentak dalam sejarah negara kita pada 9.4.09 yang lalu. Pertama perlantikan ahli jemaah kabinet yang baru dibawah kepimpinan Perdana Menteri yang ke6 DS Najib,manakala peristiwa yang kedua ialah keputusan jatuhan hukuman terhadap kes yang melibatkan kematian trajis model dari negara Monggolia.
Yang lebih mendapat liputan meluas kesemua media ialah kepada perlantikan para jemaah Menteri yang baru,jesteru itu saya juga tidak mahu ketinggalan untuk memberi sedikit respon mengenainya,sebelum itu saya hendak mengajak para pembaca untuk mengimbas kembali serba rengkas semasa kita semua berada dibawah barisan kepimpinan kabinet Pak Lah selama hampir 5 tahun yang lepas.Dalam tempoh itu kita dapati banyak juga khususnya diNegeri Terengganu ini berlaku perkembangan berkaitan dengan hal ehwal keagamaan yang telah diserapkan melalui kaedah pendekatan dengan istilah "islam Hadhari".Yang jelas terpampang didepan mata kata ialah percambahan pembinaan masjid masjid dimerata daerah daerah dan kampung kampung,diantara masjid yang menjadi kebanggaan rakyat khususnya kepada pendukung pendukung parti Umno ialah pembinaan Masjid Kristel diPulau Wan Man dan satu lagi ialah Masjid Hadhari yang berada dibandar Jertih.
Manakala yang agak mendukacitakan kita ialah kedudukan keadaan ekonomi rakyat yang dikatakan begitu meleset dengan kadar inflasi yang amat serius,sekali gus menyebabkan seluruh negara mengalami kekurangan bekalan makanan termasuk minyak masak,gandum dan beras disamping itu dimasa yang sama juga harga minyak petrol dan diesil melambung naik.Walaupun Pak Lah telah mencuba membendung dengan pelbagai cara termasuk melancarkan pelan ekonomi ECER namun ianya tidak dapat memberi kesan yang mengalakan.Perkara positif yang juga telah diserapkan disaat saat akhir dalam masa penguasaan beliau ialah memperkenalkan undang undang pencegahan rasuah dengan menukarkan jenama BPR kepada SPRM.Namun demikian, kesemua kerja dan langkah langkah yang dibuat itu masih lagi tidak dapat memuaskan hati semua orang, jesteru itu kita lihat ada pehak pehak tertentu yang cuba menjolok sarang diPutra Jaya agar Pak lah segera turun dari jawatanm PM.Akhirnya hari ini berakhir era Pak Lah yang saya rasa perginya "tanpa rela"....
Secara suka relanya terlantiklah pula era susunan kepimpinan kabinet PM yang baru,sebelum itu kejutan dihari pertama yang dibuat ialah pembebasan sebilangan kecil tahanan ISA dan 8 hari selepas itu berlakulah pula keputusan kes pembunuhan AlTantunya Syaribu.Kematian misteri model ini dianggap berprofile tinggi kerana ianya pernah cuba dikaitkan dengan DS Najib sendiri dan telah mendapat perhatian dunia perundangan antarabangsa.Namun demikian keputusan kesnya telah diketahui walaupun dalam keadaan yang masih lagi ada orang yang cuba bermain teka teki dengan mengemukakan beberapa soalan antaranya adakah kedua anggota polis ini telah bertindak sendirian secara peribadi tanpa melibatkan arahan dari mana mana pehak atasan?Jika ada, mengapakah orang yang jadi master mind tersebut tidak bolih diseret sama?Jika tiada,apakah motif sebenarnya sehinggakan kedua pegawai polis itu sanggup melakukan pembunuhan yang amat kejam diluar batas kemaknusiaan itu?Apakah imej menjaga ketenteraman awam telah diterjemahkan didalam pasukan polis dengan berlakunya peristiwa seperti ini? ini semua bukan tuduhan tapi hanya sekadar soalan dan pertanyaan.Sebenarnya kita tidak perlu mempertikai keputusan hakim kerana nanti bolih dianggap menghina mahkamah, akan tetapi keadilan sebeginikah yang kita mahu?.Kata seorang sahabat saya "kita tunggu sahajalah rayuan yang akan dibuat olih peguambela nanti".......betul juga tu !
Berbalik kepada kabinet baru,saya sebagai seorang peniaga amat berharap supaya kerajaan dibawah PM ke6 ini dapat berbuat sesuatu untuk memulihkan kemelesetan ekonomi yang melanda negara ketika ini dengan kadar segera yang mungkin,sekaligus dapat meningkatkan nilai matawang yang tatkala ini berada dengan kadar nisbah US 1 Dollar:rm 3.6 sekurang kurangnya naik kepada rm3.8,apa kata pakar ekonomi ?. Untuk makluman nilaian ringgit rm50 hanya bolih dibeli satu tong gas dengan sekampit beras 10kg sahaja.Sedangkan jika 5 tahun lepas nilaian dengan kadar tersebut bolih ditambah banyak lagi pakej untuk keperluan dapur.....
