Che Det bantu memenangkan PAS dan PKR
Mahathir bukan lagi keramat. Mahathir beban dan biawak hidup buat Umno. Bukankah Mahathir yang mendera rakyat, menzalimi rakyat, menyusahkan rakyat. Beraja di mata bersultan di hati – beliaulah yang mengerat sayap Raja-raja Melayu, beliaulah memusnahkan kedaulatan Bahasa Melayu, beliau mempersendakan Islam semasa PM, bermaharajalela menggunakan ISA, tiba-tiba beliau dijaja dan diusung dari Bukit Selambau ke Bukit Gantang seolah-olah beliau penyelamat Umno dan BN
Rupanya Pak Lah betul dalam menolak Mahathir. Kesilapan pertama Najib sebaga PM dan Presiden Umno adalah kerana mendakap kembali Mahathir yang usang itu.
Mujur beliau tak ke Batang Ai jika tidak BN mungkin kalah juga di sana.
Terima kasih Che Det, kerana anda kami menang.
14 comments:
Alhamdulillah. Tahniah kepada DS Nizar kerana telah menang di p059. Jutaan terima kasih juga kepada semua pengundi pakatan rakyat. Untuk Tun Mahathir sila muhasabah diri, gunakan umur bonus yang dianugerahkan Allah untuk melakukan ibadah khusus adalah yang terbaik daripada merapu tak tentu arah. Pergilah menetap di Mekah dan solat berjemaah setiap waktu di Masjid Haram, bertaubatlah dengan taubat nasuha dan tinggallah segala kefanaan dan kepalsuan dunia, Insya Allah taubat Tun akan diterima.
mahathir tak akan sedar,
mahathir tetap angkuh dan sombong,
sampai bila bila mahathir tetap angkuh
Ibadah adalah dengan Allah tak perlu nak tunjuk kat orang lain.. Jgn jadi macam sesetengah orang yang pakai jubah pergi masjud tetapi menyebar fitnah..
Kenapela bengap sangat....pakai jubah pergi masjid sebar fitnah? Sapa yang sebar fitnah? Fitnah adalah kata2 dusta, adakah dia berkata dusta? kamu ada bukti? kamu ada hujjah hendak membantah hujjah dia? Kalau tak...DENGAR DAN TAAT SAJA.
Tak apalah Tun,orang tak mengenang jasa Tun. Mereka hanya tahu mengeji. Saya masih menyanjungi Tun. Kpd Datuk Sri Nizar,anda menang kerana undi bukan melayu,islam. Sila muhasabah. Agaknya bukan melayu ni hendak negara islam hudud pas ?
Tuan2...
Nasihat yang paling jujur pernah saya dengar ialah.....
Kita wajib mengundi/memilih UNTUK ISLAM BUKAN semestinya mengundi calun yang beragama ISLAM..
Renung2 dan ambil iktibar..
Saya terasa (maaf jika salah) Tok Mufti kita kebanyakannya lebih ber MELAYU dari ber ISLAM
DAULAT ISLAM!!!
Salam,
Saya rasa kita boleh mengambil iktibar dari kisah nabi Musa A.S. Siapakah yg membesar nabi Musa dan kenapakah baginda menentang org yg banyak jasa membesarkan baginda. Saya tidak la menyamakan kisah Tun nie dgn kisah di atas, tapi sama2 la kita fikir2kan. Dan satu lagi, dalam Al-Quran ada menyuruh kita Taat kepada Allah dan Rasul dgn ketaatan yg mutlak(wajib ikut apa yg disruh dan tinggal apa yg dilarang) dan ketaatan kpd pemimpin selagi pemimpin ini tidak menegakkan hukum2 dan syariat2Allah. Hatta, kita tidak wajib taat kepada ibu ayah kita yg menyuruh kita berlaku maksiat. Wallahua'lam
Salam bro, ibadah terbahagi kepada dua, pertama ibadah khusus dan kedua ibadah umum, Bro kena belajarlah lagi untuk memahaminya dengan jelas, hal agama bukan boleh main ikut logik kepala otak yang penuh dengan nafsu dan syaitan sebaliknya perlu menuntut daripada guru yang mursyik.
Saya yakin 100% kalaulah TG Nik Aziz yg telah ditakdirkan jadi PM dulu, bukannya mahatir, insyaAllah tok guru boleh buat Malaysia dalam segala aspek 100 kali lebih baik dari keadaan sekarang. Ada duit (selalunya) semua boleh buat beb...kalau tak caya, tanya KJ!
Jangan takbur dan riak bila menang. Ini semua adalah ketetapan dan bantuan ALLAH. Tanpa bantuanNYA makhluk yang daif ini tak akan ke mana....!!!
Sesungguhnya Arasy ALLAH lebih besar dari segala kerajaan kat Malaysia ni.....!!!!!
TKT patut lakukan harakiri...
salam
Mahathir kini kembali menjadi penasihat najib dan kerajaan,SELAMAT KEMBALI KE ERA MAHATHIRISM,KUKU BESI.
ANAK MAHA
>>Ibadah adalah dengan Allah tak perlu nak tunjuk kat orang lain.. Jgn jadi macam sesetengah orang yang pakai jubah pergi masjud tetapi menyebar fitnah..<<
Kalau yer pun cybertrooper UMNO, dah ambik duit tu buat la posting berkualiti. Menyemak masa PRK, lepas tu hilang, Mungkin strategi gaji bulan lebih berkesan. Agaknya lebih lama melayari forum politik alam maya, boleh naik la sikit kualiti posting !
Ini posting pemikiran yang dangkal, takder isi.
Agaknya nilah yang dikatakan membazir bandwidth.
Perpaduan UMNO akan membawa kepada Perpaduan Malaysia.
Perpecahan akan membawa mudarat kepada semua bangsa yang ada di negara kita.
Mari kita fikir bagaimana nak bina perpaduan ?
Post a Comment