Salam blogger roslan sms. Amacam Parlimen Kepala Batas tiada cerita nak kena PRK pula ke dalam masa terdekat ni?
salam bro, orang lain buat semua salah, hangpa buat saja betoi. dunia2. La ni baru percaya PAS ni untuk politik saja. Tetapi selagi Ustaz Taib Azamudin calon parlimen, aku tetap sokong dia walaupun aku pengundi atas pagar
Orang Baling
Tok teringatkan teori RAHMAN ... bila berbica dgn isteri tok baru tok perasan bahawa dah sampai ke akhirnya teori itu iaitu N .... nampaknya selepai PRU13 ni...maka tamatlah BN (be end) ...tok haraf PAS bersiap dari sekarang untuk melahirkan Pemimpin Baru yg boleh lebih baik dari si nuar tu... Tok harapkan PM akan datang dari PAS..tok berharap mempunyai pemimpin dari PAS jadi PM ..pemimpin yg ada karisma, berwatakan pemimpin yg mempunyai pemikiran Islam yg SMART yg terbuka dan sentiasa bertindak dgn setuasi " Menang Menang" ....jangan bagi kita terkalah dalam kemenangan....Bangkit lah PAS..berbincang dan bersefahamankan lah..jgn bergaduh...atur strategi menjadikan ISLAM bijak dan jgn rugi...atau digelar org yg tak mampu memerintah...
jangan kita membuat kesimpulan awal dengan menggunakan teori 'firasat' dan 'jangkaan'. Ini kerana teori firasat dan jangkaan akan memakan diri sendiri. pernah ingat teori 16 September 2008, teori lompat parti sehingga mengejar ke Taiwan, sudah tentu rakyat tidak mudah lupa. oleh itu, berilah peluang barisan kabinet baru menunjukkan keupayaan.
cute ckontot : masih menunggu pengumuman besar DSAI
dulu zaman paklah....TDM gagal control paklah sbb ada KJ.
kini...TDM akan hadapi situasi yg sama utk control najib....iaitu halangan dari rosmah.
dptkah TDM control najib???
sama2 kita tunggu dan saksikan drama paling hampeh dlm sejarah perfileman negara.
Apa beza konsep Satu Malaysia DSN dengan konsep Malaysia Malaysian oleh DAP..???
Buat Pak Menteri... masa untuk bertugas dan tunai janji. Cukuplah untuk honeymoon. Kami hampir menderita kini. Tak lama less than 4 years for the next PRU and kalau tak perform juga jangan salahkan rakyat yang maybe akan buat another undi protes.
Buat PR, sabarlah sayang... cukuplah momokan untuk ambil alih kerajaan sekarang dan tunggulah next PRU. Fight like a man and be gentlemen.
p/s - Mana laporan technical visit ke Taiwan last year oleh Ahli Parlimen pasal teknologi pertanian. Dah berapa banyak resolusi yang dilaksanakan... Takpe.... melayu mudah lupa...
Apabila disebut memutus jambatan teringat saya akan ilmu yang pernah saya pelajari iaitu disebut dengan istilah IMP (hanya warga tentera sahaja yang tahu maksudnya)Kelebihan ilmu ini tidak perlu ampu sana ampu sini bodek sana bodek sini.Penekanan ialah lebih kepada mematuhi arahan kepada seseorang pemimpin dengan memberi tumpuan serta melaksanakan tugas sebaik mungkin.Cara teknik ini dipanggil strategi "memutus jalan".Tujuannya ialah supaya jalan yang dilalui itu tidak mudah dikesan olih sesiapa sama ada kawan apatah lagi olih pehak musuh.
Camaugeplast atau samaran ini untuk menyemberangi sungai dengan cara tidak mengunakan jambatan sebaliknya turun menyemberangi disebelah hulu kemudian naik mendarat ditebing sebelah hilir. Matlamatnya hanya untuk menuju kesatu "checkpint" yang sama. Kaedah sebegini adalah satu tektikal untuk tidak dapat dikesan olih sesiapa.
Rupa rupanya apa yang bolih saya simpulkan disini adalah terdapat banyak perkara yang bolih dikaitkan dengan cara gaya orang berpolitik dengan teknik peperangan.
Ada sesetengah orang mengunakan modal air liur dengan cara petah berbicara contohnya para pakar motivasi(dalam kerajaan negeri selangor pun ada),ada juga yang bersikap ala pantun dua kerat "siakap senohong gelama ikan duri,cakap bohong lama lama jadi menteri" (bukan semua),fikir betul betul!
Post a Comment